Seorang pendawai elektrik terselamat daripada tali gantung selepas Mahkamah Persekutuan hari ini mengetepikan sabitan kerana membunuh dan sebaliknya mendapati dia bersalah atas pertuduhan melakukan rompakan berkumpulan dengan membunuh.
Panel lima hakim yang dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara Tun Md Raus Sharif menjatuhi hukuman penjara 25 tahun ke atas Mohd Naim Ramli dan memerintahkan dia dikenakan 10 sebatan atas kesalahan itu di bawah Seksyen 396 Kanun keseksaan.
Ketika membenarkan rayuan Mohd Naim untuk mengetepikan sabitan kerana membunuh, beliau berkata berdasarkan keterangan kepada mahkamah, mahkamah mendapati bahawa sabitan Mohd Naim kerana membunuh adalah tidak selamat.
"Berdasarkan keterangan yang ada, kami berpendapat bahawa tertuduh terlibat dalam rompakan dan dengan ini kami sebulat suara mendapati tertuduh bersalah di bawah Seksyen 396 Kanun Keseksaan," kata Hakim Raus.
Mengenai hukuman, beliau berkata kesalahan yang dilakukan oleh Mohd Naim, 29, adalah serius dan mahkamah tidak boleh mempertimbangkan penghujahan oleh peguamnya Ridha Abdah Subri untuk menjatuhi hukuman penjara 15 tahun ke atas Mohd Naim. Beliau berkata menjatuhi hukuman mati juga tidak selamat.
Timbalan Pendakwa Raya Faizah Mohd Salleh meminta mahkamah mengekalkan hukuman mati ke atas Mohd Naim sambil berkata Seksyen 396 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman mati dan penjara sehingga 30 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.
Turut bersidang bersama beliau ialah hakim-hakim Mahkamah Persekutuan iaitu Tan Sri Zainun Ali, Tan Sri Ramly Ali, Tan Sri Azahar Mohamed dan Tan Sri Zaharah Ibrahim.
Pada Mac, 2015, Mohd Naim disabitkan dan dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam kerana membunuh Loh Min Lee, 36, seorang jurutera komputer, di rumahnya di Jalan Putra Perdana, Puchong, pada jam 4.15 pagi, 7 Dis, 2012.
Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan itu pada 27 Sept tahun lepaas.
Bukti yang dikemukakan oleh,-pihak pendakwa ialah tertuduh dan rakannya telah pergi ke rumah si mati untuk menyamunnya. Bukti menunjukkan bahawa si mati diserang dengan tukul oleh tertuduh dan dia mengalami kecederaan yang mengakibatkan kematian.
Si mati sedang tidur di bilik tidur di rumahnya apabila kejadian itu berlaku.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 29 2017
![Mahkamah Persekutuan ketepikan sabitan ke atas pendawai elektrik kerana membunuh Mahkamah Persekutuan ketepikan sabitan ke atas pendawai elektrik kerana membunuh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-08/61501831823_Jenayah.jpg)
Bukti menunjukkan bahawa si mati diserang dengan tukul oleh tertuduh dan dia mengalami kecederaan yang mengakibatkan kematian. - Gambar hiasan
![MARA diminta terus teroka potensi industri halal global - Ahmad Zahid MARA diminta terus teroka potensi industri halal global - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721105894_AhmadZahidHamidi.jpg)
MARA diminta terus teroka potensi industri halal global - Ahmad Zahid
MARA diminta untuk terus meneroka potensi antarabangsa dalam industri halal yang mempunyai prospek besar menerusi program Gate to Global (GTG).
Kim Pan-gon letak jawatan berikutan komitmen peribadi
Pengurus pasukan kebangsaan Malaysia, Kim Pan-gon menyatakan perletakan jawatan tersebut kerana komitmen peribadi.
#AWANInews
#AWANInews
![Penggunaan dron tingkat keberkesanan pemantauan pencemaran - Nik Nazmi Penggunaan dron tingkat keberkesanan pemantauan pencemaran - Nik Nazmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721102997_SimposiumDronKeban.jpg)
Penggunaan dron tingkat keberkesanan pemantauan pencemaran - Nik Nazmi
Penggunaan dron membolehkan pemantauan pencemaran alam sekitar dan hidupan liar serta pencerobohan hutan dilaksanakan dengan lebih berkesan.
![Kim Pan-gon letak jawatan ketua jurulatih Harimau Malaya Kim Pan-gon letak jawatan ketua jurulatih Harimau Malaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718142997_KimPanGon.jpg)
Kim Pan-gon letak jawatan ketua jurulatih Harimau Malaya
Kim Pan-gon menjadi satu-satunya individu yang bakal meninggalkan pasukan manakala Pau Marti bersama staf sokongan yang lain kekal di Kelana Jaya.
![Bekas pengawal peribadi Wan Azizah cedera kemalangan Bekas pengawal peribadi Wan Azizah cedera kemalangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721109015_bekaspengawalperib.jpg)
Bekas pengawal peribadi Wan Azizah cedera kemalangan
Bekas anggota polis wanita yang kini bekerja sebagai pengawal peribadi cedera setelah motosikal ditunggangnya melanggar sebuah SUV di lebuh raya PLUS.
![Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat dijangka dibentang akhir tahun ini - Kulasegaran Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat dijangka dibentang akhir tahun ini - Kulasegaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719996195_MKulasegaran.jpg)
Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat dijangka dibentang akhir tahun ini - Kulasegaran
RUU Kebebasan Maklumat dijangka dibentangkan di Parlimen pada akhir tahun ini selepas cadangan ketetapan bagi penggubalan Akta Kebebasan Maklumat dibawa ke Jemaah Menteri untuk kelulusan.
![Azizi dilantik Ketua Polis Perak baharu Azizi dilantik Ketua Polis Perak baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721108438_azizi.jpg)
Azizi dilantik Ketua Polis Perak baharu
Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Azizi Mat Aris dilantik sebagai Ketua Polis Perak yang baharu hari ini.
![ADUN Rembia sertai Pas, tak 'lompat parti' - Takiyuddin ADUN Rembia sertai Pas, tak 'lompat parti' - Takiyuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721108165_ADUNRembiaPN.jpg)
ADUN Rembia sertai Pas, tak 'lompat parti' - Takiyuddin
Menurut Takiyuddin, keahlian Muhamad Jailani yang juga wakil rakyat UMNO diterima pada 10 Jun tahun lalu, namun diumumkan secara rasmi hari ini.
Kita perlu belajar hidup dengan COVID-19 - Pakar
Itu kata Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dr Aznida Mohamad Zaki yang berkata pihaknya akan berusaha semampu mungkin dalam menggalakkan praktis kendiri dikalangan orang awam bagi mencegah penularan wabak seperti mana yang pernah dilakukan sebelum ini.
LHDN lulus 141,406 permohonan PKPS 2.0
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah meluluskan sebanyak 141,406 permohonan program khas pengakuan sukarela (PKPS) 2.0 yang melibatkan 102,572 bilangan kes pembayar cukai individu, 27,707 bilangan kes syarikat dan selebihnya melibatkan lain kategori seperti pertubuhan.
![Bekas MP Kapar mengaku bersalah hantar mesej kurang sopan, bayar denda Bekas MP Kapar mengaku bersalah hantar mesej kurang sopan, bayar denda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81707802725_TBmanikavasagamj.jpg)
Bekas MP Kapar mengaku bersalah hantar mesej kurang sopan, bayar denda
Manikavasagam yang juga bekas Ketua PKR Cabang Kuala Selangor dituduh berkelakuan kurang sopan terhadap seorang individu dengan menghantar mesej kurang sopan.
![Boris Johnson didapati bersalah kerana 'penghinaan berulang' terhadap Parlimen Boris Johnson didapati bersalah kerana 'penghinaan berulang' terhadap Parlimen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/51686828995_BorisJohnson.jpg)
Boris Johnson didapati bersalah kerana 'penghinaan berulang' terhadap Parlimen
Siasatan mendapati bekas perdana menteri Britain Boris Johnson "berulang kali menghina" Parlimen berikutan penafiannya mengenai skandal "partygate".
![R Kelly didapati bersalah atas enam tuduhan berkaitan pornografi kanak-kanak R Kelly didapati bersalah atas enam tuduhan berkaitan pornografi kanak-kanak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/81663196993_RKelly.jpg)
R Kelly didapati bersalah atas enam tuduhan berkaitan pornografi kanak-kanak
Kelly didapati bersalah atas enam tuduhan termasuk berkaitan penderaan seksual dan pembikinan filem lucah membabitkan kanak-kanak.
![1MDB: Bekas pegawai Goldman, Roger Ng didapati bersalah di mahkamah AS 1MDB: Bekas pegawai Goldman, Roger Ng didapati bersalah di mahkamah AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/41649436784_RogerNgChongHwa.jpg)
1MDB: Bekas pegawai Goldman, Roger Ng didapati bersalah di mahkamah AS
Ng, 49, disabitkan dengan ketiga-tiga pertuduhan dalam kes itu, termasuk bersubahat untuk melanggar undang-undang antirasuah AS dan bersubahat untuk pengubahan wang haram.
![Bekas pegawai polis didapati bersalah atas pembunuhan Daunte Wright Bekas pegawai polis didapati bersalah atas pembunuhan Daunte Wright](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/61640294551_KimberlyPotteraf.jpg)
Bekas pegawai polis didapati bersalah atas pembunuhan Daunte Wright
Juri seramai 12 anggota mendapati Potter bertanggungjawab atas kematian Wright semasa operasi trafik di Brooklyn Center.
![Lelaki mengamuk dalam mahkamah, ditembak mati ketika cuba serang hakim Lelaki mengamuk dalam mahkamah, ditembak mati ketika cuba serang hakim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/51611548085_TBDead.jpg)
Lelaki mengamuk dalam mahkamah, ditembak mati ketika cuba serang hakim
Vaughan turut terlibat dalam pergelutan bersama dua anggota polis dalam makhamah berkenaan.
![SRC: Mahkamah dengar rayuan Najib esok SRC: Mahkamah dengar rayuan Najib esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/81617525188_NajibRazak.jpg)
SRC: Mahkamah dengar rayuan Najib esok
Mahkamah sebelum ini menetapkan 5 hingga 8, 12 hingga 15 dan 19 hingga 22 April untuk mendengar rayuan itu.
![Penjara enam tahun, denda RM15.45 juta, ini kronologi kes rasuah Isa Samad Penjara enam tahun, denda RM15.45 juta, ini kronologi kes rasuah Isa Samad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/51612336762_IsaSamad.jpg)
Penjara enam tahun, denda RM15.45 juta, ini kronologi kes rasuah Isa Samad
Mohd Isa dijatuhkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM15.45 jutaa tas sembilan pertuduhan menerima rasuah sebanyak RM3.09 juta.
![RM2 juta masuk poket Ku Nan sendiri - Mahkamah RM2 juta masuk poket Ku Nan sendiri - Mahkamah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/61608556029_TengkuAdnanKunan.jpg)
RM2 juta "masuk poket" Ku Nan sendiri - Mahkamah
Hakim Mohamed Zaini berkata dakwaan Tengku Adnan mendahulukan lebih RM2 juta untuk PRK adalah suatu yang difikirkan kemudian.
![PBNP gantung Sumareh dua tahun PBNP gantung Sumareh dua tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/81599490255_Sumareh.jpg)
PBNP gantung Sumareh dua tahun
Hukuman bagi keempat-empat kesalahan itu yang dilakukan sewaktu pemain itu bersama skuad Tok Gajah, berjalan serentak.