Mahkamah Rayuan di sini mengurangkan jumlah ganti rugi daripada RM250,000 kepada RM80,000 untuk dibayar oleh Sistem Televisyen Malaysia Bhd (TV3) dan empat yang lain kepada bekas pelajar Akademi Fantasia musim kedua, Nurullah Zawawi dan suaminya berhubung laporan berunsur fitnah dalam rancangan Melodi, tiga tahun lepas.
Hakim Datuk Zaharah Ibrahim, yang mempengerusikan panel tiga hakim, hari ini membenarkan sebahagian daripada rayuan oleh pihak perayu mengenai jumlah ganti rugi tetapi menolak rayuannya tentang liabiliti.
Panel itu, yang turut dianggotai Hakim Datuk Azhar Mohamed dan Datuk Mohamad Ariff Md Yusof, mencapai keputusan itu selepas memutuskan bahawa aduan pernyataan fitnah oleh Nurullah, 32 dan suaminya Mohd Munzil Muhamad, 31, hanya membentuk sebahagian kecil dalam program hiburan yang disiarkan oleh stesen televisyen itu.
Zaharah berkata hakim Mahkamah Tinggi juga telah mendapati tiada niat jahat dalam laporan program tersebut.
Pasangan itu, selaku plaintif, memfailkan pernyataan tuntutan pada 5 Sept 2011 dengan mendakwa saluran televisyen itu antara pukul 12.30 tengah hari dan 1.30 tengah hari, 26 Jun tahun sama menyiarkan fitnah mengenai status perkahwinan serta hal ehwal peribadi mereka melalui rancangan Melodi.
Selain TV3, mereka menamakan penerbit Melodi, Azman Abd. Ghafar, wartawan hiburan, Michelle Wee Lili, syarikat ALT Media Sdn. Bhd. dan abang kandung Nurullah, Bustamam Zawawi sebagai defendan.
Pada 20 Dis tahun lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan pihak perayu membayar ganti rugi RM250,000 kepada pasangan itu.
Pihak perayu diwakili peguam T.H. Liew manakala Nadzarin Wok Nordin mewakili pasangan tersebut.
Bernama
Thu Jul 10 2014
![Mahkamah kurangkan ganti rugi kepada RM80,000 kes saman fitnah Nurul AF2 Mahkamah kurangkan ganti rugi kepada RM80,000 kes saman fitnah Nurul AF2](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-12/41387583420_295x200.jpg)
Mahkamah kurangkan ganti rugi kepada RM80,000 kes saman fitnah Nurul AF2
![MOT sedia bantu kerajaan Pahang realisasi bina Lapangan Terbang Antarabangsa Kuantan MOT sedia bantu kerajaan Pahang realisasi bina Lapangan Terbang Antarabangsa Kuantan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723756219_AnthonyLoke.jpg)
MOT sedia bantu kerajaan Pahang realisasi bina Lapangan Terbang Antarabangsa Kuantan
Setakat ini, MOT masih lagi belum menerima sebarang permohonan Lesen Pengendali Aerodrom daripada pemaju projek.
![Malaysia giat kaji campuran tenaga dan potensi pelaburan dalam penyimpanan bateri - Fadillah Malaysia giat kaji campuran tenaga dan potensi pelaburan dalam penyimpanan bateri - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723759603_FadillahYusof.jpg)
Malaysia giat kaji campuran tenaga dan potensi pelaburan dalam penyimpanan bateri - Fadillah
Mesyuarat itu merupakan pertemuan tertinggi menteri-menteri ekonomi APEC yang bertanggungjawab terhadap pembangunan tenaga.
![Proton sasar jual 2,000 unit model X70 2025 sebulan Proton sasar jual 2,000 unit model X70 2025 sebulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723734990_TBproton.jpg)
Proton sasar jual 2,000 unit model X70 2025 sebulan
Proton X70 telah menjadi kegemaran ramai dengan jualan lebih 1,000 hingga hampir 2,000 unit sebulan.
![Hajiji ingatkan Pegawai Daerah jaga integriti, mudahkan urusan rakyat Hajiji ingatkan Pegawai Daerah jaga integriti, mudahkan urusan rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723715438_Hajiji.jpg)
Hajiji ingatkan Pegawai Daerah jaga integriti, mudahkan urusan rakyat
Hajiji akui terima banyak aduan daripada rakyat dan laporan tentang isu integriti serta ketelusan melibatkan Pegawai Daerah.
![Lori terbakar berhampiran Terowong Menora, trafik sesak arah utara Lori terbakar berhampiran Terowong Menora, trafik sesak arah utara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723756957_TrelerterbakarTe.jpg)
Lori terbakar berhampiran Terowong Menora, trafik sesak arah utara
Kebakaran melibatkan sebuah lori 12 tan jenis Hino yang membawa muatan bakul buah buahan yang terbakar 35 peratus.
![65 peratus Muslim Malaysia pilih produk perbankan, pelaburan patuh syariah 65 peratus Muslim Malaysia pilih produk perbankan, pelaburan patuh syariah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723721334_TBtabunghajijp.jpg)
65 peratus Muslim Malaysia pilih produk perbankan, pelaburan patuh syariah
Kaji selidik HLISB melibatkan 690 Muslim Malaysia berusia antara 18 dan 77 tahun, dengan purata pendapatan isi rumah bawah RM10,000 sebulan.
![Pelarasan berperingkat kepada gaji minimum tawar pendekatan seimbang - FMM Pelarasan berperingkat kepada gaji minimum tawar pendekatan seimbang - FMM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715247870_SohThianLaijpg.jpg)
Pelarasan berperingkat kepada gaji minimum tawar pendekatan seimbang - FMM
Ia membantu mengelak kejutan terhadap perniagaan terutama yang mungkin tiada fleksibiliti kewangan untuk menyerap kenaikan kos buruh.
![Kerajaan peruntuk RM7.45 juta kerja pembaikan tiga cerun di Gua Musang Kerajaan peruntuk RM7.45 juta kerja pembaikan tiga cerun di Gua Musang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723119891_AhmadMaslan.jpg)
Kerajaan peruntuk RM7.45 juta kerja pembaikan tiga cerun di Gua Musang
Kerajaan memperuntukkan RM7.45 juta bagi kerja pembaikan cerun di Gua Musang yang bakal memberi manfaat kepada hampir 5,000 penduduk.
![JKNT keluar lebih 5,000 notis bawah kawalan rokok sehingga Julai tahun ini JKNT keluar lebih 5,000 notis bawah kawalan rokok sehingga Julai tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719746052_TBVapingjpg.jpg)
JKNT keluar lebih 5,000 notis bawah kawalan rokok sehingga Julai tahun ini
JKNT keluarkan 5,431 notis bernilai RM1.3 juta berkaitan pelbagai kesalahan hasil pemeriksaan ke atas 15,356 premis melalui 831 operasi penguatkuasaan di seluruh negeri Terengganu.
![Pek sumber kebajikan terap budaya sayangi haiwan Pek sumber kebajikan terap budaya sayangi haiwan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723719935_tbPekSumberKebajik.jpg)
Pek sumber kebajikan terap budaya sayangi haiwan
DVS bangunkan pek sumber kebajikan haiwan sebagai bahan sokongan pengajaran dan pembelajaran di semua prasekolah di bawah KPM seluruh negara.
![Perpisahan bukan alasan, netizen bangga anak Ajai dan Nurul dapat 9A SPM Perpisahan bukan alasan, netizen bangga anak Ajai dan Nurul dapat 9A SPM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://www.astrogempak.com.my/Portals/2/0. artis tempatan/adira/AyuNurulAjai.jpg)
Perpisahan bukan alasan, netizen bangga anak Ajai dan Nurul dapat 9A SPM
Anak kepada Ajai dan Nurul Wahap Depp, Ayu Nadirah berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM 2015.
![Mahkamah kurangkan ganti rugi kepada RM80,000 kes saman fitnah Nurul AF2 Mahkamah kurangkan ganti rugi kepada RM80,000 kes saman fitnah Nurul AF2](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-12/41387583420_295x200.jpg)
Mahkamah kurangkan ganti rugi kepada RM80,000 kes saman fitnah Nurul AF2
Mahkamah Rayuan mengurangkan jumlah ganti rugi daripada RM250,000 kepada RM80,000 untuk dibayar oleh TV3 dan empat yang lain kepada Nurul.