PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini hari ini memerintahkan ahli perniagaan J.R. Deepak Jaikishan, adiknya dan syarikat mereka membayar kos keseluruhan RM40,000 berikutan peguam mereka menarik diri daripada mewakili mereka dalam rayuan berhubung saman yang difailkan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri serta tiga yang lain.
Panel tiga hakim diketuai Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menganugerahkan kos RM10,000 kepada setiap responden memandangkan pertukaran peguam dibuat di saat-saat akhir dan ini adalah kali kedua mereka menukar peguam.
Hakim Mohamad Zabidin berkata memandangkan peguam Deepak telah menarik diri dan rayuan itu perlu ditangguhkan, kos RM10,000 kepada setiap responden adalah wajar, iaitu kepada bekas Perdana Menteri (Najib) dan Datin Seri Rosmah Mansor, bekas Pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, adik Najib Datuk Ahmad Johari Abdul Razak dan bekas Ketua Setiausaha Sulit Najib, Tan Sri Shukry Mohd Salleh.
Dua lagi hakim yang turut bersidang ialah Datuk Abu Bakar Jais dan Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali.
Terdahulu, Hakim Mohamad Zabidin membenarkan permohonan peguam Magita Hari Mogan untuk menarik diri daripada mewakili Deepak, adiknya J. Rajesh dan syarikat mereka Radiant Splendour Sdn Bhd dalam empat kes rayuan tersebut.
Beliau memberitahu mahkamah perintah pelepasan itu difailkan pada hari Jumaat (26 Nov) selepas gagal mendapat arahan daripada anak guamnya.
Terdahulu, peguam yang mewakili Najib dan Rosmah, Datuk David Matthews serta peguam Dhinesh Bhaskaran yang mewakili Ahmad Johari, peguam Porres Royan mewakili Abdul Azeez dan peguam Farah Shuhadah Razali bagi pihak Shukry meminta kos RM10,000 selepas Magita memaklumkan kepada mahkamah mengenai pemfailan perintah pelepasan itu.
Hakim Mohamad Zabidin kemudian mengarahkan kes itu dihantar untuk pengurusan kes di hadapan timbalan pendaftar Mahkamah Rayuan hari ini, yang kemudiannya menetapkan 14 Dis untuk pengurusan kes lain.
Perayu -- Deepak, Rajesh dan Radiant Splendour -- merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 14 Jan tahun lepas yang membatalkan tuntutan mereka terhadap responden.
Dalam saman itu, perayu menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk dan teladan, mendakwa akibat konspirasi, telah menyebabkan dua beradik itu dan syarikat mereka mengalami kerugian.
Mereka juga mendakwa semua responden telah melakukan konspirasi, penipuan, penyelewengan dan penyalahgunaan proses.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 29 2021

Mahkamah menganugerahkan kos RM10,000 kepada setiap responden memandangkan pertukaran peguam dibuat di saat-saat akhir dan ini adalah kali kedua mereka menukar peguam. - Gambar fail

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

Ahli perniagaan gagal kembalikan saman terhadap Najib, Rosmah dan tiga yang lain
J.R Deepak Jaikishan dan dua lagi gagal dalam usaha mereka untuk mengembalikan semula saman yang difailkan terhadap Najib dan Rosmah.

Pendengaran permohonan rayuan Deepak ditetapkan pada 27 Mei
Dalam saman itu mereka mendakwa defendan telah melakukan tort konspirasi, penipuan, penyalahgunaan proses dan/atau perlakuan yang tidak mengikut undang-undang, dan menuntut ganti rugi am.

Ahli perniagaan gagal hidupkan saman terhadap Najib, Rosmah dan tiga lagi
Mahkamah Rayuan menolak rayuan J.R. Deepak Jaikishan untuk menghidupkan semula saman terhadap Datuk Seri Najib Razak dan isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor.

Mahkamah Rayuan perintah Deepak dan syarikat bayar kos RM40,000
Hakim menganugerahkan kos RM10,000 kepada setiap responden memandangkan pertukaran peguam dibuat di saat-saat akhir dan ini adalah kali kedua mereka menukar peguam.