KUCHING : Pengembara antarabangsa yang memasuki Sarawak mulai 1 April depan perlu menjalani saringan RTK Antigen sebaik sahaja tiba di pintu masuk negeri ini dan menanggung sendiri kos tersebut.
Bagaimanapun kemasukan terus dari Singapura adalah dikecualikan daripada prosedur tersebut, tetapi masih perlu menjalani ujian calitan RT-PCR dua hari sebelum berlepas ke Sarawak, demikian menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam kenyataan pada Ahad.
Berdasarkan garis panduan baharu buat pengembara luar negara itu, JPBN Sarawak turut menetapkan pengembara yang didapati positif COVID-19 dan tidak melengkapkan suntikan vaksinasi juga perlu menanggung kos kuarantin di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC), selain kos pengangkutan jika melakukan isolasi di rumah .
Kemas kini baharu prosedur operasi standard (SOP) ini juga menetapkan individu di bawah 18 tahun tidak perlu dikuarantin mengikut status vaksinasi atau hanya mengikuti status vaksinasi ibu bapa dan penjaga.
"Pengembara kanak-kanak di bawah usia enam tahun juga dikecualikan saringan RTK Antigen semasa ketibaan di pintu masuk Sarawak," kata JPBN Sarawak.
Dalam pada itu menerusi kenyataan yang sama, JPBN turut mengklasifikasikan status lengkap vaksinasi buat tujuh jenis vaksin terpilih.
"Status lengkap vaksinasi bagi vaksin jenis Pfizer, Moderna, Astra Zaneca, Covaxin, Covishield, Novavax, Sputnik V adalah selepas mendapat suntikan dos yang ketiga.
"Sementara bagi vaksin Sinovac dan Sinopharm, individu dewasa 18 hingga 59 tahun dikira lengkap vaksinasi dengan dua dos, manakala warga emas usia 60 ke atas perlu tiga dos," jelasnya.
Tambahnya, vaksin jenis Cansino, Janssen dan Sputnik Light buat individu dewasa 18 tahun hingga 59 tahun pula hanya memerlukan satu dos sahaja untuk dikategorikan sebagai berstatus lengkap.
Manakala, dua dos bagi warga emas 60 tahun dan ke atas dibawah penggunaan vaksin yang sama.
Fadilah Sulaiman
Sun Mar 27 2022

Dalam ketetapan baharu oleh JPBN Sarawak yang akan dilaksanakan bermula fasa endemik iaitu pada 1 April depan, pengembara yang didapati positif COVID-19 dan tidak lengkap status vaksinasi perlu menanggung kos kuarantin sendiri. -Gambar Fail
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.

Peralihan fasa endemik bergantung perkembangan mutasi - Khairy
KKM akan meneliti keadaan mutasi baharu Covid-19 sebelum membuat pertimbangan untuk negara beralih ke fasa endemik sepenuhnya.

Fasa peralihan ke endemik: Perak sasar kemasukan 6 juta pelancong domestik - Exco
Kerajaan Perak menyasarkan kemasukan kira-kira 6 juta pelancong domestik ke negeri ini, selepas negara memasuki fasa peralihan ke endemik.

COVID-19: Tahap kesihatan semakin pulih, Sarawak sedia hadapi kelonggaran SOP
Sebanyak 6,839 kes baharu dan 41 kes kematian COVID-19 dilaporkan mulai 1 hingga 28 April 2022.

Malaysia dijangka catat pertumbuhan ekonomi 6.0 peratus tahun ini - Moody's
Pembukaan semula sempadan antarabangsa akan memacu sektor perkhidmatan yang berkaitan dengan pelancongan.

Kelantan bimbang kadar pengambilan dos penggalak rendah
Keadaan ini, kata Dr Izani, boleh mendorong peningkatan kes secara mendadak apabila fasa endemik dilalui nanti.

Berita pembukaan semula sempadan beri dorongan kepada Bursa Malaysia
Pada 9.05 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) tinggi 4.80 kepada 1,551.67 daripada 1,546.87 pada Selasa.

Untuk hidup dengan COVID-19, rakyat kena terima naik turun kes - Khairy
Tegas Khairy, untuk hidup bersama COVID-19, masyarakat perlu terima hakikat bahawa akan berlaku turun dan naik kes.

Johor usaha beralih ke fasa endemik, tingkat kadar vaksinasi - Hasni
Kerajaan Johor sedang berusaha untuk beralih ke fasa endemik dengan meningkatkan kadar vaksinasi penduduk negeri ini termasuk dalam kalangan kanak-kanak berusia lima hingga 12 tahun.

Kerajaan teliti wujudkan 'duta endemik' - Annuar Musa
Kerajaan sedang meneliti untuk mewujudkan pasukan 'duta endemik' COVID-19.

Kuartet Menteri COVID-19 setuju beralih ke fasa endemik
Keputusan untuk menentukan pelaksanaan peralihan fasa itu bergantung kepada Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik COVID-19 yang dipengerusikan termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri.