Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini merasmikan Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak di Istana Kehakiman di sini.
Penubuhan mahkamah itu selaras dengan pelaksanaan Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak.
"Buat permulaan ini, Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak di Istana Kehakiman Putrajaya ini, akan mendengar kes-kes yang berlaku di Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
"InsyaAllah, penubuhan Mahkamah ini nanti akan kita perluaskan secara berperingkat ke semua 13 negeri di seluruh Malaysia," katanya selepas merasmikan Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak di Istana Kehakiman di sini hari ini.
Turut hadir, isteri Perdana Menteri yang juga penaung PERMATA, Datin Seri Rosmah Mansor dan Ketua Hakim Negara, Tan Sri Md Raus Sharif.
Perbicaraan kes pertama jenayah kanak-kanak berkenaan akan bermula pada 4 Julai depan.
"Semestinya, mahkamah ini akan dikendalikan oleh seorang Hakim Kanan Mahkamah Sesyen yang berpengalaman luas dalam bidang kehakiman dan perundangan," katanya lagi.
Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak disifatkan berbeza dengan Mahkamah Kanak-Kanak sedia ada, yang mengendaikan kes-kes, di mana pelaku jenayahnya adalah kanak-kanak.
"Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak yang baru ditubuhkan ini, adalah untuk membicarakan kes-kes jenayah seksual, di mana mangsanya merupakan kanak-kanak.
"Pasti sekali, dengan kewujudan Mahkamah ini, sekaligus akan mempercepat dan melancarkan semua prosiding serta perbicaraan kes jenayah seksual yang melibatkan kanak-kanak," ujar beliau.
Perdana Menteri juga menyarankan agar suatu garis panduan khas dirangka untuk mengendali kes-kes kesalahan seksual melibatkan kanak-kanak dalam tempoh masa terdekat.
"Bagi memenuhi hasrat ini, sebuah jawatankuasa kerja yang melibatkan pihak Mahkamah, Jabatan Peguam Negara dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta beberapa NGO kanak-kanak, termasuk UNICEF, perlu diwujudkan, untuk merangka garis panduan khas ini.
"Tambahan lagi, garis panduan khas yang bakal dirangka ini perlulah menepati kehendak dan keperluan saksi kanak-kanak, serta selaras dengan amalan terbaik yang dilaksanakan di negara-negara lain di dunia," ujar beliau.
Bertempat di tingkat dua di Istana Kehakiman, antara kemudahan yang disediakan adalah lebih menjurus untuk memenuhi keperluan saksi kanak-kanak.
Ia termasuk Kelengkapan sistem Court Recording and Transcription (CRT), bilik saksi dan menunggu mesra kanak-kanak yang dilengkapi dengan kemudahan video-link, serta kemudahan mesra Orang Kelainan Upaya (OKU).
"PERMATA, turut membantu dalam menyumbang kepada penyediaan kelengkapan di bilik saksi dan menunggu kanak-kanak untuk mahkamah ini," kata beliau.
Perdana Menteri ketika sambutan Hari Wanita Kebangsaan pada 25 Ogos 2016 lalu telah mengumumkan penubuhan sebuah Task Force bagi mengkaji dan meneliti isu-isu berkaitan jenayah seksual kanak-kanak yang kian meruncing di negara ini.
Hasil daripada rundingan, penelitian dan cadangan Task Force ini, satu Pakej Perundangan Jenayah Seksual Kanak-Kanak, yang merangkumi undang-undang baharu dan khas, melibatkan kesalahan-kesalahan jenayah seksual kanak-kanak seperti child grooming dan child pornography telah dibentangkan pada sesi Parlimen yang lalu.
Melalui sesi perbahasan Rang Undang-Undang atau RUU tersebut, yang berlangsung selama hampir 15 jam di Dewan Rakyat, akhirnya Rang Undang-Undang Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, telah berjaya diluluskan sebulat suara oleh Dewan Rakyat pada 4 April 2017.
Seterusnya, RUU itu dibahaskan pula di Dewan Negara dan diluluskan pada 26 April 2017.
Rahimah Abdullah
Thu Jun 22 2017
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini merasmikan mahkamah jenayah seksual terhadap kanak-kanak di Istana Kehakiman. - Foto Bernama
10 Berita Pilihan - (26 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kemboja kini destinasi pelaburan yang kompetitif di ASEAN, kata PM Hun Manet
Kemboja menikmati keamanan dan kestabilan politik yang merupakan faktor penting, manakala kerajaan negara itu mengamalkan dasar ekonomi yang paling terbuka dan bebas di Asia.
AWANI Ringkas: Jenayah | Rusuhan di Islamabad
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
MTL: Lebih 100 hektar padi sedia dituai ditenggelami banjir, kerugian hampir RM1 juta
Seramai 39 pesawah dari Kampung Luar dan Kampung Tersang di sini mengalami kerugian hampir RM1 juta selepas sawah seluas 121 hektar ditenggelami banjir.
Consider This: BERSIH Report Card — From ‘D’ to Distinction?
Two years into its term, the Madani government finds itself under the microscope. Bersih has given the Anwar Ibrahim-led Administration a grade of ‘D’, citing its failure to deliver on key institutional and democratic reforms. Is this verdict too harsh, or is it a necessary wake-up call for those in power that they do not have the luxury of time? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks to Muhammad Faisal Abdul Aziz, Chairperson of BERSIH, and Ooi Kok Hin, Executive Director of BERSIH.
Rancangan Kawasan Khas Tanah Tinggi Lojing dirangka untuk dibangunkan secara dinamik
Rancangan Kawasan Khas (RKK) Tanah Tinggi Lojing, Gua Musang telah dirangka sebagai garis panduan bagi membolehkan pembangunan secara dinamik dan holistik dilaksanakan di kawasan berkenaan.
AWANI Tonight 26 Nov 2024
#AWANITonight with @_farhanasheikh
1. M'sia-S. Korea: PM visit secures RM32.8 bil in potential investments
2. A woman killed by partner or family member every 10 minutes - UN
#AWANIEnglish #AWANINews
1. M'sia-S. Korea: PM visit secures RM32.8 bil in potential investments
2. A woman killed by partner or family member every 10 minutes - UN
#AWANIEnglish #AWANINews
AWANI Tonight: A woman killed by partner or family member every 10 minutes - UN
A UN report revealed 85,000 women and girls were victims of femicide in 2023, with majority cases involving an intimate partner or a family member. #AWANITonight
AWANI Tonight: PM secures RM32.8 mil in potential investments with S.Korea
Datuk Seri Anwar Ibrahim concluded his visit to South Korea on a high note, securing RM32.8 billion in potential investments into Malaysia. Astro AWANI correspondent Irfan Faruqi reports from Seoul.
Empat lelaki ditahan disyaki terbabit sindiket sebar SMS palsu guna BTS
Polis percaya berjaya melumpuhkan sindiket penipuan dalam talian yang aktif menyebarkan mesej melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) palsu menggunakan teknologi Base Transceiver Station (BTS).
Dr Hazlina dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman - PKPMP
Bekas pengarah di Jabatan Rayuan Khas di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Dr Hazlina Hussain, hari ini dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman.
MB Kelantan, Nik Elin Zurina tiba di mahkamah
Mohd Nassuruddin tiba jam 9 pagi diiringi oleh beberapa individu.
Semakan keputusan kes SRC: Kenderaan bawa Najib tiba di Istana Kehakiman
Tinjauan Astro AWANI mendapati sekumpulan penyokong yang memakai baju T tertera #JusticeForNajib dilihat berada di pekarangan Istana Kehakiman sejak pukul 8 pagi lagi.
Kenderaan bawa Najib tiba di Istana Kehakiman
Kenderaan yang dipercayai membawa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba jam 8.50 pagi di Istana Kehakiman.
Najib tiba di mahkamah, laungan 'Bossku, Lawan Tetap Lawan, Allahuakbar' bergema
Ketibaan beliau disambut lebih 100 penyokongnya, yang mula memenuhi kawasan luar Istana Kehakiman sejak awal pagi.
Rayuan kes SRC Najib masuk minggu kedua
Salah seorang pegawai beliau memaklumkan barisan pembeleaan akan memohon mahkamah untuk penggulungan hujah pembelaan kes itu kira-kira pukul 1 petang ini.
5 angkat sumpah sebagai Hakim Mahkamah Rayuan, 9 Pesuruhjaya Kehakiman
Lima Hakim Mahkamah Rayuan dan sembilan Pesuruhjaya Kehakiman mengangkat sumpah jawatan di Istana Kehakiman di sini hari ini.
Penstriman langsung angkat sumpah jawatan hakim esok
Majlis mengangkat sumpah jawatan dan taat setia Hakim Mahkamah Persekutuan dan Hakim Mahkamah Rayuan itu akan diadakan di dewan persidangan Istana Kehakiman Putrajaya, esok pada pukul 3 petang.
Normal baharu: Badan Kehakiman Malaysia cipta sejarah
Langkah itu bagi membolehkan orang awam melihat secara langsung pendengaran kes yang dijalankan seperti di mahkamah terbuka dan juga memastikan akses kepada keadilan adalah berterusan.
Alizatul Khair dilantik hakim Mahkamah Persekutuan
Beliau pernah dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman pada 1 Mei 2003 sehingga 20 Disember 2004.