PUTRAJAYA:Majikan tidak boleh memaksa dan mengarahkan pekerja menggunakan cuti tahunan atau mengambil cuti tanpa gaji susulan arahan bekerja dari rumah yang berkuat kuasa hari ini sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan dalam satu kenyataan hari ini berkata, majikan diingatkan bahawa bayaran gaji adalah seperti biasa walaupun arahan bekerja dari rumah.
Beliau berkata, perkara ini selaras dengan perintah dan kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Sumber Manusia (KSM) ketika pelaksaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac lalu.
"Namun begitu, majikan boleh berbincang dengan pekerja dalam apa jua tindakan serta keputusan yang diambil demi kepentingan bersama," katanya.
Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) di talian 03-8886 2352 / 03-8886 2409 / 03-8888 9111.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Selasa lepas berkata, pekerja di peringkat pengurusan dan pengawasan dalam sektor awam dan swasta di Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan, Selangor dan Sabah diarah bekerja dari rumah berkuat kuasa 22 Okt untuk mengurangkan pergerakan pekerja bagi mengekang penularan COVID-19.
PKPB dilaksanakan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya berkuat kuasa 14 Okt sehingga 27 Okt, manakala PKPB di Sabah pula dari 13 hingga 26 Okt. - BERNAMA
Bernama
Thu Oct 22 2020
M. Saravanan mengingatkan majikan agar membayar gaji pekerja seperti biasa walaupun arahan bekerja dari rumah. - Gambar fail
WEF2025: Decoding World Economic Forum 2025
A wrap-up to the key discussions and outcomes of the World Economic Forum 2025, highlighting some of the world's professionals, industry leaders, and experts. The forum explored the theme "Collaboration for the Intelligent Age," showcasing how global leaders are addressing pressing issues such as geo-economic uncertainty, climate change, and technological innovation. #WEF2025
Kotak hitam masih belum ditemukan, penyiasat masih meneliti perlanggaran udara di AS
Homendy berkata agensinya akan beri ruang kepada pasukan penyelamat untuk menjalankan misi pemulihan sebelum memulakan penyiasatan.
Bursa Malaysia dibuka meningkat seketika sebelum susut
Pada 9.05 pagi, indeks petunjuk utama FBM KLCI susut 5.31 mata kepada 1,547.38 berbanding paras penutup Selasa pada 1,552.69.
AWANI Ringkas: Tegakkan undang-undang antarabangsa
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PGA gagalkan cubaan seludup rokok bernilai lebih RM100,000
Rampasan dilakukan oleh sepasukan anggota Batalion 8 PGA menerusi Op Taring Alpha dalam serbuan ke atas sebuah premis sekitar 8.30 pagi.
AWANI Pagi: seruan inovasi untuk revolusi industri getah
Diskusi 8.30 pagi Jumaat bersama Ketua Pegawai Eksekutif P2 Biotech, Mohd Hazim Nordin membincangkan mengenai revolusi dalam industri getah melalui inovasi dan teknologi terkini bertujuan menarik minat golongan muda sebagaimana saranan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
KTMB tingkat kawalan rondaan cegah insiden pencerobohan
KTMB juga akan adakan perbincangan lanjut dengan APAD bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan keselamatan serta penguatkuasaan undang-undang.
Emir Qatar pemimpin Arab pertama lawat Syria sejak kejatuhan Bashar al-Assad
Kunjungan Sheikh Tamim menandakan pemulihan penting hubungan Qatar-Syria.
Prestasi Pasaran Saham: Faktor penurunan dan pemacu utama
Bersama Ketua, MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof untuk membincangkan faktor-faktor yang menyumbang kepada kelembapan pasaran saham baru-baru ini dan implikasinya terhadap pelabur.
Aerotrain: Kelewatan yang tidak memenuhi jangkaan
Kelewatan dalam menyambung semula perkhidmatan Aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada asalnya dijadualkan pada Januari 2025, dilihat sebagai mengecewakan selepas lebih dua tahun menantikannya.
Majikan tidak boleh paksa pekerja ambil cuti tahunan atau cuti tanpa gaji - KESUMA
Majikan yang menutup perniagaan melebihi hari kelepasan am yang diwartakan sempena Tahun Baharu Cina diingat tidak memaksa pekerja untuk mengambil cuti tahunan atau cuti tanpa gaji.
Gangguan air: Jangan paksa pekerja ambil cuti tahunan, potong gaji - Sim
Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong berkata majikan dan pekerja boleh merujuk kepada Jabatan Tenaga Kerja jika terdapat kes sebegini.
Elak musim bencana alam, cadang cuti sekolah dianjak ke pertengahan tahun - Pakar Meteorologi
Kerajaan baharu mungkin boleh mempertimbangkan cadangan menganjak sesi cuti tahunan sekolah ke pertengahan tahun pada Jun atau Julai.
Majikan tidak boleh paksa guna cuti tahunan, gaji seperti biasa
Majikan tidak boleh paksa dan arah pekerja menggunakan cuti tahunan atau mengambil cuti tanpa gaji susulan arahan bekerja dari rumah sepanjang PKPB.
PKP: Majikan diberi amaran tidak potong gaji pekerja
Program Pengekalan Pekerjaan atau ERP yang dilaksanakan melalui Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) bertindak sebagai bantuan kepada pekerja yang kehilangan pekerjaan.
Krismas disambut penuh kesederhanaan tapi meriah
Perayaan Krismas disambut secara sederhana namun meriah oleh penganut Kristian di Malaysia ketika sesetengah mereka terpaksa berhadapan dengan situasi banjir yang kini melanda Pantai Timur