KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan seorang ahli politik pembangkang Bangladesh untuk menangguhkan penghantarannya ke negara itu sementara menunggu permohonan habeas corpus atau penahanan salah yang difailkannya selesai.
Hakim K.Muniandy memutuskan demikian selepas peguam Kee Shu Min yang mewakili M.A Quayum, 61, membuat permohonan itu, dan tiada bantahan daripada Peguam Persekutuan Mohamad Firdaus Sadina Ali yang mewakili Ketua Polis Negara, Ketua Pengarah Imigresen, Menteri Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia selaku responden pertama hingga keempat.
"Mahkamah membenarkan permohonan itu (penangguhan) dan menetapkan 5 April ini untuk mendengar permohonan habeas corpus," katanya.
Ahli politik dari Bangladesh Nasionalist Party (BNP) itu yang memfailkan permohonan habeas corpus Isnin lepas memohon perintah mahkamah supaya dia dibebaskan selain memohon penggantungan penghantaran pulang ke negara berkenaan sehingga permohonan habeas corpus diputuskan oleh mahkamah.
Menerusi afidavit sokongan, anak perempuan kepada Quayum berkata bapanya selaku pemohon yang menetap di Malaysia sejak 15 tahun lepas dan mempunyai pasport serta merupakan seorang pemegang visa Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H), ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya pada 12 Jan lalu.
Beliau mendakwa tangkapan itu bertujuan untuk menghantar bapanya pulang secara paksa ke Bangladesh dengan segera dan ia satu operasi yang dibuat secara rahsia tanpa mengikuti undang-undang seperti Akta Ekstradisi.
Anak pemohon mendakwa keselamatan bapanya akan terancam dan akan menghadapi penganiayaan politik sekiranya dihantar pulang ke Bangladesh.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 18 2024

Mahkamah membenarkan permohonan penangguhan itu dan menetapkan 5 April ini untuk mendengar permohonan habeas corpus. - Gambar hiasan

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Mahkamah benar tangguh hantar pulang ahli politik Bangladesh
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan seorang ahli politik pembangkang Bangladesh untuk menangguhkan penghantarannya ke negara itu.