PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan pada Rabu memerintahkan saman RM13.5 bilion yang difailkan Puncak Niaga Holdings Bhd terhadap bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung penstrukturan semula industri perkhidmatan air negeri itu, dibicarakan di Mahkamah Tinggi Shah Alam.
Hakim Datuk Vernon Ong Lam Kiat membuat keputusan itu selepas menolak permohonan Abdul Khalid untuk mendapatkan kebenaran untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan.
Pada 11 Februari tahun ini, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Puncak Niaga untuk membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam bagi mengenepikan tuntutan samannya terhadap Abdul Khalid dan memasukkan semula Abdul Khalid sebagai defendan dalam saman tersebut. Mahkamah turut memerintahkan agar saman itu dibicarakan.
Hakim Ong, yang mendengar permohonan itu melalui prosiding yang diadakan secara dalam talian berkata beliau mengambil maklum bahawa ini adalah permohonan interlokutori yang melibatkan keputusan Mahkamah Rayuan agar perbicaraan penuh diadakan, membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi untuk mengenetepikan saman berkenaan.
"Isu sama ada permohonan itu berdepan limitasi masa belum diputuskan oleh Mahkamah Tinggi atau Mahkamah Rayuan. Saya menerima hujah bahawa isu kebenaran sebagai isu kepentingan awam.
"Bagaimanapun, memandangkan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan tidak membuat keputusan, saya berpendapat syarat Seksyen 96 (dalam memberikan kebenaran) tidak dipenuhi. Isu mendapatkan kebenaran yang dipohon adalah bercampur aduk dengan fakta dan undang-undang derta perlu dirungkaikan dengan sempurna dalam prosiding perbicaraan. Oleh demikian, saya menolak permohonan ini," kata hakim dan memerintahkan Abdul Khalid membayar kos sebanyak RM30,000 kepada Puncak Niaga.
Hakim membuat keputusan itu setelah mendengar hujah peguam Gopal Sreenevasan yang mewakili Puncak Niaga manakala Edmund Bon Tai Soon mewakili Abdul Khalid.
Pada asalnya, Puncak Niaga mengemukakan saman terhadap Abdul Khalid, Kerajaan Selangor dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai defendan.
Pada 22 Feb 2018, Mahkamah Tinggi Shah Alam telah membenarkan permohonan tiga defendan itu untuk membatalkan saman tersebut yang menyebabkan Puncak Niaga mengemukakan rayuan ke Mahkamah Rayuan.
Pada 11 Februari tahun ini, Mahkamah Rayuan telah membenarkan rayuan Puncak Niaga untuk membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk mengenepikan tuntutannya terhadap Abdul Khalid dan kerajaan Selangor.
Namun, mahkamah menolak rayuan Puncak Niaga berhubung keputusan Mahkamah Tinggi untuk membatalkan tuntutannya terhadap Mohamed Azmin.
Dalam saman yang difailkan pada 2017 itu, Puncak Niaga mendakwa Abdul Khalid dan Mohamed Azmin menyalahgunakan kuasa mereka dengan mengugut sehingga menyebabkan kerajaan Persekutuan menggunakan Akta Industri Perkhidmatan Air (WSIA) 2006 bagi memaksa pengambilalihan industri perkhidmatan air di Selangor.
Sehubungan itu, syarikat berkenaan menuntut ganti rugi, faedah ke atas ganti rugi dan kos akibat kehilangan peluang perniagaan di dalam dan luar negara, berjumlah RM13.5 bilion.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 23 2021
Hakim Datuk Vernon Ong Lam Kiat membuat keputusan itu selepas menolak permohonan Abdul Khalid untuk mendapatkan kebenaran untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan. - BERNAMA
Tiada bukti kaitkan Modi dengan aktiviti jenayah di Kanada - Pegawai
Kerajaan Kanada tidak menemui sebarang bukti untuk mencadangkan Perdana Menteri India mengetahui tentang jenayah yang dilakukan oleh ejen India di Kanada, lapor Agensi Anadolu (AA) yang memetik kenyat
Padah curi kabel, dua lelaki melecur anggota badan
Lelaki berumur 49 dan 31 tahun dikejarkan ke Hospital Shah Alam kerana melecur di bahagian muka, tangan dan kaki.
Shah Rukh Khan teruja kembali ke Malaysia
"Saya bukanlah orang yang penting untuk dianggap sebagai rakan tetapi saya adalah rakan bagi Malaysia dan UAE."
Moscow lancar peluru berpandu hipersonik Oreshnik, Zelensky gusar
Zelenskyy "secara langsung menuduh sekutunya di barat meninggalkannya tanpa perlindungan ketika menghadapi tindakan Rusia."
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
Bekas Peguam Negara Idrus Harun antara Ahli Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman baharu
Mereka dilantik sebagai ahli Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman mengikut subseksyen 5(1)(f) Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009.
Kelantan teruskan usaha laksana Enakmen Kanun Jenayah Syariah
Kerajaan negeri pandang serius kes 16 seksyen Enakmen Kanun Jenayah Syariah yang dibatalkan, terutama dalam mendepani cabaran semasa.
Kes rogol: Mahkamah Persekutuan benar bekas ADUN Tonoh kemuka bukti tambahan
Mahkamah Persekutuan membenarkan permohonan bekas ADUN Tronoh Paul Yong Choo Kiong untuk mengemukakan bukti tambahan dalam rayuannya terhadap sabitan kes merogol pembantu rumah.
Mahkamah Persekutuan tolak permohonan pengarah resort untuk rayuan terhadap CTOS
Mahkamah menolak permohonan ahli perniagaan untuk mendapatkan kebenaran merayu keputusan Mahkamah Rayuan yang telah membatalkan perintah Mahkamah Tinggi yang mengkehendaki CTOS membayarnya RM200,000.
Mahkamah dengar semakan keputusan wanita kekal status agama Islam, 6 Jan depan
Mahkamah Persekutuan menetapkan 6 Jan tahun depan untuk mendengar permohonan seorang wanita bagi menyemak semula keputusan terdahulu yang mengesahkan status agamanya sebagai seorang Islam.
Pengsan ketika disebat, Mahkamah Persekutuan ketepi baki hukuman sebatan terhadap warga India
Mahkamah Persekutuan hari ini mengetepikan baki sebatan yang dikenakan ke atas seorang warga India bagi kesalahan mengedar dadah selepas dia pengsan ketika kali pertama menjalani hukuman itu.
Pendengaran rayuan berhubung isu kewarganegaraan dijadual semula pada 10 Dis
Menurut peguam, tarikh itu dianjak ke bulan Disember susulan penjadualan semula pendengaran kes oleh Mahkamah Persekutuan.
Bunuh Altantuya: Hukuman mati Azilah diganti penjara 40 tahun, 12 sebatan
Di bawah undang-undang baharu itu, hakim mempunyai kuasa budi bicara untuk mengenakan sama ada hukuman mati atau pemenjaraan antara 30 hingga 40 tahun.
Mahkamah Persekutuan dengar semakan hukuman mati Azilah Hadri hari ini
Mahkamah Persekutuan dijadual mendengar permohonan semakan hukuman mati bekas Azilah Hadri, yang disabitkan dengan kesalahan membunuh wanita warga Mongolia Altantuya Shaariibuu, hari ini.
Hukuman gantung kes bunuh jutawan kosmetik Sosilawati kekal
Bekas peguam, N Pathmanabhan dan dua lagi kekal dihukum gantung sampai mati atas kesalahan membunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi pada 2010.