Mahkamah Majistret hari ini menetapkan 21 November untuk pengurusan kes empat individu yang mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan menyebabkan kegusaran kepada orang awam kerana berbogel di tempat awam pada 30 Mei lepas.
Majistret Muhammad Najib Ismail menetapkan tarikh itu bagi membolehkan pihak pembelaan mendapatkan dokumen daripada pihak pendakwaan.
Tertuduh yang terdiri daripada tiga wanita iaitu Chew Tok Hwa, 57, Chan Chin Weng, 27, dan Teh Guan Hoon, 37, serta seorang lelaki, Kong Meng Leong, 38, telah dibebaskan dengan ikat jamin masing-masing RM4,000 berserta seorang penjamin.
Mereka dituduh melakukan kesalahan itu pada 30 Mei lepas di Pantai Teluk Kampi dalam kawasan Taman Negara Pulau Pinang di Teluk Bahang di antara pukul 3 hingga 6 petang.
Tuduhan dibuat mengikut Seksyen 294(a) Kanun Keseksaan (Akta 574) dan boleh dihukum menurut Seksyen 294 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga bulan atau denda atau kedua-duanya sekali.
Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Insp Wan Noraini Ahmad yang mewakili Ketua Unit Pendakwaan Datuk Razali Che Ani dan Timbalan Pendakwa Raya Edward Chan.
Teh diwakili peguam Jason Khor Jit Cheng manakala tertuduh yang lain diwakili peguam Gobind Singh Deo.
Bernama
Thu Oct 16 2014
Mereka dituduh melakukan kesalahan itu pada 30 Mei lepas di Pantai Teluk Kampi dalam kawasan Taman Negara Pulau Pinang di Teluk Bahang. -Gambar fail
Malaysia raih dua emas, Mohamad Aniq lebur rekod kebangsaan di Fiji
Jaguh angkat berat negara Mohamad Aniq Kasdan merangkul pingat emas kategori 61 kilogram (kg) di Kejohanan Angkat Berat Komanwel 2024 di Suva, Fiji hari ini.
Jumlah kumulatif kes MPOX (setakat 4 September 2024)
Untuk rekod, jumlah kumulatif global adalah sebanyak 103,898 kes. Asia dengan 5,403 kes.
Pengurus syarikat rugi lebih RM400,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Seorang pengurus syarikat kerugian RM420,000 selepas terperdaya dengan skim pelaburan tidak wujud.
Pencapaian Malaysia membanggakan, tapi jangan berpuas hati
Kerajaan tidak boleh berpuas hati walaupun kedudukan Malaysia dalam pelaksanaan matlamat pembangunan mampan (SDG) agak baik berdasarkan 248 indikator yang digariskan.
Tingkatkan siap siaga hadapi segala kemungkinan
Ibu bapa pantau keadaan anak sepanjang cuti persekolahan, terutama melarang bermain air ketika banjir.
200 rumah di Nibong Tebal hampir tenggelam
Lebih 200 rumah di lima kampung di Nibong Tebal, Pulau Pinang dinaiki air susulan hujan lebat.
Cuti anggota dan pegawai bomba Kedah dibekukan
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kedah membekukan cuti anggota dan pegawai susulan situasi banjir dan fenomena air pasang besar.
Sukan wushu, karate sah dipertanding di Sukan SEA Thailand - Kim Fatt
Dua sukan tempur yang merupakan lubuk emas negara, wushu dan karate sah akan dipertandingkan di Sukan SEA Thailand 2025, kata Presiden Persekutuan Wushu Malaysia (PWM) Datuk Chong Kim Fatt.
Muktamar Pas: "Biarlah dia cari dosa kering" - Ahmad Zahid
Beliau mengulas tindakan Pas didakwa menjadikan Muktamar Tahunan Ke-70 parti itu sebagai pentas memfitnah dan memaki hamun lawan mereka.
Ringgit terus positif, naik 7.86 peratus sehingga kini berbanding dolar AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan itu meningkat kepada 4.2535/2645 berbanding dolar AS daripada 4.2975/3050 ketika ditutup pada Jumaat lepas.
Lelaki warga asing rogol, samun nenek 71 tahun direman tujuh hari
Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan 10 sebatan.
Tiga individu Geng Tongkol didakwa ceroboh, pecah masuk kawasan empat sekolah
Tiga anggota Geng Tongkol hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret berasingan di sini atas empat pertuduhan melakukan ceroboh dan memecah masuk empat kawasan sekolah, bulan lepas.
Bayi lelaki 30 hari meninggal dunia selepas diberi susu di pusat jagaan berpantang
Bayi lelaki berusia 30 hari meninggal dunia selepas didapati tidak sedarkan diri setelah diberikan susu oleh jururawat yang ditugaskan menjaga bayi tersebut di sebuah pusat jagaan berpantang.
Reman suami isteri edar dadah disambung enam hari
Tempoh reman pasangan suami isteri bagi membantu siasatan kegiatan pengedaran dadah disambung enam hari lagi, bermula hari ini.
Wanita dipenjara empat tahun kemuka maklumat palsu daftar kad pengenalan
Seorang pengusaha ikan masin dijatuhi hukuman penjara empat tahun oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku salah atas dua pertuduhan mengemukakan maklumat palsu kepada JPN.
'Ada hikmah rakam video, bukti suara Ebit Lew' - Saksi
Saksi yang juga pengadu dalam kes ini malah tidak menyesali tindakannya itu kerana video tersebut dijadikan bahan bukti dalam perbicaraan kes tersebut.
Pasangan dipenjara, denda curi Milo dakwa untuk tampung kos dialisis ibu tidak benar - MAIM
Dakwaan seorang lelaki yang dikenakan hukuman penjara dan denda oleh Mahkamah Majistret di sini dua hari lepas kerana mencuri Milo bagi menampung kos dialisis ibunya adalah tidak benar.
Saksi tidak serah telefon bimbit rakam panggilan video Ebit Lew kepada polis
Seorang wanita hari ini memberitahu Mahkamah Majistret di sini bahawa beliau tidak menyerahkan sebuah telefon bimbit yang digunakan untuk merakam panggilan video dengan Ebit Lew, kepada polis.
SPRM tahan lima individu terlibat sindiket seleweng diesel
SPRM menahan lima individu termasuk empat pengusaha stesen minyak kerana disyaki terlibat dalam sindiket penyeludupan menyeleweng minyak diesel bersubsidi milik persatuan nelayan.
Warga Itali didakwa curi ubat di premis penjagaan kesihatan, kecantikan di KLIA T2
Maurizio Losi mengangguk faham di hadapan Majistret Muhammad Bukhori Md Ruslan selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa.