Mahkamah sivil tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar saman yang difailkan oleh PKR terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dakwaan berbelanja berlebihan dalam kempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Mahkamah Tinggi diberitahu hari ini.
Peguam mewakili Najib, Datuk Mohd Hafarizam Harun berkata mahkamah sivil atas sifatnya tidak mempunyai bidang kuasa untuk mengeluarkan deklarasi yang bersifat jenayah.
"Plaintif mempunyai motif terselindung apabila memfailkan saman ini iaitu melemahkan keputusan pilihan raya umum ke-13.
"Ini jelas menyalahgunakan proses mahkamah dan sesuatu yang mahkamah ini tidak mempunyai bidang kuasa yang diperlukan untuk mendengarnya," kata beliau pada prosiding mendengar permohonan Najib dan tiga pihak lain untuk membatalkan saman yang difailkan oleh PKR.
Pada 12 Ogos lepas, PKR memfailkan saman terhadap Najib, setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) kerana dikatakan berbelanja berlebihan dalam kempen PRU13 dan kerana melanggar undang-undang pilihan raya.
Pihak plaintif dalam kes saman itu ialah penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang kini menjalani hukuman penjara lima tahun kerana kesalahan liwat; Anggota Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar; Anggota Parlimen Batu, Tian Chua; bekas setiausaha agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan anggota Gerakan Harapan Baru, Dr Dzulkefly Ahmad.
Mohd Hafarizam, yang juga mewakili Tengku Adnan, berhujah bahawa pihak plaintif tidak mempunyai 'locus standi' untuk memfailkan dan mengekalkan saman tersebut.
"Jika mahkamah ini mendapati bahawa plaintif mempunyai locus standi, saman itu akhirnya akan gagal kerana mahkamah ini tidak mempunyai bidang kuasa untuk mengeluarkan pengisytgiharan yang dipohon oleh plaintif," kata beliau.
Mohd Hafarizam berkata barang kes yang dikemukakan dalam afidavit plaintif ialah laporan daripada akhbar dan portal berita dalam talian yang hanya sekadar bukti dengar cakap yang deponen secara peribadi tidak tahu tentang kandungannya.
"Afidavit oleh deponen yang secara peribadi tidak tahu tentang pertimbangan yang keputusan itu berdasarkan adalah khabar angin semata-mata dan tidak bernilai sebagai keterangan, dan tiada mahkamah boleh memberi sedikit
pertimbangan kepadanya," kata beliau.
Datuk Tan Hock Chuan, yang mewakili 1MDB, berkata dakwaan konspirasi melibatkan Najib, Tengku Adnan dan 1MDB adalah tidak berasas sama sekali oleh plaintif untuk tujuan politik dan maksud yang tersembunyi.
"Siasatan masih diteruskan terhadap 1MDB yang kini dijalankan oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Jabatan Ketua Audit, Bank Negara Malaysia dan Polis Diraja Malaysia.
"Oleh itu, dakwaan plaintif terhadap 1MDB dianggap sebagai mengganggu siasatan yang dijalankan sekarang," katanya.
Peguam Kanan Persekutuan, Amarjeet Singh yang mewakili SPR, berhujah bahawa writ saman oleh plaintif telah melanggar Perkara 118 Perlembagaan Persekutuan kerana sepatutnya mereka memfailkan saman melalui petisyen pilihan raya.
Peguam utama plaintif iaitu Tommy Thomas berkata saman itu bukan kes yang nyata dan jelas untuk dibatalkan kerana jauh lebih kompleks dan perlu dibicara.
Kami menyatakan bahawa ada cukup aduan dalam dakwaan ini yang perlu disiasat untuk perintah lanjutan diarah dikeluarkan oleh mahkamah," kata beliau.
Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab menetapkan 21 Jan untuk membuat keputusan.
Bernama
Mon Dec 14 2015
HAFARIZAM: Ini jelas menyalahgunakan proses mahkamah dan sesuatu yang mahkamah ini tidak mempunyai bidang kuasa yang diperlukan untuk mendengarnya. -Gambar fail
IShowSpeed tiba di KL, terima baju batik daripada peminat
Speed menerima hadiah daripada beberapa orang peminat Malaysia ketika kenderaannya berhenti di lampu isyarat di ibu negara pada Selasa,
Penyanyi Sean Diddy ditangakp di New York
Penerbit muzik terkenal, Puff Daddy atau lebih dikenali sebagai Sean Diddy Combs yang berdepan dengan beberapa tuduhan serangan seksual telah diberkas di Manhatann, New York oleh ejen persekutuan pada Isnin waktu tempatan.
10 maut, puluhan cedera bas Iran terbalik
Menurut angka awal, kemalangan itu mengakibatkan 10 maut dan 41 cedera.
Malaysia perlu melabur dalam infrastruktur
Pengarah Eksekutif Ukrainian Prism, Hennadiy Maksak berpandangan, Malaysia juga tidak boleh bergantung kepada satu laluan, selain menjalin hubungan yang baik dengan negara-negara jiran.
Lebih 1,000 rakyat termasuk pejuang Hezbollah cedera parah
Lebih seribu rakyat Lubnan termasuk anggota pejuang Hezbollah dan petugas perubatan cedera parah dalam satu letupan pada Selasa.
Tetingkap Tunggal Nasional memudahkan operasi perdagangan antara Malaysia dan China
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berpendapat inisiatif Tetingkap Tunggal Nasional (National single window) yang bakal diharmonikan Bersama system kastam China akan memudahkan operasi perniagaan dan perdagangan (ease of doing business) antara Malaysia dan China.
Medan selera perlu ditambah baik, kemudahan asas tidak lengkap
Air bergenang di lantai dan tempias sehingga meja makan mengakibatkan pengunjung basah. Itu situasi apabila keadaan hujan lebat di Medan Selera Taman Makmur di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota yang menempatkan deretan 12 kedai makan.
Calon manfaat platform media sosial dekati pengundi luar
Kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota turut memberi tumpuan kepada penggunaan media sosial bagi menambat hati pengundi luar selain kempen secara bersemuka.
Seorang wanita maut jatuh lubang saluran air
Seorang wanita maut selepas terjatuh ke dalam lubang saluran air sedalam dua meter ketika menyertai aktiviti mendaki di Bukit Cherok Tok Kun pada Selasa.
Kerja pembersihan sisa kimia dijalankan pada Selasa
Kerja-kerja pembersihan sisa bahan kimia yang dibuang secara haram di Kawasan Perindustrian Tiong Nam dan Kawasan Perindustrian Tropika, Johor bermula pada Selasa.
Najib akan kemuka surat tuntutan kepada Rafizi berhubung kenyataan pembelian kain
Mohd Hafarizam berkata beliau mendapat arahan daripada perdana menteri semalam untuk menyiapkan dan menyerahkan surat tuntutan kepada Naib Presiden PKR itu secepat mungkin.
Mahkamah tiada bidang kuasa dengar kes saman PKR terhadap Najib - Peguam
Peguam mewakili Najib, Datuk Mohd Hafarizam Harun berkata mahkamah sivil atas sifatnya tidak mempunyai bidang kuasa untuk mengeluarkan deklarasi yang bersifat jenayah.
Peguam Najib nafi sengaja lengah fail saman terhadap WSJ
Peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun berkata beliau tidak mahu saman itu ditolak atas aspek teknikal, jika tidak lakukan dengan betul.
'Najib dapat kebenaran lupus permohonan saman PKR' - Hafarizam
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memberi kebenaran untuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk melupuskan permohonan membuang writ saman PKR.