KUALA LUMPUR: Permohonan pengarah dan penerbit filem bertajuk 'Mentega Terbang' untuk merujuk persoalan perlembagaan terhadap pertuduhan melukakan perasaan agama orang lain melalui filem itu, akan didengar Mahkamah Tinggi di sini pada 24 Okt.
Hakim K. Muniandy menetapkan tarikh itu pada sebutan kes hari ini, yang turut dihadiri pengarah dan penerbit filem berkenaan, Mohd Khairianwar Jailani dan Tan Meng Kheng.
Kedua-dua mereka diwakili peguam Zaid Malek manakala pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendak Raya Abdul Malik Ayob.
Dua persoalan yang dikemukakan adalah bagi menentukan sama ada Seksyen 298 Kanun Keseksaan melanggar Perkara 10(1)(a) Perlembagaan Persekutuan yang melindungi kebebasan bersuara dan sama ada frasa 'melukakan perasaan agama seseorang', sebab unsur dalam kesalahan seksyen berkenaan melanggar hak untuk perbicaraan adil kerana frasa itu tidak jelas dan demikian melanggar Perkara 5 dan 8 Perlembagaan Persekutuan.
Pada 14 Jun lepas Majistret Noorelynna Hanim Abd Halim membenarkan permohonan pengarah dan penerbit filem berkenaan untuk merujuk persoalan perlembagaan itu ke Mahkamah Tinggi.
Pada 17 Jan lepas, Mohd Khairianwar, 32, yang juga seorang penulis skrip dan Tan, 36, didakwa melukakan perasaan agama orang lain melalui filem itu dengan cara melafazkan perkataan-perkataan dalam pendengaran dan meletakkan objek-objek dalam penglihatan orang di sebuah premis di Jalan Semarak Api di sini pada 12.34 tengah hari, 26 Feb 2023.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara setahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Sebelum ini Kementerian Dalam Negeri mengharamkan tayangan dan publisiti filem itu menerusi Warta Kerajaan P.U (A) 2662 Akta Penapisan Filem 2002 Perintah Penapisan Filem (Larangan) 2023 bertarikh 21 Ogos 2023 yang ditandatangani oleh menterinya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Filem yang ditayang menerusi platform penstriman video itu mengundang kecaman dan kegusaran orang awam kerana didakwa memaparkan adegan dengan unsur bertentangan fahaman serta kepercayaan agama.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 26 2024
Hakim menetapkan tarikh itu pada sebutan kes hari ini, yang turut dihadiri pengarah dan penerbit filem berkenaan, Mohd Khairianwar Jailani (kiri) dan Tan Meng Kheng (kanan). -Gambar fail/Bernama
Tiada formula terbaik, PKR Sabah hati-hati pilih rakan
PKR Sabah akan lebih berhati-hati dalam memilih rakan kerjasama menghadapi PRN17
Kampus cawangan UTEM dibuka di Lahad Datu
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Mohammad Yusof Apdal berkata, pembukaan kampus utem itu akan memberi peluang kepada anak-anak tempatan mengambil kursus TVET sesuai dengan agenda kerajaan memperkasa kemahiran teknikal dan vokasional.
800,000 orang terjejas oleh pembatalan perkhidmatan kereta api - SCNF
Beberapa perkhidmatan kereta api Eurostar ke Paris telah dibatalkan dan beberapa lagi dilencongkan disebabkan perbuatan khianat itu.
PRN Sabah: PKR Sabah harap GRS beri lebih kerusi untuk PH
Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Mustapha Sakmud berkata, beliau tidak mahu sejarah kembali berulang yang mana perbincangan hanya setakat di bahagian kerusi sahaja.
Kes Zayn Rayyan: Mahkamah arah pembelaan lapor pemilik akaun TikTok buat kandungan subjudis
Pihak pembelaan kes Zayn Rayyan diarah membuat laporan kepada pihak berkuasa sekiranya pemilik akaun sosial membuat kandungan subjudis.
Sarawak pengeksport keempat utama negara pada Jun 2024
Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata Pulau Pinang kekal sebagai pengeksport utama dengan sumbangan 34.2 peratus, diikuti Johor (20.6 peratus), Selangor (17.3 peratus), Sarawak (6.5 peratus) dan Kuala Lumpur (4.2 peratus).
Tinjauan di ESSZone libatkan delegasi sembilan negara
Tinjauan keselamatan di kawasan pulau sekitar daerah Semporna turut melibatkan delefasi daripada sembilan negara supaya mereka boleh melihat di depan mata sendiri tahap keselamatan di kawasan berkenaan.
Turkiye intai kerjasama dengan Sarawak dalam industri teknologi tinggi, tenaga hijau
Turkiye komited untuk memperluaskan kerjasama dua hala dengan Malaysia dalam industri teknologi tinggi dan tenaga hijau di Sarawak, kata Duta Turkiye ke Malaysia Emir Salim Yuksel.
Kerajaan Sabah sedia mulakan rundingan lanjut
Justeru beliau berkata Kerajaan Sabah tetap bersedia dan mampu untuk memulakan rundingan lanjut mengenai Pemberian Khas yang layak diterima oleh Negeri Sabah.
Selisih faham dipercayai motif Naufal dibunuh
Berlaku perselisihan faham dengan abang kepada kenalan wanita, dipercayai motif anak kepada pemilik restoran terkenal di daerah ini dibunuh.
Keputusan penerbit, pengarah filem 'Mentega Terbang' rujuk persoalan perlembagaan 14 Jun
Permohonan pengarah dan penerbit filem bagi merujuk persoalan perlembagaan berhubung Seksyen 298 Kanun Keseksaan akan diputuskan pada 14 Jun.
Pengarah, penerbit Mentega Terbang dapat kebenaran cabar perintah larang tayang filem
Mahkamah Tinggi memberi kebenaran kepada pengarah dan penerbit filem Mentega Terbang untuk memulakan semakan kehakiman bagi mencabar perintah kerajaan yang melarang tayangan filem itu.
Polis ambil kenyataan pengarah, pelakon 'Mentega Terbang'
Khairi Anwar Jailani dan salah seorang pelakonnya, Arjun Thanaraju memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman siang tadi.
Filem 'Mentega Terbang': Polis buka kertas siasatan
Kes disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, D5 Bukit Aman di bawah Seksyen 298A KK, Seksyen 505 (b) KK dan Seksyen 233 AKMM 1998.
Isu Mentega Terbang: Jangan hipokrit... Kenapa PN tidak ambil tindakan waktu itu? - Fahmi
Fahmi Fadzil mempersoalkan tindakan sesetengah pihak yang cuba membangkitkan provokasi mengenai Mentega Terbang pada ketika ini, sedangkan filem itu mula dikongsi di media sosial sejak April 2021.
Kontroversi filem Mentega Terbang: Kerajaan serah kepada Finas, SKMM buat siasatan - Menteri
Kerajaan menyerahkan SKMM dan Finas untuk menyiasat filem kontroversi Mentega Terbang yang didakwa menyentuh sensitiviti agama Islam.
Filem 'Mentega Terbang' jelas bertentangan dengan akidah Islam - Mohd Na'im
Jakim akan mengemukakan ulasan terperinci kepada MCMC, agar tindakan dapat diambil berpandukan undang-undang sedia ada.