SHAH ALAM: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak sama ada organisasi atau individu yang mengguna pakai logo pihak berkuasa agama itu dengan sewenang-wenangnya.
Setiausahanya, Dr Ahmad Shahir Makhtar berkata, tindakan sama juga dilakukan kepada mereka yang memalsukan dokumen melibatkan MAIS untuk tujuan menyalahi undang-undang dan mengelirukan orang ramai.
Menurutnya, perkara itu susulan aduan daripada sebuah syarikat swasta yang melaporkan menerima pesanan pembelian (PO) dan invois yang menggunakan kepala surat rasmi berlogo MAIS bagi tujuan mendapatkan dana projek pembekalan bantuan bakul makanan.
"Hasil semakan kedua-dua dokumen ini didapati palsu dan MAIS tidak terlibat dengan projek pembekalan bakul makanan serta tidak pernah melantik mana-mana pihak menjadi ejen untuk projek bantuan yang berkaitan," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Sehubungan itu, katanya, MAIS kesal dan memandang serius insiden pemalsuan dokumen dengan menggunakan logo MAIS.
Katanya, laporan polis juga akan dibuat agar tindakan undang-undang dapat diambil terhadap pihak melakukan jenayah pemalsuan dokumen di bawah Seksyen 468 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang boleh dikenakan hukuman penjara selama tujuh tahun dan dikenakan denda.
"MAIS melihat perbuatan pemalsuan dokumen ini jenayah serius kerana ia menjejaskan imej dalam menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada umat Islam khususnya di Selangor," kata beliau.
Ahmad Shahir memberitahu, orang ramai dinasihatkan lebih berhati-hati dan berwaspada dengan penipuan oleh mana-mana pihak menggunakan nama MAIS untuk tujuan mendapatkan sumbangan dan apa-apa kepentingan lain.
"Jika terdapat perkara yang meragukan, orang awam boleh mendapatkan pengesahan daripada MAIS dan merujuk melalui talian 03-5515 3400 atau emelkan terus ke pro@mais.gov.my," jelas beliau. -Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Feb 17 2023

MAIS akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak sama ada organisasi atau individu yang mengguna pakai logo pihak berkuasa agama itu dengan sewenang-wenangnya.

'Gummy' dilarang jual di semua platform, tidak patuh pelabelan
Tindakan penguatkuasaan termasuk rampasan produk ini akan dibuat berdasarkan peraturan.

Rusia denda Google beberapa kali kerana langgar syarat kandungan
Denda itu dikenakan kerana kegagalan Google menghapuskan kandungan berunsur ekstremisme, berita palsu serta bahan yang menghasut rusuhan.
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.

Jojo sedia kongsi ilmu di Wilayah Pahlawan 2025
Jojo berkata beliau memikul tanggungjawab besar untuk menjadi lebih matang dan berdisiplin, demi menjadi inspirasi baik buat anak muda.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.

Senator Datuk Salehuddin Saidin dilantik Pengerusi MAIS baharu
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan melantik Senator Datuk Salehuddin Saidin sebagai Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) baharu berkuat kuasa 1 Mac.

2,076 individu terkait GISB sertai program pemulihan MAIS
Sebanyak 2,076 individu termasuk 1,345 kanak-kanak yang terkait dengan GISB bersetuju menyertai program pemulihan kelolaan MAIS bermula 15 Feb ini.

Lebih RM13 juta hasil kutipan fidyah 2023 diagih kepada 50,054 penerima - MAIS
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah mengagihkan lebih RM13 juta hasil kutipan fidyah pada 2023 kepada 50,054 penerima yang layak sepanjang tahun lepas.

Mahkamah Persekutuan tolak permohonan wanita semak keputusan berhubung status agama Islam
Mahkamah Persekutuan di sini hari ini menolak permohonan seorang wanita berusia 38 tahun untuk menyemak semula keputusan terdahulu yang mengesahkan status agamanya sebagai seorang Islam.

Pemantauan pematuhan tauliah pastikan agama tidak disalah guna - MAIS
Pemantauan pematuhan syarat tauliah mengajar agama Islam yang dilaksanakan dengan tegas di Selangor adalah bagi memastikan keharmonian masyarakat dan kesucian agama terbela.

Insiden jenazah bayi dibeku tidak patut berlaku, tiada pihak minta bantuan MAIS
Insiden jenazah bayi didakwa disimpan di dalam peti sejuk lebih dua minggu di sebuah hospital swasta di Klang disebabkan bapa tidak mampu melunaskan bil tidak sepatutnya berlaku.

Sultan Sharafuddin mahu semua penceramah mempunyai tauliah MAIS
JAIS diminta memastikan semua penceramah yang menyampaikan pengajaran Islam mempunyai tauliah yang dikeluarkan MAIS.

JAIS akan ambil tindakan tegas terhadap pemungut zakat tanpa tauliah
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan bertindak tegas terhadap individu atau mana-mana pihak yang memungut zakat di negeri itu tanpa tauliah daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

253 wanita alami masalah sosial, akidah dipulihkan di Selangor
Sebanyak 253 wanita yang terlibat dengan gejala sosial dan akidah berjaya dipulihkan setelah mengikuti program pemulihan di Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Fatwa GISB menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar diwartakan - MAIS
Fahaman, ajaran, pegangan atau amalan ahli GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) dan rangkaiannya yang difatwakan menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar telah diwartakan dan disiarkan dalam Warta Kerajaan