KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini akan menyemak hukuman kes seorang lelaki yang didenda RM5,000 kerana menetak bahagian kepala dan tangan kiri seorang peguam menggunakan parang selepas berang ditegur kerana tidak memakai pelitup muka, baru-baru ini.
Hari ini ditetapkan untuk pendengaran semakan kes itu di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah, namun M. Samasiveng, 57, tidak hadir ke mahkamah dan gagal dikesan oleh peguam T.P Aravind Raj, yang sebelum ini mewakili lelaki itu pada prosiding kes di Mahkamah Majistret Selayang.
Semakan itu dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Prosedur Jenayah (CPC) yang memberi kuasa kepada Mahkamah Tinggi untuk memanggil rekod prosiding mahkamah rendah dan menyemaknya.
Aravind, yang hadir pada prosiding hari ini berkata beliau telah cuba menghubungi lelaki itu tetapi panggilannya tidak dijawab malah tidak mendapat arahan sama ada untuk mewakili Samasiveng dalam prosiding semakan ini.
"Saya baru sahaja mendapat notis berhubung perbicaraan semakan ini dan saya akan cuba menghubungi Samasiveng berhubung perkara ini. Mohon maaf atas segala kesulitan," katanya.
Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Mohd Isa Mohamed memaklumkan kepada mahkamah bahawa rayuan berhubung kes tersebut difailkan di mahkamah oleh Pejabat Pendakwaan Negeri Selangor.
Sequerah kemudian mengarahkan pendakwaan membantu pihak polis bagi mengesan lelaki berkenaan dan menetapkan 18 Mac ini untuk pengurusan kes.
Pada 11 Mac lepas, Mahkamah Majistret Selayang menjatuhkan hukuman denda RM5,000 ke atas Samasiveng selepas mengaku bersalah mencederakan Gurcharan Singh, 60, menggunakan sebilah parang yang mungkin menyebabkan kematian terhadap mangsa di sebuah pasar raya di Taman Bersatu Rawang, Gombak pada 9 Mac lepas.
Mahkamah turut memerintahkan lelaki itu dipenjara 11 bulan jika dia gagal membayar denda tersebut. Dia membayar denda itu.
Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau dengan denda atau sebat atau mana-mana dua daripada seksaan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 16 2022
Semakan itu dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Prosedur Jenayah (CPC) yang memberi kuasa kepada Mahkamah Tinggi untuk memanggil rekod prosiding mahkamah rendah dan menyemaknya. - Gambar fail
Perunding pelaburan didakwa terlibat pengubahan wang haram hampir RM1 juta
Seorang perunding pelaburan mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah hampir RM1 juta.
Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah
Fadillah berkata perkara itu sudah berlaku ketika zaman pentadbiran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad lagi.
Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian
Polis menahan seorang pelancong lelaki warga Maghribi kerana disyaki mencabul seorang juruterapi wanita rakyat tempatan di Pulau Perhentian.
Warga Thailand seludup diesel dihadapkan mahkamah
Seorang pemandu lori warga Thailand dihadapkan ke mahkamah atas menyeleweng 322 liter minyak diesel minggu lalu.
ADUN Rembia sertai Pas: YB Kampar minta buka riben putih
Susulan pengumuman ADUN Rembia sertai Pas dalam sidang media, YB Kampar, Chong Zhemin kemuka Peraturan Mesyuarat dan menyifatkan satu penghinaan besar buat Parlimen.
#SisiTVParlimen
#AWANInews
#SisiTVParlimen
#AWANInews
Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad
Mohamad Hasan berkata buat masa ini, kerja-kerja penandaan dan pengukuran di lapangan telah meliputi 175.96 km atau 33.3 peratus daripada keseluruhan jarak sempadan.
Kim Pan Gon undur diri kesan kepada Harimau Malaya
Apa reaksi peminat Harimau Malaya dan penganalisis sukan mengenai peletakan jawatan Kim Pan-Gon?
Masuk Pas untuk sama-sama susah dengan rakyat - ADUN Rembia
Muhamad Jailani berkata, sebelum ini beliau pernah menghantar surat kepada Lembaga Disiplin UMNO memohon untuk memecat keahliannya daripada parti Melayu itu.
Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk
Perkara itu dimaklumkan pihak Aerotree Defence and Services Sdn Bhd iaitu syarikat yang dipertanggungjawabkan dalam kontrak perolehan perkhidmatan sewaan helikopter berkenaan.
Keghairahan final Euro 2024 dibawakan ke restoran mamak
Kemeriahan dan keghairahan perlawanan final UEFA EURO 2024 antara Sepanyol dengan England di Berlin, Jerman dirasai di Malaysia, dibawakan oleh 'Astro BizOne Watch Party' di Restoran Hakim, Seksyen 7, Shah Alam.
Mahkamah Tinggi semak hukuman kes lelaki tetak kepala, tangan peguam
Pelaku didenda RM5,000 kerana menetak bahagian kepala dan tangan kiri seorang peguam menggunakan parang selepas berang ditegur kerana tidak memakai pelitup muka.
Anak tikam, tetak ayah kandung hingga mati di Tawau
Suspek berusia 27 tahun itu menikam leher mangsa berusia 56 tahun menggunakan pisau di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Titingan.