KUALA LUMPUR: Projek pembinaan mahkamah baharu Ampang, Selangor, merangkumi empat Mahkamah Sesyen dan enam Mahkamah Majistret dijadualkan siap pada 17 Dis ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said.
Beliau berkata sehingga 21 Ogos lalu, status fizikal projek mahkamah yang akan dilengkapi dengan kemudahan teknologi terkini seperti Sistem Court Recording Voice-To-Text (RVT) adalah pada 85.34 peratus.
Pembinaan mahkamah tersebut telah diluluskan dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMKe-10).
Pelaksanaan semula projek adalah bagi menyiapkan baki kerja di bawah Rolling Plan Pertama (RP1) Rancangan Malaysia ke -12 (RMKe-12), katanya, dalam kenyataan, di sini, hari ini.
Katanya, Mahkamah Ampang sedia ada beroperasi dengan menyewa di bangunan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) terdiri daripada tiga Mahkamah Sesyen dan tiga Mahkamah Majistret.
Azalina berkata selain Ampang, di Selangor, terdapat enam lagi mahkamah baharu yang sedang dibina iaitu di Sik, Kedah; Pengerang, Johor; Temerloh, Pahang; Mahkamah Sesyen dan Majistret di Ipoh, Perak; Kompleks Mahkamah Johor Bahru, Johor dan di Bachok, Kelantan.
Katanya, projek naik taraf mahkamah sedia ada juga sedang giat dilaksanakan di seluruh negara.
Dalam pada itu, beliau berharap pembinaan mahkamah baharu, naik taraf, ubah suai dan pemuliharaan mahkamah itu akan memberi keselesaan kepada kakitangan mahkamah, peguam dan orang awam yang akan menggunakan kemudahan infrastruktur itu kelak.
"Ini juga dapat menambah baik prasarana badan kehakiman negara serta dapat memastikan penyampaian perkhidmatan yang berkualiti dalam bidang kehakiman dan perundangan kepada rakyat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 28 2023
Azalina berkata sehingga 21 Ogos lalu, status fizikal projek mahkamah yang akan dilengkapi dengan kemudahan teknologi terkini seperti Sistem Court Recording Voice-To-Text (RVT) adalah pada 85.34 peratus. - Gambar fail/BERNAMA
Tumpuan Jumaat – 8 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tanah Enklaf Duta: Mahkamah Rayuan mahu dengar hujah lanjut
Mahkamah Rayuan Putrajaya pada Khamis memerintahkan pihak yang terlibat dalam pertikaian perundangan membabitkan Enklaf Duta agar mengemukakan hujahan lanjut berhubung nilai tanah di kawasan seluas 106.7 hektar itu.
Tuntutan Sulu: Percubaan untuk peras ugut rakyat Malaysia gagal - Azalina
Malaysia kini akan memfokus kepada usahanya di Perancis untuk mendapatkan pembatalan Award Akhir itu secepat mungkin.
Ada transaksi meragukan, SPRM mahu lihat jika ada unsur penipuan - Azam Baki
Azam berkata, SPRM juga percaya sebahagian dana pelaburan disalahgunakan dalam hal tersebut, namun siasatan masih dijalankan.
Australia cadang larang media sosial untuk individu bawah 16 tahun
Australia dijangka akan menggubal undang-undang bagi melarang penggunaan media sosial untuk individu berusia di bawah 16 tahun.
Insiden letupan: Enam anggota Malbatt 850 cedera ringan - ATM
Insiden berlaku berdekatan Stadium Saida, Lubnan, ketika pergerakan anggota MALBATT 850-12 dari Beirut ke Kem Marakah.
TikTok diarah tutup operasi di Kanada atas sebab keselamatan
TikTok diarahkan oleh kerajaan Kanada untuk menutup perniagaan mereka di negara tersebut. Arahan diberikan kerana TikTok didakwa mendatangkan kesan negatif kepada keselamatan Kanada.
Teknologi AI: Arab Saudi rancang pelaburan AS$100 bilion saingi UAE
Inisiatif itu, yang dipanggil "Project Transcendence", juga akan memberi tumpuan kepada merekrut bakat baharu, membangunkan ekosistem tempatan dan menggalakkan syarikat teknologi untuk melakukan pelaburan sumber.
10 Berita Pilihan - (7 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Korea Selatan mungkin hantar bekalan senjata ke Ukraine
Presiden Korea Selatan tidak menolak kemungkinan akan menghantar bekalan senjata kepada Ukraine susulan provokasi oleh Korea Utara. Perkara tersebut turut dibincangkan dengan Presiden terpilih Donal Trump.
Mahkamah baharu Ampang dijadual siap 17 Dis - Azalina
Pembinaan mahkamah tersebut telah diluluskan dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMKe-10).