Pemandu teksi yang didakwa menghantar suspek pembunuh pengasas Kumpulan Perbankan Arab-Malaysia Hussain Ahmad Najadi, mendapat satu lagi peluang untuk merayu terhadap sabitan dan hukuman penjara kerana memiliki sepucuk pistol dan lima butir peluru hidup.
Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan Hakim Datuk Mohtarudin Baki pada Rabu memerintahkan Mahkamah Tinggi mendengar semula rayuan Chew Siang Chee terhadap sabitan, hukuman penjara berjumlah 14 tahun dan enam sebatan.
Rayuan Chew akan didengar di hadapan hakim Mahkamah Tinggi yang berbeza.
Terdahulu, peguam mewakili pemandu teksi itu, Hisyam Teh Poh Teik berhujah hakim Mahkamah Tinggi yang mendengar kes perbicaraan penarik kereta yang dituduh membunuh Hussain Ahmad tidak wajar mendengar rayuan anak guamnya.
Beliau berkata ini kerana hakim itu mungkin tidak akan bersikap objektif dalam membuat keputusan dalam rayuan Chew kerana beliau arif tentang fakta kes bunuh itu berikutan Chew merupakan saksi pihak pendakwaan.
Bersidang bersama-sama Mohtarudin ialah Hakim Datuk Seri Zakaria Sam dan Hakim Datuk Ahmadi Asnawi. Pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin.
Mahkamah menetapkan 28 Ogos bagi sebutan rayuan itu di Mahkamah Tinggi.
Pada 4 Sept tahun lepas, Hakim Datuk Mohd Azman Husin menolak rayuan Chew terhadap sabitan dan hukuman penjara itu tetapi meminda hukuman penjara kepada berjalan serentak dan dengan itu Chew hanya perlu menjalani hukuman penjara 10 tahun sahaja.
Chew, 46, merayu ke Mahkamah Tinggi selepas Mahkamah Sesyen mendapatinya bersalah memiliki sepucuk pistol Walther dan lima butir peluru hidup di kondominium Desa Cindaimas di Jalan Kuchai Lama, pada kira-kira 5.45 petang, 3 Ogos, 2013.
Dia dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan enam sebatan bagi kesalahan memiliki pistol dan penjara empat tahun bagi kesalahan memiliki peluru.
Dia pada awalnya diperintah menjalani hukuman penjara itu secara berturut-turut berkuat kuasa dari tarikh tangkap pada 30 Julai, 2013.
Hussain Ahmad, 76, maut manakala isterinya cedera parah selepas ditembak ketika mereka keluar dari kawasan Tokong Kuan Yin di Lorong Ceylon di Kuala Lumpur pada 29 Julai, 2013.
Bernama
Wed Aug 19 2015
![Mahkamah Tinggi akan dengar semula rayuan pemandu teksi Mahkamah Tinggi akan dengar semula rayuan pemandu teksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-08/61439979687_CHEWSIANGCHEE.jpg)
Pemandu teksi Chew Siang Chee, 45, (tengah) dijatuhi hukuman penjara 14 tahun dan enam sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah terhadap pertuduhan memiliki pistol dan peluru hidup - Foto Bernama
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
![Mahkamah Tinggi akan dengar semula rayuan pemandu teksi Mahkamah Tinggi akan dengar semula rayuan pemandu teksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-08/61439979687_CHEWSIANGCHEE.jpg)
Mahkamah Tinggi akan dengar semula rayuan pemandu teksi
Pemandu teksi yang didakwa menghantar suspek pembunuh pengasas Kumpulan Perbankan Arab-Malaysia, mendapat satu lagi peluang merayu.