KUALA LUMPUR: Kerajaan melalui Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) akan menambah baik keperluan kelas pendidikan yang diadakan oleh Pertubuhan Jejak Jalanan dan keperluan lain berkaitan untuk memastikan 'anak lorong' di Chow Kit, di sini tidak tercicir dalam pembelajaran.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar berkata kerajaan sentiasa komited dalam menjaga kebajikan golongan asnaf di negara ini termasuk dalam soal pendidikan dan bersedia bekerjasama dengan pihak yang berkenaan untuk tujuan itu.
"Ini janji saya dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP Datuk Mohd Nizam Yahya, kita akan hulurkan bantuan dengan kerjasama daripada Pertubuhan Jejak Jalanan, insya-Allah Baitulmal dan juga MAIWP akan bantu.
"Kita akan bekerjasama untuk memastikan anak-anak di sini mendapat pendidikan yang terbaik sepertimana rakan-rakan mereka yang lain... MAIWP dan saya akan memastikan kebajikan mereka ini terjaga," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan di sekitar Chow Kit malam tadi.
Antara bantuan yang akan ditawarkan MAIWP ialah bantuan sewaan premis, buku-buku dan sumbangan kepada guru sukarelawan yang memberikan pendidikan secara percuma selain akan mempertimbangkan pertambahan guru bagi memenuhi keperluan pendidikan yang sepatutnya.
Sementara itu Ketua Aktivis Pertubuhan Jejak Jalanan Azhan Adnan, 54 berkata dengan berbekalkan lampu jalan, pertubuhan itu mengadakan kelas untuk anak-anak asnaf di kawasan lapang dan terbuka iaitu di pekarangan kawasan Menara Raja Laut serta kawasan parkir berhadapan sebuah restoran mamak.
Tenaga pengajar pula terdiri daripada empat guru sukarelawan yang memberikan ilmu agama dan kelas akademik antaranya pengajaran Bahasa Melayu, Inggeris, Sains dan Matematik empat kali seminggu.
Beliau berkata kelas itu merupakan tambahan pendidikan untuk golongan terbabit yang bersekolah di Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih iaitu sebuah sekolah model khas kelolaan Kementerian Pendidikan bagi menyantuni golongan rentan yang berada sekitar Chow Kit atau ibu negara.
Azhan yang mesra dipanggil Abe Hae berkata beliau berharap 'anak-anak lorong' berkenaan menggunakan pendidikan sebagai batu loncatan untuk keluar dari kepompong kesusahan sekali gus menghentikan kitaran kemiskinan yang dilalui mereka.
"Abe (abang) nak tengok mereka ini membesar dengan ilmu, kita tak nak tengok sejarah mak ayah mereka ini berulang kembali kepada anak-anak ini. Harapan abe nak lihat sekurang-kurangnya 10 hingga 20 peratus boleh berjaya seperti orang lain, masuk universiti.
"Anak-anak ini mungkin nanti mereka akan teringat dan kemudian mereka pula akan buat inisiatif kebajikan seperti ini dan bantu orang lain," katanya.
NGO berkenaan kini dalam proses mengubah suai premis Pusat Transit Gelandangan milik pertubuhan itu yang sebelum ini dijadikan sebagai rumah sementara kepada golongan gelandangan, untuk disesuaikan sebagai pusat pendidikan untuk anak-anak asnaf di kawasan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 20 2024
'Anak-anak lorong' diharap menggunakan pendidikan sebagai batu loncatan untuk keluar dari kepompong kesusahan sekali gus menghentikan kitaran kemiskinan yang dilalui mereka. - Gambar/ Bernama
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
Bangladesh tidak akan benarkan lagi kemasukan Rohingya ke wilayahnya
Bangladesh pada Isnin menegaskan tidak akan membenarkan lebih ramai etnik Rohingya memasuki wilayahnya.
Peniaga rugi lebih setengah juta diperdaya 'scammer'
Seorang peniaga kerugian lebih setengah juta ringgit apabila terperdaya dengan individu yang menyamar sebagai wakil Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada Sabtu lepas.
Enam maut dalam nahas babitkan bas persiaran di Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam ini.
Akaun TikTok dikesan guna suara, video pakar perubatan tanpa kebenaran
Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman mengesan kewujudan akaun TikTok yang menggunakan suara dan video pakar perubatan tempatan tanpa kebenaran bagi mempromosikan produk kesihatan.
Peningkatan pelepasan abu di Gunung Berapi Kanlaon
Kepulan gelap setinggi kira-kira 1.2 kilometer dikesan di Gunung Berapi Kanlaon.
Rusia pertimbang penerbangan terus dengan Brazil, Malaysia, Pakistan
Kementerian Pengangkutan Rusia sedang mengadakan rundingan untuk melancarkan penerbangan terus ke Brazil, Malaysia, dan Pakistan.
Tumpuan Isnin – 23 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Siasatan undang-undang tentera: Polis analisis rekod telefon Presiden Yoon
Polis menganalisis rekod telefon peribadi Yoon Suk Yeol selepas mendapatkannya sebagai sebahagian daripada siasatan mereka terhadap pengisytiharan undang-undang tentera yang gagal awal bulan ini.
10 Berita Pilihan - (22 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Bajet MAIWP 2025: Anggaran pendapatan naik kepada RM1.67 bilion, pembangunan ummah teras utama - Na'im
Anggaran pendapatan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) pada 2025 meningkat 12 peratus kepada RM1.67 bilion dengan kutipan zakat disasarkan mencapai RM1.2 bilion.
MAIWP peruntuk RM1.67 bilion, anggaran perbelanjaan 2025 - Mohd Na'im
MAIWP memperuntukkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM1.67 bilion bagi tahun 2025, iaitu peningkatan sebanyak 4.43 peratus berbanding tahun lepas berjumlah RM1.60 bilion.
Banjir: MAIWP diminta salur bantuan secepat mungkin - Mohd Na'im
Datuk Mohd Na'im Mokhtar meminta Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) segera menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir di negeri-negeri yang terjejas.
Banjir: MAIWP tambah peruntukan RM7 juta - Mohd Na’im
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) mengumumkan peruntukan tambahan RM7 juta bagi membantu mangsa banjir di seluruh negara.
RM1 bilion kutipan zakat direkod pada 2023, peningkatan 11 peratus - MAIWP
Sebanyak RM1 bilion zakat berjaya dikutip di seluruh Wilayah Persekutuan pada 2023, peningkatan sebanyak 11 peratus berbanding 2022.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 2 November 2024.
‘Santuni MADANI’ platform tepat pantau sistem penyampaian kerajaan
Program itu dilihat mampu memberi impak dalam merapatkan jurang kemudahan antara desa dan bandar.
MAIWP perlu tekankan pengurusan integriti bagi capai agenda nasional - Mohd Na'im
Mohd Na'im berkata beliau mahu 'stigma lama' berkaitan aspek pengurusan tidak cekap, dinoktahkan dan tidak mahu agensi berkaitan hal ehwal Islam itu terus dilihat ketinggalan daripada arus perdana.
MAIWP sentiasa komited bantu anak-anak asnaf dan huffaz
MAIWP menyediakan 38 skim bantuan merangkumi kebajikan, pendidikan, keusahawanan dan perlindungan dari pusat asuhan hingga ke IPT.
Lima sekeluarga tinggal di pondok usang di Kuala Lumpur
Program Ziarah Asnaf MAIWP menyantuni sepasang suami isteri dan tiga anak mereka yang tinggal di sebuah pondok usang berhampiran PPR Seri Semarak.