Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) mengingatkan para majikan supaya mengikuti syarat-syarat serta berlaku jujur sewaktu mengemukakan permohonan bagi Program Subsidi Upah (PSU) dan Program Pengekalan Pekerjaan (ERP).
Ketua Eksekutif Perkeso Datuk Sri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed dalam satu kenyataan berkata majikan diminta untuk tidak memasukkan pekerja yang tidak berdaftar dengan pertubuhan itu sebelum 1 April 2020, atau nama pekerja yang tidak wujud.
"Bagi majikan yang membuat permohonan PSU yang mana pekerja mereka tidak berdaftar dan mencarum dengan Perkeso sebelum 1 April 2020 walaupun telah bekerja sebelum tarikh itu, senarai majikan berkenaan akan dikemukakan kepada Bahagian Penguatkuasaan Perkeso untuk tindakan selanjutnya," menurut kenyataan mengenai status mingguan permohonan yang dikeluarkan pada Jumaat.
Beliau berkata sehingga Khamis (7 Mei), Perkeso telah menerima sebanyak 278,505 permohonan bagi PSU daripada majikan yang mewakili 2.24 juta pekerja sejak permohonan itu dibuka pada 1 April 2020.
Bagi ERP pula, katanya, Perkeso telah menerima sebanyak 33,264 permohonan daripada pihak majikan yang mewakili sebanyak 296,718 pekerja.
Seperti yang diumumkan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M.Saravanan, permohonan bagi ERP yang masih lagi dibuka mendapat peruntukan tambahan sebanyak RM120 juta serta akan memberi manfaat kepada lebih ramai pekerja.
Permohonan subsidi itu masih boleh dibuat melalui prihatin.perkeso.gov.my. atau boleh berhubung dengan PERKESO melalui e-mel perkeso@perkeso.gov.my atau di laman sosial Facebook di www.facebook.com/PERKESO.Official/ atau di talian 03-8091 5100 / 03-4264 5555 / 1-300-22-8000.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 08 2020
Mohammed Azman berkata majikan diminta untuk tidak memasukkan pekerja yang tidak berdaftar dengan pertubuhan itu sebelum 1 April 2020, atau nama pekerja yang tidak wujud. - Gambar Fail
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
PBB amat khuatir serangan di Lubnan semakin memuncak
Suruhanjaya tinggi bagi hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (OHCHR) menyatakan kebimbangan terhadap situasi yang berlaku di rantau Asia Barat terutama di selatan Lubnan yang semakin memuncak.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Rasionalisasi subsidi diesel bukan faktor utama kenaikan kos barangan sektor pembuatan - MOF
Menurut MOF, rekod pencapaian bulanan PMI sektor pembuatan bagi 2024 boleh dianggap lebih baik dan stabil berbanding 2023.
Kerjasama mesti adil, bukan formula elit - PM
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Suruhanjaya Tinggi Malaysia keluar nasihat perjalanan
Rakyat Malaysia di Pakistan dinasihatkan supaya berhati-hati berikutan perarakan di ibu negara Islamabad oleh penyokong bekas perdana menteri Pakistan yang kini menjalani hukuman penjara, Imran Khan.
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh pada Selasa dalam rusuhan oleh penunjuk perasaan yang menuntut supaya bekas Perdana Menteri, Imran Khan, dibebaskan dari penjara.
Masa tepat perkukuh perdagangan AI dan digital Malaysia-Rusia - Nazir Razak
Tan Sri Nazir Razak, Pengerusi ASEAN Business Advisory Council, menyeru kerjasama lebih erat antara Rusia dan ASEAN dalam bidang perdagangan digital, kecerdasan buatan (AI), pasaran karbon, modal teroka, serta keselamatan makanan. Beliau menyifatkan Forum Perniagaan Antarabangsa World of Opportunities Russia-ASEAN sebagai platform strategik untuk memperkukuh hubungan ekonomi, dengan menekankan keutamaan ASEAN menjelang 2025 dan mengundang pelaburan serta kepakaran Rusia.
MIDA sedia bantu PKS guna pakai penyelesaian ERP menerusi geran kerajaan
MIDA komited membantu PKS menerusi geran kerajaan terutamanya bagi mereka yang mahu mengambil bahagian dalam IR 4.0.
Kerajaan wajar pertimbang tambah peruntukan ERP - Lee Lam Thye
Kerajaan wajar mempertimbangkan penambahan peruntukan Program Pengekalan Pekerjaan (ERP) bagi membantu mengelakkan lebih ramai pekerja daripada diberhentikan.
ERP: Pengecualian duti lonjak nilai eksport sawit
Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Datuk Ahmad Jazlan Yaakub, berkata langkah itu juga secara langsung membantu pekebun kecil amnya dengan hasil keluaran mereka akan lebih cepat diterima
Pas perjalanan tanpa had pengangkutan awam berharga RM30 - PM
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kerajaan memperkenalkan Program MY30 di mana pengguna hanya perlu membayar RM30 sahaja sebulan untuk pengangkutan awam.
Berita gembira, ibu tunggal, OKU terima bantuan 'one-off' RM300
Bantuan kewangan tersebut akan disalurkan selewat-lewatnya sebelum sambutan Hari Raya Aidiladha pada Ogos ini.
Perdana Menteri umum Pelan Pemulihan Ekonomi jam 3 petang ini
Pelan berkenaan diumumkan sehari selepas Malaysia dilapor mencatat defisit dagangan pada April, kali pertama selepas merekodkan lebihan dagangan untuk 269 bulan berturut-turut.
SAM harap khabar positif daripada Perdana Menteri
Presidennya, Jasni Shafie dalam kenyataan semalam berkata pelan yang akan dilaksanakan itu diharap dapat memberikan juga tumpuan terhadap usaha membantu memulihkan industri media di negara ini.
Pelaksanaan tambatan ringgit tidak sesuai ketika ini - Pakar ekonomi
Penganalisis Ekonomi Prof Madya Dr Madeline Berma berkata krisis COVID-19 yang dialami bukan sahaja menjejaskan ekonomi di Malaysia malah ekonomi seluruh dunia juga.
Buat aduan jika majikan gagal bayar PSU, ERP
Tindakan penguatkuasaan boleh diambil terhadap majikan yang tidak bertanggungjawab dan gagal menyalurkan bayaran tersebut.
Kerajaan digesa lanjutkan bantuan ERP sehingga hujung tahun
Kerajaan digesa untuk melanjutkan bantuan Program Pengekalan Pekerjaan (ERP) sekurang-kurangnya sehingga akhir tahun ini bagi membantu majikan dan pekerja yang terkesan dengan penularan COVID-19.