Majikan akan segera didakwa jika terus melanggar undang-undang dengan mengupah pendatang asing tanpa izin (PATI), kata Menteri Sumber Manusia M.Kulasegaran.
Beliau berkata kementerian itu menjalinkan kerjasama rapat dengan Kementerian Dalam Negeri untuk menguatkuasakan langkah itu selain memastikan tindakan tegas diambil terhadap majikan yang degil di seluruh negara.
"Anda sedia maklum yang 72 jam lalu, Tan Sri Muhyiddin Yassin (Menteri Dalam Negeri) telah pergi ke suatu tempat di Jalan Petaling. Anda tahu betapa seriusnya masalah ini dan kami memang mahu mengatasinya.
"Tidak lama lagi, ramai majikan yang akan didakwa kerana melakukan kesalahan itu," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini, hari ini.
Pada 31 Mei lepas, Muhyiddin berkata bahawa Program Penggajian dan Penempatan Semula Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) atau Rehiring akan ditamatkan pada 30 Jun ini.
Menerusi program itu, yang dilaksanakan pada 16 Feb 2016, PATI diberikan permit kerja yang sah bagi memenuhi sektor pekerjaan yang dibenarkan iaitu perkilangan, pembinaan, perladangan, pertanian dan perkhidmatan.
Sambil menegaskan bahawa keutamaan Kementerian Sumber Manusia adalah pelaksanaan penguatkuasaan yang teliti dan sifar rasuah, Kulasegaran berkata kementerian itu mahu undang-undang negara dipatuhi dan dikuatkuasakan dengan tegas terhadap semua orang di negara ini.
"Sekiranya ada penguatkuasaan yang baik, maka, tiada siapa yang akan membuat aduan. Saya telah meminta pegawai kementerian memberi laporan mingguan mengenai perkara ini kepada saya," katanya.
Dalam perkembangan lain, Kulasegaran berkata kerajaan menggalakkan lebih ramai pemandu teksi mencarum kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) kerana mereka lebih terdedah kepada kemalangan.
"Malangnya, daripada kira-kira 90,000 pemandu teksi di negara ini, hanya 3,787 orang yang mencarum (kepada Perkeso). Kami mahu jumlah ini ditambah bagi memastikan mereka dilindungi sekiranya ditimpa kemalangan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 04 2018

Program Penggajian dan Penempatan Semula Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) atau Rehiring akan ditamatkan pada 30 Jun ini. - Gambar fail

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.

KESUMA cadang laksana Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja
Ia bagi memastikan perlindungan 24 jam sehari dalam tujuh hari seminggu kepada pekerja yang layak semasa tempoh penggajian.

Perintah gaji minimum RM1,700 berkuat kuasa hari ini
Semua majikan wajib patuhi Perintah Gaji Minimum dan memastikan pekerja mereka menerima gaji pokok tidak kurang daripada RM1,700 sebulan.

KESUMA bincang dengan KPT, universiti lanjut tempoh latihan amali mahasiswa
Kementerian Sumber Manusia sedang berbincang dengan Kementerian Pendidikan Tinggi dan pelbagai universiti untuk melanjutkan tempoh latihan amali bagi mahasiswa.

Kesuma komited pastikan keselamatan pekerja di tempat kerja sentiasa terjamin
Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) komited untuk memastikan keselamatan pekerja ketika berada di tempat kerja sentiasa terjamin.

Lebih 600,000 pekerja di Malaysia mungkin terkesan dengan AI dalam tempoh 5 tahun
Lebih 600,000 Pekerja Di Malaysia Mungkin Terkesan Dengan AI Dalam Tempoh 5 Tahun

Perkeso kuat kuasa had siling gaji baharu untuk caruman berkuat kuasa hari ini
Perkeso akan menguatkuasakan had siling gaji baharu bagi maksud caruman daripada RM5,000 kepada RM6,000 sebulan, mulai hari ini.

Empat perundangan di bawah KESUMA kuat kuasa esok
Empat perundangan di bawah Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) akan mula berkuat kuasa esok bagi menambah baik prinsip kebebasan berkesatuan dan perundangan kolektif.

Belanjawan 2025: KESUMA tumpu perkasa institusi TVET di bawah kementerian
Kementerian Sumber Manusia menumpukan agenda memperkasakan institusi TVET di bawah kementerian itu menerusi Belanjawan 2025.

Dewan Negara lulus dua RUU di bawah KESUMA
RUU itu masing-masing diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas bacaan kali ketiga oleh Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong.

Lebih 300 majikan mohon sertai projek rintis Dasar Gaji Progresif
Kementerian Sumber Manusia menerima 362 permohonan daripada majikan yang ingin menyertai projek rintis Dasar Gaji Progresif sejak diperkenalkan.