Mahkamah Tinggi di sini diberitahu bahawa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ada berbual di telefon dengan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman mengenai isu pembentukan kerajaan baharu 16 Sept dan jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM).
Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, yang mewakili Anifah semasa pemeriksaan balas, mencadangkan kepada Anwar bahawa beliau telah menawarkan jawatan TPM kepada Anifah ketika beliau berada di Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 2008.
Anwar, 67, mengakui beliau berbual dengan Anifah pada masa itu tetapi perbualan mereka adalah berkisar hal keluarga.
"Perbualan itu adalah mengenai hal keluarga kerana kami (beliau dan Anifah) adalah rakan baik sejak sekian lama. Saya tidak menawarkan jawatan TPM," kata Anwar.
Ketika Muhammad Shafee mencadangkan bahawa Anwar telah menawarkan jawatan TPM kepada Anifah kerana ia perkara penting, Anwar berkata: "Saya tidak boleh melakukan kesilapan yang cuai. Tidak mungkin saya membuat tawaran kepada seseorang dalam perbualan 10 minit."
Anwar, yang juga Anggota Parlimen Permatang Pauh, menganggap defendan sebagai "sangat berani" dan berkata adalah tidak munasabah untuknya membuat tawaran dalam satu panggilan telefon.
Beliau juga berkata tidak ada pertemuan antara beliau dan Anifah tetapi Anifah ada menghubunginya ketika beliau berada di luar negara.
"Beliau (Anifah) menyatakan ada mendengar sekumpulan besar dari Sabah mahu menyertai pembangkang dan beliau mahu saya mengesahkan nama dan bilangannya.
"Beliau berkata jika saya tahu bilangannya, beliau berminat menyertai saya. Saya tidak membuat sebarang tawaran kepadanya, dan sudah pasti tidak mempertimbangkan beliau untuk jawatan Timbalan Perdana Menteri," kata Anwar.
Pada 27 Mei, 2009, Anwar yang menyaman Anifah atas kapasitinya secara peribadi dan rasmi serta Kerajaan, mendakwa beliau telah difitnah dalam sidang media Anifah bersama-sama Setiausaha Negara Amerika Syarikat ketika itu Hillary Clinton.
Dalam pernyataan tuntutannya, Anwar berkata dakwaan Anifah adalah tidak berasas dan amat cuai dan telah dilaporkan secara meluas dalam media tempatan dan asing.
Anwar memohon RM100 juta sebagai ganti rugi teruk dan teladan, kos dan relif lain difikirkan sesuai oleh mahkamah.
Perbicaraan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Siti Khadijah S. Hassan Badjenid bersambung pada Rabu ini.
Bernama
Mon Aug 25 2014
![Mahkamah diberitahu ada perbualan antara Anwar dan Anifah mengenai 16 Sept, jawatan TPM Mahkamah diberitahu ada perbualan antara Anwar dan Anifah mengenai 16 Sept, jawatan TPM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-08/81408981130_295x200.jpg)
SAMAN FITNAH: Anwar (kiri) kononnya telah menawarkan jawatan TPM kepada Anifah ketika beliau berada di KLIA pada 2008.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Parti Cinta Sabah kini komponen baharu dalam GRS Parti Cinta Sabah kini komponen baharu dalam GRS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61716374403_tbPartiCintaSabah.jpg)
Parti Cinta Sabah kini komponen baharu dalam GRS
Kesemua presiden parti dalam Gerakan Rakyat Sabah (GRS) secara sebulat suara menerima Parti Cinta Sabah (PCS) menjadi komponen dalam gabungan itu.
![Perkasa pembangunan Wilayah Persekutuan Labuan - Anifah Perkasa pembangunan Wilayah Persekutuan Labuan - Anifah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61701954445_AnifahAman.jpg)
Perkasa pembangunan Wilayah Persekutuan Labuan - Anifah
Usaha membangunkan Wilayah Persekutuan Labuan perlu diperkasakan dan melalui proses transformasi supaya wilayah itu berada pada landasan tepat bagi menuju era digitalisasi.
![Anifah Aman kecewa masalah air Labuan berlarutan, sukar tarik pelabur Anifah Aman kecewa masalah air Labuan berlarutan, sukar tarik pelabur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51701164163_TBAnifahAmanjpg.jpg)
Anifah Aman kecewa masalah air Labuan berlarutan, sukar tarik pelabur
Dewan Rakyat pada 13 Oktober lepas meluluskan RUU bagi meminda Akta SPAN 2006, bertujuan memperkemas tadbir urus dan memperkukuh SPAN.
![Bekas Menteri Luar Anifah Aman dilantik Pengerusi Perbadanan Labuan Bekas Menteri Luar Anifah Aman dilantik Pengerusi Perbadanan Labuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-08/41565943452_AnifahAman.jpg)
Bekas Menteri Luar Anifah Aman dilantik Pengerusi Perbadanan Labuan
Bekas Menteri Luar Senator Tan Sri Anifah Aman telah dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Labuan (LC) bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 19 Jun 2023.
![Kerjasama kunci utama pamerkan potensi Asia - Anifah Aman Kerjasama kunci utama pamerkan potensi Asia - Anifah Aman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/61687076602_AnifahAmanPersida.jpg)
Kerjasama kunci utama pamerkan potensi Asia - Anifah Aman
Kerjasama yang ikhlas dan bermakna merupakan kunci untuk mengungkap potensi besar Asia dan akan membolehkan terwujudnya aturan dunia multipolar.
![Pelantikan Anifah sebagai Senator akan tingkatkan ekonomi Labuan - LCC Pelantikan Anifah sebagai Senator akan tingkatkan ekonomi Labuan - LCC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/51679746063_TBANIFAHAMAN.jpg)
Pelantikan Anifah sebagai Senator akan tingkatkan ekonomi Labuan - LCC
Dewan Perdagangan Labuan (LCC) berharap Senator Datuk Seri Anifah Aman yang baru dilantik dapat membantu meningkatkan pertumbuhan ekonomi pulau bebas cukai itu.
![16 senator angkat sumpah Ahli Dewan Negara 16 senator angkat sumpah Ahli Dewan Negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/61679299448_RaisYatim.jpg)
16 senator angkat sumpah Ahli Dewan Negara
Mereka ialah ADUN Kedah Abdul Nasir Idris, Setiausaha PAS Kedah Musoddak Ahmad, Dr A. Lingeshwaran, Amir Ghazali dan Presiden PCS Datuk Seri Anifah Aman.
![Utamakan segera pelaksanaan Artikel 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan - Anifah Aman Utamakan segera pelaksanaan Artikel 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan - Anifah Aman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/61658391822_DSAnifahOmar.jpg)
Utamakan segera pelaksanaan Artikel 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan - Anifah Aman
Parti Cinta Sabah menggesa Kerajaan Pusat dan Kerajaan Sabah untuk mengutamakan pelaksanaan Artikel 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan.
![PRU15: Saya tidak tahu perjanjian dengan Anifah - Ismail Sabri PRU15: Saya tidak tahu perjanjian dengan Anifah - Ismail Sabri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/71668160976_ISMAIL.jpg)
PRU15: "Saya tidak tahu perjanjian dengan Anifah" - Ismail Sabri
Perdana Menteri jawab dakwaan Anifah ditawar jawatan menteri oleh Presiden UMNO sekiranya BN tubuh kerajaan selepas PRU15.
![PRU15: Anifah akan bantu kempen PH di Ranau - Anwar PRU15: Anifah akan bantu kempen PH di Ranau - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/71668304301_AnwarIbrahim.jpg)
PRU15: Anifah akan bantu kempen PH di Ranau - Anwar
Anifah akan membantu calon PH di Ranau yang diwakili oleh Apirin Jahalan @ Taufik Sham.