KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad pernah berhasrat memecat Yeo Bee Yin sebagai Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim pada 2019 ekoran isu Lynas.
Perkara itu diakui veteran DAP, Lim Kit Siang yang memaklumkan bahawa beliau tidak pernah terlibat dengan perkara tersebut, namun hanya diberitahu mengenainya.
"Kejadian ini menyerlahkan kerumitan dalam kerajaan Pakatan Harapan yang dipimpin Mahathir ketika itu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Kit Siang, beliau telah menyatakan sebelum ini bahawa Pakatan Harapan perlu mengambil iktibar daripada pengalaman mentadbir Putrajaya selama 22 bulan.
Antara perkara penting yang perlu dijadikan iktibar, kata Kit Siang ialah tentang janji yang dibuat semasa pilihan raya.
"Kita menawarkan Buku Harapan sebagai janji-janji pilihan raya yang dibuat untuk Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu.
"Pada peringkat awal pentadbiran Pakatan Harapan lagi, Perdana Menteri ketika itu, Dr Mahathir telah mengatakan bahawa manifesto bukanlah satu kitab suci.
"Kesannya, sekiranya Pakatan Harapan berjaya menunaikan 80 atau 90 peratus daripada janji-janji pilihan raya dalam tempoh lima tahun sekalipun, rakyat tentu akan sukar untuk mempercayainya," ujar beliau lagi.
Selama 52 tahun sebagai pembangkang, Kit Siang berkata, beliau tidak sedikit pun gentar untuk kembali duduk di kerusi pembangkang, namun mempunyai matlamat untuk kembali membentuk kerajaan semula, kerana hanya dengan kuasa segala pembaharuan dan reformasi dapat dilaksanakan.
"Namun kita harus bersikap realistik, kita perlu bekerjasama dengan pemimpin politik yang sehaluan dengan kita, yang bersama ingin mengejar dan menjadikan impian Malaysia untuk menjadikan negara ini sebuah negara hebat bertaraf dunia satu kenyataan, kerana DAP tidak akan mampu untuk membentuk kerajaan secara bersendirian.
"Pemimpin DAP tidak harus termakan dengan godaan kuasa, tidak kira semasa menjadi kerajaan atau pembangkang, dan sepanjang 55 tahun sejarah DAP, pemimpin DAP tidak pernah sekalipun mengingkari prinsip keramat ini," tegas Kit Siang lagi.
Astro Awani
Wed Apr 21 2021

Kejadian ini menyerlahkan kerumitan dalam kerajaan Pakatan Harapan yang dipimpin Dr Mahathir ketika itu, kata Kit Siang. - Foto fail

Aidilfitri: APAD pantau, pastikan pengendali bas patuhi jadual tambang ditetapkan
Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) bakal mengeluarkan 300 Lesen Perubahan Sementara kepada pengusaha bas ekonomi bagi menampung permintaan tinggi sempena sambutan Aidilfitri tahun ini.
Memperingati 12 tahun pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu
Satu majlis bacaan Yassim dan tahlil diadakan bagi memperingati 10 perwira negara yang terkorban ketika mempertahankan kedaulatan negara daripada pengganas Sulu 12 tahun lalu.
Penjawat awam wanita diseru sertai SKSSR - CUEPACS
Presiden CUEPACS, Datuk Adnan Mat menyifatkan skim ini mengiktiraf risiko peranan suri rumah itu demi keselamatan dan jaminan masa depan golongan berkenaan.
Kes bunuh pelajar vokasional: Tertuduh kelapan dakwa tidak nampak mangsa dibelasah
Tertuduh kelapan kes bunuh pelajar vokasional Lahad Datu dakwa tidak nampak mangsa memaklumkan dibelasah dia dan rakan-rakan tidak menggunakan cara keganasan dalam menyelesaikan kes kecurian wang di asrama itu.
Pengemis cilik: Taktik licik sindiket meraih simpati
Wakil AWANI Borneo Sabah mendekati golongan pengemis kanak-kanak dan Palauh di Kunak yang dibimbangi menjadi mangsa sindiket yang cuba mengambil kesempatan di atas keprihatinan rakyat Malaysia khususnya Sabah.
ASEAN 2025 | 14 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Tiga bekas AJK JMB pangsapuri didakwa pecah amanah
Tiga bekas Ahli Jawatankuasa (AJK) badan pengurusan bersama (JMB) sebuah pangsapuri kos rendah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan pecah amanah.

Aznan Abdul Aziz dilantik Timbalan Gabenor berkuat kuasa 1 April, 2025 - BNM
Menteri Kewangan telah meluluskan pelantikan Aznan Abdul Aziz sebagai Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) bagi tempoh tiga tahun berkuat kuasa 1 April, 2025.
Kerajaan Indonesia akan bangunkan 200 sekolah asrama percuma
Kerajaan Indonesia mengumumkan rancangan membina 200 sekolah asrama di seluruh negara bagi menyediakan pendidikan percuma kepada pelajar dari keluarga berpendapatan rendah.
Malaysia gesa kerjasama lebih erat antara ASEAN dan India
Malaysia menggesa kerjasama lebih erat antara ASEAN dan India dalam beberapa bidang utama. Ia termasuk keselamatan siber, tadbir urus digital, perdagangan serta pembangunan mampan sejajar keutamaan kepengerusiannya yang berteraskan keterangkuman dan kemampanan.

PM Anwar bidas pengkritik, tekad laksana agenda reformasi negara
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan semula komitmen teguh kerajaan dalam menggerakkan agenda reformasi negara.

Tuduhan berkongsi ideologi dengan Chin Peng adalah fitnah - Lim Kit Siang
Ahli politik veteran DAP Tan Sri Lim Kit Siang memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa tuduhan dia dan pemimpin Parti Komunis Malaya Chin Peng berkongsi ideologi yang sama, adalah fitnah.

Lim Kit Siang ucap terima kasih kepada TYT Pulau Pinang
Lim Kit Siang menzahirkan penghargaannya kepada Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang atas penganugerahan Darjah Utama Pangkuan Negeri.

1MDB: Mahkamah Persekutuan tolak permohonan Apandi dalam kes saman Kit Siang
Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Apandi untuk mendapatkan kebenaran meneruskan rayuannya terhadap penolakan Mahkamah Rayuan berkenaan tuntutan RM10 juta yang difailkannya terhadap Kit Siang.

Mahkamah tetapkan 14 Mei untuk dengar rayuan Apandi Ali dalam kes saman fitnah
Peguam Mohamad Apandi, M. Visvanathan ketika dihubungi mengesahkan tarikh pendengaran kes itu.

Kit Siang akui mustahil bukan Melayu jadi Perdana Menteri
Bekas MP Iskandar Puteri itu berkata, perkara tersebut tak mungkin terjadi biarpun tiada larangan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Polis selesai rekod keterangan Kit Siang
Polis telah merekod keterangan veteran DAP, Tan Sri Lim Kit Siang pada Rabu, berhubung kenyataannya berkaitan kemungkinan orang bukan Melayu dilantik sebagai Perdana Menteri.

Polis rakam keterangan Lim Kit Siang Rabu ini
Ia susulan penulisan di laman blog beliau yang menyentuh isu Perlembagaan berhubung pelantikan Perdana Menteri Malaysia.

Apandi fail kebenaran merayu berhubung keputusan mahkamah tolak saman terhadap Kit Siang
Mohamed Apandi telah memfailkan permohonan untuk mendapatkan kebenaran bagi meneruskan rayuannya di Mahkamah Persekutuan.

Polis sahkan terima dua laporan terhadap Siti Mastura
Polis mengesahkan menerima dua laporan terhadap Ahli Parlimen Kepala Batas Siti Mastura Muhammad.