TANJUNG MALIM: Kerajaan negeri Perak akan terus memberi fokus kepada pelaburan global selepas pelancaran 'Muallim Speed-Lane' (M-SL), ia sebagai persediaan menjadikan daerah Muallim sebagai pemain penting dalam sektor automotif antarabangsa, kata Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad.
M-SL adalah projek kelulusan pembinaan secara pantas hasil inisiatif Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM).
Saarani berkata selain daripada memastikan proses kelulusan berjalan lancar, inisiatif itu turut tertumpu kepada pembangunan Automative Hi-Tech Valley (AHTV) di Proton City.
"MDTM memperkenalkan kaedah pengeluaran permit Pembinaan Secara Pantas bagi membolehkan interaksi berkesan antara pelabur atau pemilik projek dengan MDTM supaya kerja-kerja pembinaan dalam sesuatu projek yang dilaksanakan mengikut garis masa ditetapkan.
"M-SL juga merupakan salah satu kaedah 'Ease of Doing Business' yang dijangka mampu memendekkan tempoh masa memproses dokumentasi daripada peringkat permohonan Kebenaran Merancang hingga peringkat Sijil Penyiapan dan Pematuhan (CCC) termasuk lesen perniagaan untuk menjalankan operasi, " katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran M-SL: Projek Pembinaan Pantas di MDTM dekat sini hari ini.
Terdahulu, Saarani menghadiri Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak 2023 siri 8.
Beliau berkata sasaran proses M-SL akan dipantau sepenuhnya oleh Unit My-Mudah MDTM dan ia melibatkan fasiliti awalan.
"Permohonan pelan pemajuan dicadangkan mengambil masa kurang 30 hari untuk kelulusan dan kerja awal di tapak boleh dilaksanakan manakala pemberian CCC dan lesen operasi mengambil masa 24 jam untuk diproses.
"Unit My-Mudah ini dianggotai agensi dalam MDTM dan agensi teknikal luar, antaranya ialah Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Alam Sekitar (JAS) Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) dan beberapa lagi agensi lain bagi memantau projek pembangunan di bawah M-SL, " katanya.
Sementara itu, mengenai Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak, Saarani berkata lebih 891 daripada 989 aduan rakyat berjaya diselesaikan dalam lapan siri penganjuran program tersebut.
Selain itu, sebanyak 97 aduan lagi masih dalam tindakan dan pemerhatian agensi terlibat berikutan aduan berkenaan bersifat kompleks dan mengambil masa kerana melibatkan permohonan tanah.
Bagi penganjuran siri ke-8 kali ini, sebanyak 132 aduan diterima menerusi 69 kaunter khidmat pelanggan yang dibuka dan turut disertai barisan exco dan ketua jabatan.
Penganjuran program berkenaan di daerah Muallim itu adalah kesinambungan khidmat kepada rakyat oleh kerajaan negeri selepas program yang serupa diadakan di daerah Hulu Perak sebelum ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 07 2023
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad merasmikan Muallim Speed Lane (M-SL) : Projek Kelulusan Pembinaan Secara Pantas Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM) di MDTM hari ini. - Foto BERNAMA
Lelaki maut kereta terbabas langgar pokok di Manjung
Mangsa disahkan maut di lokasi oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
Durian segar Malaysia di China habis dijual tidak sampai 24 jam
Tidak sampai 24 jam, hampir 40 tan durian segar pertama Malaysia ke China yang dipasarkan pada 26 Ogos lepas di outlet peruncitan terpilih di enam wilayah negara Tembok Besar itu habis terjual.
Keldai akaun ditahan sebabkan kerugian hampir RM60,000
Polis menahan lelaki berumur 58 tahun dipercayai keldai akaun kepada sindiket penipuan yang menawarkan kerja sambilan tidak wujud secara dalam talian sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM59,569 baru-baru ini.
Lebih 200 maut akibat taufan Helene di AS
Seramai 200 orang disahkan maut sehingga Jumaat selepas Taufan Helene melanda beberapa negeri di tenggara Amerika Syarikat (AS), menjadikannya ribut paling membahayakan kedua yang melanda AS dalam lebih setengah abad.
Taiwan laksana operasi pembersihan selepas taufan Krathon
Taiwan sedang giat membersihkan kerosakan akibat banjir dan angin kencang selepas Taufan Krathon melanda bandar pelabuhan utama, sementara penduduk di sebahagian besar kawasan lain di pulau itu kembali bekerja dan pasaran kewangan dibuka semula.
AS dakwa Rusia, Iran dan China guna AI sabotaj pilihan raya
Amerika Syarikat (AS) berdepan ancaman dari Rusia, Iran dan China, yang didakwa cuba mempengaruhi Pilihan Raya Presiden 2024 dengan menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk menyebarkan maklumat palsu serta mencetuskan perpecahan.
Taiwan laksana operasi pembersihan selepas taufan Krathon
Taiwan sedang giat membersihkan kerosakan akibat banjir dan angin kencang selepas Taufan Krathon melanda bandar pelabuhan utama.
Malaysia sokong Pakistan jadi rakan dialog penuh dengan ASEAN
Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Malaysia berada dalam kedudukan untuk membuka peluang kepada hasrat Pakistan dalam menjadi rakan dialog.
Deklarasai Doha seru gencatan senjata di Gaza
Deklarasi Doha, yang dikeluarkan pada Sidang Kemuncak Dialog Kerjasama Asia Ketiga dengan tumpuan pada 'Diplomasi Sukan', menekankan keperluan mendesak untuk gencatan senjata segera dan menyeluruh di Gaza.
3 hospital di Lubnan henti operasi, rosak akibat serangan Israel
Tiga hospital di Lubnan, termasuk satu di pinggir kawasan selatan Beirut mengumumkan pemberhentian operasi pada Jumaat susulan pengeboman berterusan oleh Israel.
Majlis Daerah Tanjong Malim perkenal 'Muallim Speed-Lane' bagi melancarkan proses dokumentasi
M-SL adalah projek kelulusan pembinaan secara pantas hasil inisiatif Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM).