KUALA LUMPUR: Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) bersetuju dengan keputusan kerajaan melaksanakan penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) yang lebih ketat dalam sektor ekonomi dan sosial di kawasan yang terjejas teruk oleh COVID-19, dan bukannya mengumumkan sekatan pergerakan secara total di seluruh negara.
Ia berkata majikan sektor swasta merasa lega dengan keputusan itu terutama apabila kerajaan mempertimbangkan dengan teliti pandangan pihak industri walaupun terdapat tekanan daripada pegawai perubatan.
"Peningkatan jumlah jangkitan COVID-19 mencetuskan kebimbangan serius dan kerajaan telah mengambil keputusan bijak dari segi menentukan keseimbangan antara menyelamatkan nyawa dan kehidupan.
"Keputusan untuk tidak melaksanakan sekatan sepenuhnya membolehkan majikan untuk terus menghidupkan kembali perniagaan mereka dalam tempoh yang sangat getir ini dan seterusnya membuka jalan kepada pemulihan ekonomi sepenuhnya.
"Keselamatan dan kesihatan 'rakyat' harus diutamakan," kata presiden Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman dalam satu kenyataan hari ini.
"Kita perlu menerima hakikat bahawa COVID-19 akan tetap berada dalam komuniti kita untuk sementara dan kita perlu belajar bagaimana menghadapinya dengan berkesan, seperti menggalakkan program imunisasi, melaksanakan SOP yang lebih ketat dan mengehadkan pergerakan," tambah beliau.
MEF turut menasihati semua majikan dan pekerja bahawa langkah itu mungkin bukan yang terbaik untuk mengawal penularan COVID-19 tetapi kerajaan tidak mempunyai pilihan berdasarkan kesan kewangan daripada sekatan secara menyeluruh.
"Rakyat Malaysia harus menyedari beban untuk membendung penularan adalah pada kita dan bukan kerajaan. Jadi, kita mesti berdisiplin dan mengubah tingkah laku, sikap dan amalan kita dengan mengikuti SOP," tambah beliau.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 22 2021

DR SYED HUSSAIN: Peningkatan jumlah jangkitan COVID-19 mencetuskan kebimbangan serius dan kerajaan telah mengambil keputusan bijak dari segi menentukan keseimbangan antara menyelamatkan nyawa dan kehidupan. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

Majikan sektor swasta lega kerajaan putus laksanakan SOP yang lebih ketat - MEF
MEF bersetuju dengan keputusan kerajaan melaksanakan penguatkuasaan SOP yang lebih ketat dalam sektor ekonomi dan sosial di kawasan yang terjejas teruk oleh COVID-19.