Golongan majikan di negara ini sama ada sektor kerajaan mahupun swasta boleh mempertimbangkan langkah untuk memberikan cuti kepada para pekerja yang tiada mood untuk bekerja, kata Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF).
Pengarah Eksekutifnya, Datuk Shamsuddin Bardan berkata langkah ‘murah hati’ itu bagaimanapun boleh memberi stigma buruk kepada golongan pekerja kerana dibimbangi akan dilabel sebagai pemalas.
“Tidak semestinya mereka (pekerja) perlu murung dahulu sebelum permohonan cuti diluluskan. Kalau ada ura-ura yang menyebabkan mereka rasa tidak suka untuk bekerja, kita (majikan) boleh mempertimbangkannya.
“Namun, langkah ini boleh memberi kesan negatif kepada pekerja kerana mereka akan dilabel sebagai malas,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI, pada Selasa.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai sikap prihatin sebuah syarikat, China Dinosaurs Park yang membenarkan pekerjanya mengambil cuti sekiranya tiada mood.
Menurut laporan media antarabangsa, syarikat tersebut telah mengamalkan polisi berkenaan sejak tiga tahun lalu bertujuan untuk meningkatkan prestasi, emosi serta semangat para pekerja.
Sementara itu, media tempatan pada hujung tahun lalu melaporkan bahawa pekerja di Malaysia sedang mengalami tekanan hidup yang sangat tinggi berikutan beberapa faktor antaranya kerana peningkatan kos sara hidup.
Tidak menolak bahawa pemberian cuti boleh meningkatkan produktiviti dalam kalangan pekerja, Shamsuddin menambah pelaksanaan cuti ‘tiada mood’ ini perlu dikaji daripada pelbagai sudut.
“Dari sudut pekerja, ia akan menimbulkan masalah yang lebih teruk kerana mereka yang mengambil cuti (yang lama) biasanya akan lesu untuk kembali bekerja.
“Namun, cuti tidak sepatutnya diberikan mengikut mood pekerja sebaliknya ia adalah hak pekerja untuk menggunakan cuti tahunan yang telah diperuntukan oleh majikan,” jelasnya.
Ditanya mengenai inisiatif lain yang boleh menggantikan cuti ‘tiada mood’, Shamsudin menjawab: “Majikan boleh mengimbangi antara kehendak pekerja dengan syarikat, iaitu membenarkan pekerja bertugas pada waktu anjal. Ini mampu mengurangkan tekanan.”
Selain itu katanya, penyediaan kemudahan dan infrastruktur yang sempurna seperti gimnasium di tempat kerja juga boleh memberikan keseronokkan dan menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan pekerja.
“Biarlah cuti itu digunakan oleh pekerja untuk beristirehat bersama keluarga dan bukannya diambil ketika mereka tiada mood untuk bekerja,” ujarnya.
Hasimi Muhamad
Tue Mar 05 2019
Tiada mood... atau sebenarnya pemalas? - Gambar hiasan/pexel.com
Fasa akhir pembinaan kapal LCS pertama siap akhir tahun ini
Fasa akhir pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) pertama akan disiapkan pada penghujung tahun ini, menurut Kementerian Pertahanan.
Pekerja bank ditipu, jadi 'orang suruhan' sindiket penipuan telefon
Seorang mangsa sindiket membuat laporan polis pada 28 Oktober lalu kerana ditipu hingga kerugian RM138,000.
Kajian New Zealand menunjukkan kesan buruk internet terhadap kanak-kanak 8 tahun
Kanak-kanak yang mengalami masalah tingkah laku atau memiliki lebih banyak peranti peribadi berisiko lebih tinggi terdedah kepada bahaya dalam talian.
Rasuah: Mahkamah Rayuan kekalkan hukuman penjara 30 bulan bekas polis
Bekas inspektor polis berusia 42 tahun itu akan memulakan hukuman penjara hari ini.
IPTA, IPTS diminta pastikan pelajar tidak laksana aktiviti luar ketika MTL
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku membabitkan pelajar.
Pantau Agenda Reformasi: Kedudukan semasa ekonomi Korea Selatan, dampak kepada Malaysia
Bagaimana boleh kita memahami kedudukan ekonomi Korea Selatan dan apa yang boleh kita belajar? Sejauh mana ia beri impak signifikan kepada rantau ini termasuk Malaysia?
Malaysia minta perolehan pesawat FA-50M dari Korea Selatan dipercepat - PM Anwar
Malaysia telah meminta perolehan 18 unit pesawat pejuang ringan FA-50M yang ditempah daripada syarikat pertahanan Korea Selatan dipercepatkan.
Palsu dokumen UMS: Rayuan akhir Peter Anthony ditangguh ke 9 Jan
Keputusan rayuan akhir Peter Anthony yang didapati bersalah memalsukan dokumen berhubung kontrak kerja di UMS ditangguhkan ke 9 Jan tahun depan.
Semak semula penambahan tiga jam waktu bekerja bagi jururawat
Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman menggesa agar KKM dan JPA menyemak semula keputusan yang mewajibkan tambahan tiga jam bekerja seminggu untuk jururawat wad mulai 1 Disember ini.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Paras air Sungai Golok di Tanah Merah melepasi paras bahaya
Sungai Golok di Jenob, Tanah Merah telah melepasi paras bahaya dengan ketinggian 25.15 meter (bahaya 23.50 meter) setakat 2.30 petang ini.
Cuti Hari Kebangsaan: 20,000 pelancong Malaysia ke wilayah selatan Thailand
Kebanyakan pelawat dari Malaysia menggunakan pintu masuk Bukit Kayu Hitam dan Pengkalan Hulu di Malaysia untuk menuju ke Sadao dan Betong di Thailand.
MB Pahang Wan Rosdy kembali bertugas
Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail kembali memulakan tugas rasmi di Wisma Sri Pahang di sini hari ini.
Anak hilang di KLIA2 rupa-rupanya ada dalam pesawat
Setiap keluarga yang memiliki anak autisme sudah pasti menghadapi pelbagai ujian besar.
Ahmad Zahid kembali bertugas, hadir mesyuarat Kabinet
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini kembali bertugas serta menghadiri mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kedah cuti peristiwa Ahad ini sekiranya PN menang PRN
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, memaklumkan perkara berkenaan menerusi laman media sosial Facebook.
PRN: 'Isnin cuti jika PH-BN menang di Selangor' - Amirudin
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari membuat pengumuman tersebut ketika menyampaikan amanat khas yang disiarkan secara langsng hari ini.
Iran umum cuti dua hari kerana suhu panas melampau
Suhu dijangka mencecah 51 darjah Celsius (123.8F) di beberapa bandar di selatan Iran.
Ini tujuh khabar gembira diumum PM Anwar sempena Aidilfitri
Antara berita baik tersebut ialah berkaitan tol percuma, hari cuti tambahan dan kadar diskaun khas saman PDRM, semuanya sempena Hari Raya Aidilfitri.
PRU15: Orang Sarawak suka bekerja! Abang Jo kaji umum cuti 18 November
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pihaknya khuatir, pengisytiharan dan pewartaan tarikh tersebut akan memberi impak negatif kepada ekonomi negeri.
Pahang dapatkan penasihat undang-undang berhubung cuti - Wan Rosdy
Sebelum ini, Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan telah mengumumkan 18 November sebagai cuti umum.