PUTRAJAYA: Seorang remaja lelaki yang mengaku bersalah terhadap empat pertuduhan berkaitan seks diperintahkan oleh Mahkamah Rayuan hari ini supaya menjalani perintah khidmat masyarakat selama 100 jam.
Ini selepas panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Hadhariah Syed Ismail, Datuk M. Gunalan dan Datuk Lim Chong Fong membenarkan rayuan remaja itu untuk mengetepikan perintah mahkamah sebelum ini supaya dia dihantar ke Sekolah Henry Gurney selama tiga tahun.
Lim yang menyampaikan keputusan mahkamah berkata perintah sewajarnya diberikan kepada remaja itu yang kini berusia 18 tahun ialah supaya dia melakukan khidmat masyarakat selama 100 jam di bawah seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat, dan menambah bahawa ia juga termasuk kaunseling serta pendidikan agama dan moral.
"Kami mengakui perintah yang dikenakan terhadap perayu mungkin tidak sesuai dan ideal untuk semua orang. Kami lebih suka meletakkan kepercayaan kepada perayu bahawa dia telah belajar daripada episod ngerinya dan tidak akan mengulanginya," kata beliau.
Lim berkata perintah Mahkamah Majistret yang bersidang sebagai Mahkamah Bagi Kanak-Kanak untuk menghantar remaja itu ke Sekolah Henry Gurney, yang terletak di bawah bidang kuasa Ketua Pengarah Penjara, berdasarkan laporan percubaan adalah menyalahi undang-undang kerana tiada penjelasan pegawai kebajikan dalam laporan itu menunjukkan remaja tersebut tidak sesuai untuk dipulihkan di sekolah yang diluluskan.
Beliau berkata dalam menjatuhkan hukuman ke atas seseorang, mahkamah mesti mengambil kira keseimbangan yang memenuhi kepentingan awam dan menghalang berlaku semula jenayah serta memulihkan orang itu.
Lim berkata mahkamah yakin remaja itu yang telah tersalah langkah kini telah kesal dan malu terhadap apa yang dilakukannya, sambil menambah bahawa bapa remaja itu telah mengakui bahawa anaknya menunjukkan perubahan sikap ke arah yang lebih baik.
Dia berkata remaja itu kini menghabiskan lebih banyak masa di rumah dengan menumpukan pada pelajaran dan kurang menghabiskan masa pada telefon bimbitnya serta menonton rancangan animasi bagi mengelak keinginan melayari laman web pornografi.
Sementara itu, Hadhariah menasihati remaja itu supaya mengambil keputusan mahkamah sebagai pengajaran dan satu amaran supaya dia tidak mengulangi kesalahan itu atau dia tidak akan mendapat peluang kedua.
"Jika kamu melakukan kesalahan itu sekali lagi, tindakan undang-undang akan dikenakan. Jika kesalahan seksual itu di bawah Kanun Keseksaan, maka hukuman di bawah peruntukan itu akan terpakai," kata beliau.
Hadhariah juga berkata adalah menjadi tanggungjawab pegawai kebajikan untuk memutuskan jenis khidmat masyarakat yang akan diberikan kepada remaja itu.
Hakim itu juga mengarahkan pihak pendakwaan supaya menyampaikan perintah mahkamah kepada pegawai kebajikan untuk dikuatkuasakan terhadap remaja itu dan meminta pihak pendakwaan melaporkan semula kepada mahkamah untuk memastikan perintah itu dilaksanakan oleh pegawai.
Budak lelaki itu berumur 15 tahun pada masa melakukan kesalahan itu terhadap rakan-rakannya dan adik perempuannya.
Dia didakwa di Mahkamah Majistret Sepang, yang bersidang sebagai Mahkamah Bagi Kanak-Kanak, terhadap atas dua pertuduhan seksual fizikal dan satu lagi pertuduhan persetubuhan luar tabii. Dia juga didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, bersidang sebagai Mahkamah Bagi Kanak-kanak, atas satu pertuduhan seksual fizikal.
Pada 23 Sept 2020, Mahkamah Majistret Sepang memerintahkan remaja itu ditempatkan di Sekolah Henry Gurney selama tiga tahun manakala Mahkamah Majistret Petaling Jaya mengeluarkan perintah yang sama pada 4 Feb 2021 selepas dia mengaku bersalah atas semua pertuduhan.
Rayuannya terhadap perintah itu telah ditolak oleh Mahkamah Tinggi pada 5 Nov 2021, menyebabkannya merayu kepada Mahkamah Rayuan.
Peguam Mohd Khairul Azam Abdul Aziz mewakili remaja itu manakala Timbalan Pendakwa Raya Ng Siew Wee mewakili pendakwaan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 25 2023

Hadhariah menasihati remaja itu supaya mengambil keputusan mahkamah sebagai pengajaran dan satu amaran supaya dia tidak mengulangi kesalahan itu atau dia tidak akan mendapat peluang kedua. - Gambar hiasan

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.

JKM salur bantuan segera kepada mangsa banjir di Sarawak
Jabatan Kebajikan Masyarakat di Sarawak telah digerakkan dengan segera bagi memastikan keperluan asas dan sokongan psikososial disalurkan kepada mangsa banjir.

80 anak bekas anggota GISB belum dituntut ibu bapa - Nancy
Nancy berkata 475 lagi telah diserahkan kepada keluarga mengikut Seksyen 30 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 manakala lima lagi diserahkan kepada Orang yang Layak dan Sesuai (OYLS) mengikut akta sama.

JKM cari ibu kandung, waris Muhammad Iqbal Rayyan Abdullah
Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Kota Setar sedang mencari ibu kandung atau waris kepada kanak-kanak lelaki Muhammad Iqbal Rayyan Abdullah.

Mangsa banjir di Johor dan Kelantan meningkat malam ini
Jumlah mangsa banjir di Johor dan Kelantan, masing-masing menyaksikan peningkatan setakat 8 malam ini.

Majoriti kanak-kanak GISB di perak telah dituntut keluarga - Exco
Sebahagian besar daripada 55 kanak-kanak yang diselamatkan dalam Op Global membabitkan GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) di Perak telah dituntut ahli keluarga masing-masing.

Banjir di Terengganu pulih, di Pahang, Perak, Johor tidak jauh berubah
Situasi banjir di Terengganu pulih sepenuhnya apabila pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Kemaman ditutup pada 2.30 petang tadi.

3,856 OKU berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada 2023, meningkat 3.5 peratus - DOSM
Sejumlah 3,856 penjawat awam dari kategori OKU berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada 2023 berbanding 3,724 orang pada 2022, menurut laporan Statistik OKU Malaysia 2023.

1,580 jurulatih SST, AST digerakkan bantu emosi, akademik pelajar di PPS
KPM menggerakkan 1,580 jurulatih utama SST dan AST di PPS bagi membantu pelajar yang terjejas akibat banjir dari aspek emosi dan akademik.

GISB: 130 kanak-kanak masih belum dituntut oleh ibu bapa - Nancy
Seramai 130 kanak-kanak yang diselamatkan dari rumah amal dikaitkan dengan GISB masih belum dituntut ibu bapa mereka.