PUTRAJAYA: Tiga individu, yang mendakwa hukuman mati mandatori terhadap mereka bagi kesalahan membunuh dan mengedar dadah adalah menyalahi undang-undang, hari ini gagal memperoleh kebenaran untuk menyemak perintah Mahkamah Persekutuan yang mengekalkan keputusan itu.
Panel lima hakim diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Rohana Yusuf membuat keputusan sebulat suara untuk menolak permohonan G.Theenesh, M.Thurkeswaran dan Ooi Chun Huat.
Turut bersidang Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim serta Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Zabariah Mohd Yusof, Datuk Mary Lim Thiam Suan dan Datuk Harmindar Singh Dhaliwal.
Terdahulu, peguam Datuk Seri Gopal Sri Ram berhujah hukuman mati mandatori yang dijatuhkan ke atas ketiga-tiga anak guamnya adalah tidak berperlembagaan dan menyalahi undang-undang kerana melanggar hak mereka untuk hidup atau kebebasan peribadi di bawah Perkara 5 (1) Perlembagaan Persekutuan.
Beliau berkata hukuman mandatori dengan kematian melanggar sebarang hak untuk didengar semasa hukuman sekali gus mencabuli hak tertuduh bagi mendapatkan satu perbicaraan yang adil.
Sri Ram berkata kuasa bagi menentukan sama ada seseorang itu bersalah atau tidak serta kuasa menjatuhkan hukuman adalah kuasa kehakiman dan ia perlu dilaksanakan oleh badan kehakiman, bukannya Parlimen.
Beliau berkata hukuman mati mandatori di bawah kedua-dua seksyen adalah tidak selaras dengan hak asasi manusia seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Pada 19 Mei 2021, Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman mati ke atas Theenesh dan Thurkeswaran kerana membunuh seorang penganggur B. Muniandy manakala hukuman mati ke atas Ooi kerana mengedar 6104.4 gram metamfetamina dikekalkan oleh mahkamah sama pada 1 Sept 2016.
Kesalahan membunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 memperuntuk hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya How May Ling, bagaimanapun berhujah bahawa kes ketiga-tiga individu bukanlah kes yang sesuai atau wajar diberikan kebenaran semakan kerana ia membabitkan tafsiran undang-undang yang merupakan pendapat dan tidak tertakluk kepada keperluan yang terhad dan ketat Peraturan 137 Kaedah-Kaedah Mahkamah Persekutuan 1995.
"Hukuman mati mandatori yang dijatuhkan ke atas mereka adalah hukuman yang betul seperti yang ditetapkan oleh undang-undang. Hukuman itu dijatuhkan selepas perbicaraan penuh dan hukuman serta sabitan tersebut telah dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 22 2022
Panel lima hakim membuat keputusan sebulat suara untuk menolak permohonan G.Theenesh, M.Thurkeswaran dan Ooi Chun Huat. - Gambar fail
Kebakaran hutan di California: Jumlah korban meningkat kepada 10
Jumlah korban akibat kebakaran hutan terburuk dalam sejarah California terus meningkat, dengan 10 orang maut setakat ini.
Mayat ditemui di Rawang dipercayai warga asing
Mayat yang ditemui tanpa dokumen pengenalan diri di tepi jalan kawasan hutan, Jalan Perkuburan, Bandar Country Homes, Rawang pada Khamis lalu dipercayai milik seorang wanita warga asing.
Pantau Agenda Reformasi: Suara pencetus idelisme, perubahan rakyat
Sejauh mana kelompok anak muda terutama barisan kepimpinan bersedia menjadi ejen perubahan sebenar dalam mencetuskan idea dan perubahan demi kesejahteraan rakyat?
BHEUU tidak terima sebarang pemakluman daripada Istana Negara
BHEUU sahkan bahawa tiada sebarang dokumen tambahan berkaitan permohonan pengampunan Datuk Seri Najib Razak dalam fail atau rekod rasminya.
Belia harus fokus bangunkan negara, jangan hebat main isu remeh - PM Anwar
Anwar berkata, belia mempunyai tanggungjawab untuk menyelamatkan negara dan tidak menumpukan pada isu-isu remeh.
Kerugian akibat jenayah komersial cecah RM3.11 bilion sepanjang tahun lepas
Jumlah kerugian akibat kesalahan jenayah komersial sepanjang tahun lepas mencecah RM3.11 bilion dengan 41,701 kertas siasatan dibuka.
Keuntungan jadi inti pati kerjasama ekonomi dan perdagangan - MFA
Langkah syarikat asing terus meningkatkan pelaburan di China mencerminkan saling untung dan sama menang menjadi inti pati kerjasama ekonomi dan perdagangan antara China dengan negara lain.
GRAB Malaysia buka peluang kepada OKU, wanita
Grab Malaysia kekal komited dalam memupuk keterangkuman, pemerkasaan ekonomi dan kemampanan, dengan memberi tumpuan kepada membuka peluang-peluang untuk direbut Orang Kurang Upaya (OKU) dan wanita dalam ekonomi gig.
Minyak Brent diunjur turun kepada USD77 setong pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB) menurunkan unjuran harga minyak Brent 2025 kepada US$77 setong daripada USD80 setong dan USD74 setong pada 2026 susulan unjuran permintaan yang lebih lemah pada 2025, terutamanya pada separuh pertama tahun ini.
Malaysia-India perkukuh perdagangan digital dua negara
Majlis Digital Malaysia-India (MIDC) dirasmikan bagi menerajui inisiatif dalam perdagangan digital, pertukaran teknologi termasuk mobiliti bakat antara Malaysia dan India.
Gelandangan didakwa bunuh rakan
Seorang gelandangan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh rakannya yang juga gelandangan, bulan lepas.
Indonesia setuju serah Mary Jane Veloso kepada pihak berkuasa Filipina
Indonesia bersetuju untuk memindahkan pekerja Filipina, Mary Jane Veloso yang disabitkan kesalahan dadah ke penjara di Filipina.
Polis bunuh pelajar: Jantung mangsa terhenti sebelum diberi CPR - Saksi
Penolong Pegawai Perubatan HRPB Ipoh memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa jantung Muhammad Zaharif Affendi telah terhenti sebelum bantuan CPR diberikan kepada mangsa berkenaan.
Hadiah Deepavali buat pekebun bebas tuduhan bunuh ibu saudara
Seorang pekebun yang dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas pertuduhan membunuh ibu saudaranya menyifatkan keputusan itu sebagai hadiah Deepavali.
Singapura arah Meta maklumkan pengguna mengenai kenyataan palsu berkenaan hukuman mati
Ia berikutan penyiaran semula kenyataan palsu di platformnya mengenai penjadualan hukuman mati dan pendakwaan kes pengedaran dadah di Singapura.
Trump mahu hukuman mati terhadap migran yang bunuh rakyat AS, polis
Trump ketika berucap di Pittsburgh, Pennsylvania, sekali lagi merungut mengenai kemasukan migran di sempadan selatan AS.
Jerman akan tutup tiga konsulat Iran selepas pelaksanaan hukuman mati lelaki dua kerakyatan
Langkah ini melibatkan perwakilan Iran di Hamburg, Frankfurt dan Munich, namun tidak termasuk kedutaan di Berlin.
Bunuh rakan: Hukuman mati bekas pekerja kilang diganti penjara 34 tahun
V. Veeran dan M.S. Sasitharan juga diperintah menjalani hukuman masing-masing dari tarikh mereka ditangkap iaitu pada 23 Jun dan 25 2014.
Iran gugur hukuman mati terhadap aktivis terkenal - Peguam
Hukuman ke atas Sharifeh Mohammadi akan dibicarakan semula dalam perbicaraan baharu, kata peguamnya, Ami Raissian.
Bapa Altantuya mohon hukuman mati Azilah diringankan kepada dipenjara
Shaariibuu Setev menyatakan permohonannya adalah atas dasar hormat yang mendalam pada sifat kemanusiaan rakyat Mongolia.