Mahkamah Pilihan Raya di sini hari ini mengekalkan kemenangan Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Ketereh, Dewan Undangan Negeri (DUN) Air Lanas dan DUN Kok Lanas selepas menolak petisyen yang difailkan PKR dan PAS.
Hakim Datuk John Louis O'Hara turut menolak petisyen yang difailkan BN bagi DUN Mengkebang dan DUN Manek Urai yang kedua-dua kerusi itu dimenangi PAS.
O'Hara menolak kesemua lima petisyen itu atas alasan kesemua pempetisyen gagal mematuhi beberapa peraturan mengikut Kaedah 9 Kaedah-kaedah Petisyen Pilihan Raya 1954.
Beliau menolak kesemua petisyen itu dengan kos.
Bagi Parlimen Ketereh, O'Hara mengarahkan pempetisyen yang difailkan Ab Aziz Ab Kadir membayar kos sebanyak RM40,000 kepada responden pertama iaitu Anggota Parlimennya Tan Sri Annuar Musa manakala masing-masing RM25,000 kepada responden kedua dan ketiga.
Responden kedua adalah Pegawai Pengurus Pilihan Raya manakala responden ketiga adalah Suruhanjaya Pilihan Raya.
Bagi DUN Air Lanas, pempetisyen yang dinamakan Mustapha Deris diarahkan membayar kos RM30,000 kepada anggota DUN Air Lanas, Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Bagi DUN Kok Lanas, pempetisyen Shaberi Mohd Zain diarah membayar RM30,000 kepada anggota DUN itu, Datuk Md Alwi Che Ahmad dan masing-masing RM25,000 kepada responden kedua dan ketiga.
Sementara itu bagi DUN Mengkebang pula, pempetisyen iaitu Azizzuddin Hussein perlu membayar RM30,000 kepada anggota DUN itu daripada PAS, Abdul Latiff Abdul Rahman.
Bagi DUN Manek Urai, pihak pempetisyen yang difailkan Che Jalal Che Muda juga dikehendaki membayar kos sebanyak RM30,000 kepada anggota DUN daripada PAS, Mohd Fauzi Abdullah.
Pada pilihan raya umum lepas, Annuar menewaskan calon PKR, Ab Aziz Ab Kadir dengan majoriti 974 undi bagi Parlimen Ketereh.
Bagi DUN Air Lanas, Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri mengalahkan calon PAS, Abdullah Ya'kub dengan majoriti 47 undi manakala Md Alwi menewaskan calon PAS Nik Mahadi Nik Mahmood dengan majoriti 169 undi bagi DUN Kok Lanas.
Abdul Latiff, calon PAS bagi DUN Mengkebang, menewaskan calon BN, Azizzuddin Hussein dengan majoriti 1,072 undi manakala DUN Manek Urai dimenangi Mohd Fauzi yang mewakili PAS dengan majoriti 1,633 undi mengalahkan calon BN Che Jalal Che Muda.
BN pada petisyen itu diketuai peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun dan Mohd Illias Mohd Noor manakala PAS dan PKR oleh Hisham Fauzi.
Responden kedua dan ketiga pula diketuai peguam Azizan Md Arshad.
Bernama
Tue Jul 23 2013
Komuniti antarabangsa kutuk rejim tentera Myanmar pada ulang tahun rampasan kuasa
Rejim tentera didesak supaya meredakan konflik, memastikan akses kemanusiaan tanpa halangan serta mengutamakan perlindungan orang awam.
50 pesakit dari Gaza masuk Mesir melalui pintu sempadan Rafah untuk rawatan
Mereka merupakan kumpulan pertama pesakit Gaza yang memasuki Mesir melalui pintu masuk itu bagi mendapatkan rawatan perubatan sejak Mei tahun lepas.
1.5 juta penganut Hindu dijangka banjiri P. Pinang sempena Thaipusam
Semua pihak terutama kuil dan jawatankuasa yang terlibat sempena perayaan itu sedang melakukan persiapan rapi.
Pembelian 30 pesawat pejuang dari Kuwait dimuktamad tahun ini - Adly
Perkara itu dimuktamad selepas semua dokumentasi antara Kuwait Air Force (KAF) dan Amerika Syarikat diselesaikan dalam masa terdekat.
India umum langkah belanjawan pacu pertumbuhan ekonomi, tingkat perbelanjaan ketenteraan
Ekonomi India dijangka berkembang pada kadar 6.4 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2026.
Pulau Pinang terus jadi tumpuan pelancong pada musim cuti
Kedai-kedai nasi kandar di Jalan Gurdwara dan Jalan Datuk Keramat serta cendol dan air sarbat di Jalan Penang di sini menjadi tumpuan pelancong.
Muzium Nasional Hangeul di Seoul terbakar, seorang anggota bomba cedera
Ketika kejadian, muzium berkenaan ditutup kepada orang ramai bagi kerja-kerja pembesaran.
Industri seks bukan produk pelancongan direstui kerajaan Thailand
Sebaliknya, kerajaan negara gajah putih itu lebih berminat menawarkan produk pelancongan berkaitan sejarah, budaya, warisan serta tempat-tempat menarik kepada pelancong asing.
Gencatan senjata: 32 rakyat Palestin dari Tebing Barat dibebaskan
Ramai daripada tahanan yang dibebaskan dilihat berada dalam keadaan kesihatan yang lemah, dengan ada yang hampir tidak dapat berjalan.
Pelaksanaan gaji RM1,700 perlu dipantau secara holistik
Presiden Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia, Datuk Mohamed Shafie BP Mammal, ini kerana masih wujud aduan daripada pekerja berhubung pemotongan elaun oleh syarikat selepas pengumuman kerajaan mengenai gaji minimum.
Mahkamah Pilihan Raya tolak petisyen batalkan kemenangan BN dan Pas
Mahkamah turut menolak petisyen yang difailkan BN bagi DUN Mengkebang dan DUN Manek Urai yang kedua-dua kerusi itu dimenangi PAS.