Mahkamah Syariah George Town hari ini memutuskan wanita yang jatuh daripada pangsapurinya Sabtu lalu, Teoh Cheng Cheng bukan beragama Islam sewaktu dia meninggal dunia.
Hakim Zaim Md Yudin, dalam penghakimannya turut mengarahkan pihak yang kini menyimpan mayat Teoh supaya menyerahkannya kepada ahli keluarga Teoh serta meminta pihak polis membantu dalam urusan ini.
Zaim turut membenarkan keluarga Teoh mengambil mayatnya untuk melaksanakan upacara pengebumian mengikut kepercayaan agama mereka.
Dalam penghakimannya, Zaim berkata berdasarkan bukti yang dikemukakan kepadanya semasa perbicaraan, terdapat keraguan dalam borang permohonan kemasukan Islam si mati yang mengandungi tiga tarikh berbeza selain proses permohonan si mati tidak mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP).
Malah keputusan juga dibuat berdasarkan keterangan yang dikemukakan teman rapat keluarga serta anak sulung si mati yang memberitahu Teoh tidak mengamalkan cara hidup sebagai seorang yang beragama Islam.
Selain itu, anak sulung si mati yang merupakan saksi keempat juga memaklumkan kali terakhir mereka bersembahyang mengikut ajaran Buddha adalah pada bulan lepas sebelum kematian Teoh.
Katanya tidak ada sebarang bukti yang menunjukkan si mati pernah hadir ke JAIPP untuk mendalami agama Islam setelah proses permohonan untuk memeluk agama Islam.
Sementara itu, menurut, peguam keluarga Teoh, Wan Faridul Hadi Mohd Yusof mahkamah juga memutuskan yang si mati tidak pernah memeluk agama Islam dan tidak mengamalkan cara hidup Islam.
“Pihak Majlis Agama Islam tidak berjaya membuktikan berdasarkan dokumen bahawa si mati telah sempurna masuk Islam kerana terdapat keraguan di dalam borang tersebut iaitu tarikh yang berbeza,” kata Wan Faridul.
Semalam, Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) memfailkan permohonan bagi mengesahkan status agama Teoh yang didakwa telah memeluk Islam 17 tahun lalu .
Pada prosiding itu, ahli keluarga diwakili peguam Wan Faridul manakala MAIPP diwakili peguam Noor Asyimah Ramli.
Teoh yang merupakan seorang ibu berusia 38 tahun meninggal dunia di pangsapurinya di Jalan Macallum pada Sabtu.
Pada Isnin, majlis pengebumian Teoh telah terhenti apabila pegawai Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP) hadir di pangsapurinya bagi ‘menuntut’ mayat si mati.
Si mati dikatakan telah memeluk agama Islam 17 tahun lalu serta menggunakan nama Islam Nora Teoh Abdullah.
Astro Awani
Thu Jun 12 2014
![Mahkamah Syariah putuskan Teoh Cheng Cheng bukan Islam Mahkamah Syariah putuskan Teoh Cheng Cheng bukan Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-06/81402316635_295x200.jpg)
Mayat Teoh Cheng Cheng sewaktu dituntut JAIPP - Gambar fail
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Lebih 340,000 syarikat buat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial
Sebanyak 340,637 syarikat telah membuat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial (beneficial ownership) bagi tempoh 1 April hingga 14 Julai lepas.
Polis tunggu laporan makmal tentukan punca kematian Nur Farah Kartini
Polis sedang menunggu laporan makmal bagi menentukan punca kematian berhubung kes pembunuhan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris, Nur Farah Kartini Abdullah.
Mahkamah Persekutuan kekal hukuman mati ke atas bapa
Mahkamah Persekutuan di sini hari ini mengekalkan hukuman gantung sampai mati terhadap seorang bapa yang membunuh anak tiri lelakinya yang berusia enam tahun, 13 tahun lepas.
Keluarga mohon henti keluar kenyataan guris hati
Keluarga Nur Farah Kartini Abdullah yang ditemukan mati di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor petang Isnin memohon pihak media dan orang ramai berhenti mengeluarkan kenyataan yang boleh mengguris hati keluarga.
Enam ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok
Enam orang ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok, Thailand pada Selasa.
Polis Thailand dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada kakitangan Hotel Grand Hyatt Erawan pada jam 5.30 petang yang memaklumkan mengenai penemuan mayat itu.
Jelas kenyataan itu lagi, kesemua mangsa merupakan warga asing.
Polis Thailand dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada kakitangan Hotel Grand Hyatt Erawan pada jam 5.30 petang yang memaklumkan mengenai penemuan mayat itu.
Jelas kenyataan itu lagi, kesemua mangsa merupakan warga asing.
Disyaki terima rasuah melebihi RM300,000, ketua pegawai operasi ditahan
Seorang Ketua Pegawai Operasi syarikat konsesi lebuh raya ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kerana disyaki menerima rasuah melebihi RM300,000.
Mahkamah tolak rayuan Jason Lo
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif syarikat telekomunikasi tempatan, Jason Jonathan Lo hari ini gagal mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi menolak samannya terhadap Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) berhubung dua artikel yang diterbitkan pada 2019 dan 2020.
![Mahkamah Syariah putuskan Teoh Cheng Cheng bukan Islam Mahkamah Syariah putuskan Teoh Cheng Cheng bukan Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-06/81402316635_295x200.jpg)
Mahkamah Syariah putuskan Teoh Cheng Cheng bukan Islam
Mahkamah Syariah George Town hari ini memutuskan Teoh Cheng Cheng bukan beragama Islam sewaktu dia meninggal dunia.
![Status agama wanita didakwa mualaf diputuskan Khamis Status agama wanita didakwa mualaf diputuskan Khamis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-06/81402316635_295x200.jpg)
Status agama wanita didakwa mualaf diputuskan Khamis
Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang akan memutuskan status sama ada wanita Teoh Cheng Cheng atau nama Islamnya Nora Teoh Abdullah, 38 tahun beragama Islam atau sebaliknya esok .
![Tindakan JAIPP tidak sensitif, saya mohon maaf - Exco Agama Tindakan JAIPP tidak sensitif, saya mohon maaf - Exco Agama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-06/71402474964_295x200.jpg)
Tindakan JAIPP tidak sensitif, saya mohon maaf - Exco Agama
JAIPP membuat permohonan maaf di atas tindakan pegawainya yang menghentikan satu majlis pengkebumian Buddha pada 9 Jun.
![JAIPP tuntut mayat mualaf, pengkebumian Buddha terhenti JAIPP tuntut mayat mualaf, pengkebumian Buddha terhenti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-06/81402316635_295x200.jpg)
JAIPP tuntut mayat mualaf, pengkebumian Buddha terhenti
Keluarga si mati yang dikenali sebagai Teoh Cheng Cheng, 38, terkejut kerana mereka tidak tahu si mati telah memeluk Islam 17 tahun lalu.