Tempoh hukuman penjara bekas kerani sebuah syarikat produksi hiburan milik penyanyi Datuk Sheila Majid yang disabitkan kesalahan melakukan pecah amanah, dikurangkan separuh oleh Mahkamah Rayuan pada Khamis.
Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Tengku Maimun Tuan Mat, Datuk Seri Zakaria Sam dan Datuk Ahmadi Asnawi mengurangkan tempoh penjara Nasimah Kamarudin daripada tujuh tahun kepada empat tahun.
Mahkamah turut mengetepikan hukuman denda RM50,000 atau penjara setahun jika gagal membayar denda itu yang dikenakan terhadap Nasimah oleh Mahkamah Tinggi. Nasimah perlu menjalani hukuman penjara setahun tersebut susulan gagal membayar denda itu.
Wanita itu bagaimanapun gagal dalam rayuannya terhadap sabitan atas pertuduhan melakukan pecah amanah berjumlah RM90,000 di Magada Entertainment Sdn Bhd di Jalan Balau, Damansara Heights, Kuala Lumpur antara 1 Nov 2007 dan 28 Mac 2008.
Nasimah dilihat menangis ketika dibawa keluar dari bilik mahkamah.
Semasa menolak rayuan wanita itu berhubung sabitannya, Hakim Tengku Maimun yang mempengerusikan panel itu berkata panel mendapati tiada alasan kukuh untuk mengganggu dapatan Mahkamah Tinggi berhubung sabitannya.
Beliau bagaimanapun membenarkan rayuan Nasimah berhubung tempoh penjara dengan mengetepikan perintah Mahkamah Tinggi untuk dia menjalani hukuman penjara tujuh tahun dan mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen.
Menurut pertuduhan itu, Nasimah, seorang ibu tunggal dua anak, diamanahkan untuk menguruskan buku cek Maybank milik syarikat dan dia telah mengeluarkan lima keping cek tunai atas namanya dan mendepositkan lapan keping cek ke dalam akaun banknya.
Nasimah, 41, didapati bersalah bagi pertuduhan itu oleh Mahkamah Sesyen dan dijatuhi hukuman penjara empat tahun pada 29 Julai tahun lepas.
Dia kemudiannya merayu ke Mahkamah Tinggi dan pihak pendakwa raya mengemukakan rayuan balas terhadap tempoh hukuman penjara.
Mahkamah Tinggi pada 20 Mac tahun ini membenarkan rayuan pihak pendakwa raya bagi hukuman lebih berat dan menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun dan denda RM50,000 ke atas Nasimah yang mendorongnya memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan.
Nasimah diwakili peguam Ahmad Shamil Azad Abdul Hamid manakala pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Norinna Bahadun.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 19 2017
![Mahkamah Rayuan kurangkan separuh tempoh penjara bekas kerani Sheila Majid Mahkamah Rayuan kurangkan separuh tempoh penjara bekas kerani Sheila Majid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-10/71508391571_mahkamah.jpg)
Tempoh hukuman penjara bekas kerani sebuah syarikat produksi hiburan milik penyanyi Datuk Sheila Majid yang disabitkan kesalahan melakukan pecah amanah, dikurangkan separuh oleh Mahkamah Rayuan hari ini. -Gambar fail
![Datuk Bandar Kuala Lumpur beri amaran, tiada toleransi amalan rasuah Datuk Bandar Kuala Lumpur beri amaran, tiada toleransi amalan rasuah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723709780_TBMaimunah.jpg)
Datuk Bandar Kuala Lumpur beri amaran, tiada toleransi amalan rasuah
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif tidak akan bertoleransi terhadap amalan rasuah di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
![Pemandu bas maut, nahas dengan dua lori Pemandu bas maut, nahas dengan dua lori](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723708293_TBbasmaut.jpg)
Pemandu bas maut, nahas dengan dua lori
Seorang pemandu bas maut, manakala 11 penumpang kenderaan itu termasuk seorang orang kurang upaya (OKU) cedera dalam kemalangan di Kilometer 49.4, Lebuhraya Utara Selatan pada awal pagi Khamis.
![Bakar rumah penduduk, berang ditegur bercinta dengan isteri orang Bakar rumah penduduk, berang ditegur bercinta dengan isteri orang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723704773_TBkebakaran.jpg)
Bakar rumah penduduk, berang ditegur bercinta dengan isteri orang
Kejadian bermula apabila penduduk melaporkan hubungan terlarang lelaki itu kepada suami wanita tersebut.
![Platform media sosial perlu letak tanda 'notis AI' dalam setiap kandungan AI dimuat naik - Fahmi Platform media sosial perlu letak tanda 'notis AI' dalam setiap kandungan AI dimuat naik - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723708198_TBFAhmi.jpg)
Platform media sosial perlu letak tanda 'notis AI' dalam setiap kandungan AI dimuat naik - Fahmi
Platform media sosial dikehendaki meletakkan notis 'Kecerdasan Buatan (AI)' dalam setiap kandungan AI yang dimuat naik.
![Wajah, suara disalah guna 'scammer', Khairul Aming beri peringatan Wajah, suara disalah guna 'scammer', Khairul Aming beri peringatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723702833_TBKhairulAming.jpg)
Wajah, suara disalah guna 'scammer', Khairul Aming beri peringatan
Khairul Aming meluahkan kebimbangan apabila pihak tidak bertanggungjawab menggunakan wajah dan suaranya untuk menjual barangan kepada golongan berusia.
MBSB Bank bekerjasama dengan INSKEN, MAIJ lancar program untuk komuniti asnaf
Program tersebut bertujuan untuk mentransformasikan kewangan sosial Islam dengan memperkasakan individu dalam komuniti asnaf melalui latihan intensif, sokongan kewangan dan bimbingan berterusan.
![Buli siber: Sophia Albarakbah kumpul bukti Buli siber: Sophia Albarakbah kumpul bukti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723696968_SophiaAlbarakbah.jpg)
Buli siber: Sophia Albarakbah kumpul bukti
Aktres Sophia Albarakbah kini giat mengumpul bukti untuk mengheret pihak tidak bertanggungjawab termasuk pembuli siber ke muka pengadilan.
![Suri rumah dilaporkan hilang, ditemui mati dibunuh dalam bilik Suri rumah dilaporkan hilang, ditemui mati dibunuh dalam bilik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723706198_TBsurirumahmaut.jpg)
Suri rumah dilaporkan hilang, ditemui mati dibunuh dalam bilik
Seorang wanita yang sebelum ini dilaporkan hilang ditemui meninggal dunia disyaki dibunuh dalam bilik tidur rumahnya di Indera Mahkota di sini pada petang Rabu.
![Faisal Halim bukti 'pendekar' sejati - Irfan Bakti Faisal Halim bukti 'pendekar' sejati - Irfan Bakti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723294016_FaisalHalim.jpg)
Faisal Halim bukti 'pendekar' sejati - Irfan Bakti
Faisal Halim layak dilabel pejuang sejati apabila mampu bangkit walaupun berdepan trauma selepas menjadi mangsa simbahan asid pada Mei lalu.
![Polis mohon bantuan kesan Raisya Rasyiqah Polis mohon bantuan kesan Raisya Rasyiqah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723705839_TBHilang.jpg)
Polis mohon bantuan kesan Raisya Rasyiqah
Polis memohon bantuan orang ramai mengesan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang dilaporkan hilang di Beranang, Selangor.
![Minat kendali jentera berat, ibu empat anak pilih pemandu bas sebagai kerjaya Minat kendali jentera berat, ibu empat anak pilih pemandu bas sebagai kerjaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71710233787_tbpemandubas.jpg)
Minat kendali jentera berat, ibu empat anak pilih pemandu bas sebagai kerjaya
Pernah diludah, dipekik dan dibaling botol oleh penumpang merupaka antara cabaran dihadapi Salfarina Muslim sebagai "Kapten Bas Rapid KL."
![Kerani firma guaman didakwa pecah amanah Kerani firma guaman didakwa pecah amanah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41702372648_TBgavel.jpg)
Kerani firma guaman didakwa pecah amanah
Seorang kerani firma guaman mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan pecah amanah wang berjumlah RM31,460 milik firma guaman itu, dua tahun lepas.
![Kerani wanita rugi RM585,700 terpedaya skim pelaburan tidak wujud Kerani wanita rugi RM585,700 terpedaya skim pelaburan tidak wujud](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/51688186169_TBGENERICMACAUSCAM.jpg)
Kerani wanita rugi RM585,700 terpedaya skim pelaburan tidak wujud
Seorang kerani wanita "berputih mata" apabila menanggung kerugian sebanyak RM585,700 selepas terpedaya dengan skim pelaburan tidak wujud.
![Wanita rugi RM326,100 menjadi mangsa 'phone scam' Wanita rugi RM326,100 menjadi mangsa 'phone scam'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51694425306_scam.jpg)
Wanita rugi RM326,100 menjadi mangsa 'phone scam'
Mangsa yang bimbang ditahan pihak berkuasa telah membuat pemindahan wang simpanannya sebanyak RM326,100 ke enam akaun dipercayai milik "keldai akaun" sejak Julai hingga Ogos lepas.
![Disangka dah jadi peguam, Fathia Latiff jelaskan pekerjaan sebenar Disangka dah jadi peguam, Fathia Latiff jelaskan pekerjaan sebenar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/51692245358_fathialatiff.jpg)
Disangka dah jadi peguam, Fathia Latiff jelaskan pekerjaan sebenar
Disangka Dah Jadi Peguam, Fathia Latiff Jelaskan Pekerjaan Sebenarnya
![Kes basikal lajak: Pengurusan kes bagi rayuan kerani ditetapkan 13 Okt Kes basikal lajak: Pengurusan kes bagi rayuan kerani ditetapkan 13 Okt](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/71650124527_SamKeTing.jpg)
Kes basikal lajak: Pengurusan kes bagi rayuan kerani ditetapkan 13 Okt
Tarikh baharu itu ditetapkan selepas pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan Norkamilah Aziz hari ini.
![Kerani syarikat jualan didenda RM4,500 miliki gambar dan video lucah Kerani syarikat jualan didenda RM4,500 miliki gambar dan video lucah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/41643343131_KedahSALAHGAMBAR.jpg)
Kerani syarikat jualan didenda RM4,500 miliki gambar dan video lucah
Tertuduh didakwa memiliki 80 gambar lucah, 163 video lucah dan 1 fail PDF lucah di dalam telefon bimbit miliknya.
![Kerani rugi RM50,000 diperdaya Macau Scam Kerani rugi RM50,000 diperdaya Macau Scam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/81622813610_MACAUSCAM.jpg)
Kerani rugi RM50,000 diperdaya Macau Scam
Seorang kerani kerugian kira-kira RM50,000 selepas menjadi mangsa sindiket penipuan dalam talian Macau Scam yang menyamar sebagai pegawai bank Isnin lepas.
![Pecah amanah RM4 juta, kerani syarikat pembinaan ditahan Pecah amanah RM4 juta, kerani syarikat pembinaan ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/51621428389_gari.jpg)
Pecah amanah RM4 juta, kerani syarikat pembinaan ditahan
Seorang kerani wanita ditahan polis semalam dipercayai terlibat dengan kes pecah amanah syarikat pembinaan melibatkan kerugian RM4 juta.
![Kerani rugi RM40,000 terpedaya janji manis di Facebook Kerani rugi RM40,000 terpedaya janji manis di Facebook](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/61620225312_scmageneric.jpg)
Kerani rugi RM40,000 terpedaya janji manis di Facebook
Seorang kerani yang ditipu sindiket Parcel Scam kerugian RM40,000 akibat percaya dengan janji manis kenalan di Facebook Sabtu lalu.