Mahkamah Rayuan di sini hari ini menolak rayuan dikemukakan oleh 39 pemilik strata dan penyewa Pusat Beli-Belah Ampang Park berhubung pengambilan tanah bagi projek stesen Mass Rapid Transit Lembah Klang (MRT) Ampang Park.
Panel tiga hakim diketuai Datuk Abang Iskandar Abang Hashim mengekalkan keputusan dibuat Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 30 Jun tahun lepas berikutan rayuan itu tidak mempunyai merit.
"Selepas mempertimbangkan hujahan peguam, kami berpandangan bahawa tiada merit dalam hujahan para perayu (pemilik strata dan penyewa), alasannya kekal iaitu walaupun laluan MRT akan dibina di bawah tanah namun kerja pada keseluruhannya masih perlu dilaksanakan di permukaan tanah," kata beliau dalam penghakimannya.
Kesemua 39 pemilik strata berkenaan merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan mereka bagi semakan untuk mencabar bahawa pengambilan tanah itu dibuat mengikut undang-undang ditetapkan.
Hakim Abang Iskandar juga berkata mahkamah tidak melihat wujudnya sebarang mala-fide atau niat jahat di pihak pembuat keputusan dalam membuat keputusannya bahawa pengambilan hartanah perayu adalah perlu dilakukan.
"Dengan ini kami merumuskan bahawa, selepas mempertimbangkan hujahan peguam kedua-dua pihak, kami sebulat suara berpendapat tiada merit dalam hujahan dikemukakan para perayu berhubung isu yang dibangkitkan oleh mereka," katanya.
Hakim Abang Iskandar berkata pengambilan hartanah para perayu mengikut geran strata masing-masing telah dilakukan mengikut undang-undang, hak asasi perlembagaan ke atas hartanah itu seperti termaktub di bawah (undang-undang) tidak dilanggar oleh para responden.
Berikutan itu, beliau memerintahkan kesemua pemilik strata dan penyewa membayar kos berjumlah RM70,000 kepada para responden, -- RM30,000 kepada Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan dan Pentadbir Tanah Wilayah Persekutuan dan RM40,000 kepada MRT Corp.
Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan, mewakili Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan dan Pentadbir Tanah Wilayah Persekutuan manakala peguam Robert Lazar mewakili MRT Corp.
Peguam Datuk Zainur Zakaria, Datuk Edward Ng Boon Seong, Jason Ng Kau dan Adnan Seman mewakili 39 pemilik strata dan penyewa Pusat Beli-Belah Ampang Park.
Pemilik premis perniagaan di Pusat Beli-Belah Ampang Park yang memfailkan permohonan itu pada 8 Jan 2016, turut menamakan Kementerian Wilayah Persekutuan dan kerajaan Malaysia sebagai responden.
Bagaimanapun, pada 20 Jan, kumpulan itu menggugurkan Kementerian Wilayah Persekutuan dan kerajaan Malaysia sebagai responden dalam permohonan semakan kehakiman itu.
Mereka memohon disiytiharkan bahawa Borang D, bertarikh 17 Ogos, 2015, dan Borang E, bertarikh 22 Okt, 2015, di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960 dikeluarkan oleh para responden adalah tidak berperlembagaan, menyalahi undang-undang, batal dan tidak sah.
Pada 18 April 2016, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan MRT untuk menjadi pencelah dalam permohonan itu dan dinamakan sebagai responden.-- Bernama
Bernama
Wed Jan 18 2017
Hakim berkata pengambilan hartanah para perayu mengikut geran strata masing-masing telah dilakukan mengikut undang-undang. - Gambar fail
Hotel terbiar jadi sarang pelacuran diserbu
Polis menyerbu sebuah hotel terbiar yang terkenal dengan aktiviti pelacuran dan menahan 10 wanita warga asing dalam Op Noda malam tadi.
Perisian transkripsi OpenAI berhalusinasi mengenai rekod pesakit hospital
Walaupun hanya 1% transkripsi terjejas, ini bermakna sekitar 70,000 transkrip tidak tepat daripada 7 juta perbualan yang direkodkan.
Permohonan maaf Najib tidak bawa apa-apa makna - Anthony
DAP menyifatkan permohonan maaf terbuka Datuk Seri Najib Razak berhubung kes salah laku dalam 1MDB tidak membawa apa-apa makna.
Deepavali: 2.62 juta kenderaan dijangka guna lebuh raya mulai esok
Aliran trafik dijangka meningkat mulai esok dengan jangkaan 2.62 juta kenderaan sehari akan menggunakan lebuh raya utama menuju pantai timur, utara dan selatan Khamis ini, susulan sambutan Deepavali.
Polis tahan dua lelaki, rampas 145kg dadah bernilai RM4.18 juta dalam kondominium
Kegiatan pengedaran dadah jenis syabu dan heroin di sekitar Lembah Klang terbongkar selepas penahanan dua lelaki bersama dadah dianggar bernilai RM4.18 juta di sebuah kondominium.
FBM KLCI meningkat selepas lima hari catat penurunan
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 8.4 mata kepada 1,626.70 daripada 1,618.30 pada Jumaat lepas.
Parlimen: Pemaju digalak pasang panel solar untuk projek perumahan baharu - Fadillah
Sime Darby Property Bhd telah melaksanakan projek rintis solar bumbung, yang jika berjaya, akan dijadikan dasar nasional.
Evo Morales dakwa terselamat cubaan bunuh
Bekas Presiden Bolivia Evo Morales mendakwa beliau terselamat daripada cubaan membunuh ketika penyerang bersenjata yang tidak dikenali melepaskan tembakan ke arah kenderaannya, pada Ahad.
Mcdonald's: Daging bukan punca wabak E. coli Quarter Pounder
McDonald's pada Ahad menafikan kemungkinan daging lembu sebagai punca wabak E. coli yang dikaitkan dengan burger Quarter Pounder.
Wabak ini telah mengakibatkan sekurang-kurangnya satu kematian dan menyebabkan hampir 75 orang jatuh sakit.
Wabak ini telah mengakibatkan sekurang-kurangnya satu kematian dan menyebabkan hampir 75 orang jatuh sakit.
Parlimen: Beli tiket penerbangan seawal mungkin untuk harga lebih murah - Hasbi
Syarikat penerbangan bersetuju menambah kapasiti penerbangan dari semasa ke semasa sebagai usaha menangani masalah harga tiket yang tinggi ketika musim puncak.
Raya ini, Ampang Park dah tiada ...
TRADISI membeli-belah menjelang perayaan sebenarnya sangat sebati dalam diri warga kota malah seluruh rakyat negara ini.
MRT nafi jalankan sebarang aktiviti di Kompleks Beli-Belah Ampang Park
Walaupun MRT Corp akan mengambil kompleks beli-belah itu bagi pembinaan MRT laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP), proses mengambil balik tanah masih berjalan dan belum selesai.
Alunan muzik kini hanya kenangan di Ampang Park
Alunan muzik yang merdu kini hanya menjadi kenangan bagi Love Music Center (M) Sdn Bhd yang memutuskan untuk menutup perniagaannya yang telah beroperasi selama 44 tahun.
Wisma Yakin bakal terima nasib seperti Ampang Park?
Mercu tanda perniagaan Melayu di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur itu dikatakan kini semakin lesu dan menanti rebah apabila semakin tenggelam daripada mendapat perhatian pengunjung.
AWANI Review: Ancaman boikot tidak halang McDonald's melangkah ke alaf baharu
Naib Presiden McDonald's Malaysia, Melati Abdul Hai berkongsi tentang restoran McDonald's baharu selepas penutupan cawangan di Ampang Park dan isu boikot restoran makanan segera tersebut.
Nostalgia Ampang Park: 'Dulu pak cik, mak cik dating kat sini' - KLMJ warga kota
Bukan sekadar sebuah bangunan, tetapi menjadi satu titik pertemuan, perpisahan dan pelbagai kenangan sepanjang 44 tahun buat warga kota.
Detik-detik terakhir Ampang Park
Hasil tinjauan Astro AWANI mendapati orang ramai masih lagi berpusu-pusu serta tidak melepaskan peluang berkunjung ke pusat beli belah Ampang Park sebelum ditutup buat selamanya.
Pengunjung imbau nostalgia Ampang Park
Suasana suram menyelubungi kompleks Ampang Park di sini apabila kalangan pengunjung, termasuk pelanggan setianya yang mengambil kesempatan menjejakkan kaki buat kali terakhir bagi mengimbau nostalgia.
Ampang Park: Sudahlah kehilangan suami, kedai pula terpaksa ditutup
Jenny Lee, 45, antara pemilik strata yang terpaksa hentikan perniagaan di Ampang Park, bagi memberi laluan kepada pembangunan.
Di mana sahaja, Cozy Corner tetap seperti dahulu - Joo Tan
Selepas 39 tahun beroperasi, kedai makan, Cozy Corner yang menjadi antara mercu tanda terkenal di Ampang Park mengumumkan perpindahan mereka ke Ampang Point.