MENGESAN tahap gula dalam darah tanpa jari dicucuk ialah teknologi yang dibangunkan oleh Apple dan Samsung dengan harapan ia boleh digunakan pada jam tangan pintar.
Teknologi ini dipercayai semakin hampir menjadi realiti tetapi memerlukan sensor baharu dibangunkan.
Sekumpulan saintis dari National Institute of Standards and Technology (NIST) di Amerika Syarikat telah berjaya mengesan tahap glukosa dan PH dengan menggunakan magnetometer telefon pintar biasa.
Setiap telefon pintar dilengkapi magnetometer yang digunakan oleh aplikasi kompas. Penyelidik mendapati magnetometer ini cukup sensitif untuk mengesan perubahan kecil pada medan magnet.
Oleh itu mereka menghasilkan alat sukatan yang terdiri daripada dua lapisan hidrogel yang mengandungi partikel magnetik.
Hidrogel ini akan memberikan reaksi apabila mengesan kehadiran glukosa dan perubahan pada tahap PC cecair yang diletakkan ke atasnya.
Perubahan partikel magnetik ini kemudiannya dikesan oleh magnetometer yang telah ditentu ukur untuk memberikan bacaan glukosa dan PH dengan ketepatan yang tinggi.
Penyelidik melihat alat ukuran rekaan mereka ini boleh digunakan untuk menyukat tahap glukosa dalam tubuh menggunakan air liur oleh pesakit diabetes.
Ia juga boleh digunakan untuk menyukat tahap asid dalam air bagi tujuan mengesan pencemaran.
Alat ukuran ciptaan mereka ini masih lagi di peringkat ujian dan belum bersedia untuk ditawarkan kepada orang ramai.
Ia walau bagaimanapun membuka peluang pengesanan gula dalam darah tanpa jari dicucuk dan juga alat sukatan pencemaran yang lebih murah berbanding mesin sedia ada.
Penyelidik turut mendapati apabila mengesan tahap PH cecair, alat mereka mempunyai ketepatan yang sama seperti mesin yang berharga ribuan dolar. -Amanz
Amanz
Thu Apr 04 2024
Penyelidik mendapati magnetometer ini cukup sensitif untuk mengesan perubahan kecil pada medan magnet. -Amanz
Bekas gabenor New York, anak tiri diserang empat individu
Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka serta badan dan dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.
Tentera AS lancar serangan di bandar Yaman
AS menyerang 15 sasaran Houthi di kawasan yang dikawal oleh kumpulan yang disokong Iran itu.
Korea Selatan pindahkan 97 rakyatnya dari Lubnan
Kementerian Luar Korea Selatan maklumkan, kesemua mereka tiba di Korea Selatan pada petang Sabtu.
Pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula 23 September lalu.
[LAPOR LANGSUNG] Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Laporan Al Jazeera menyebut, jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
AWANI Pagi: Pendayaupayaan Pembangunan Sosio Ekonomi Bagi Memacu Wilayah Persekutuan
Ikuti temu bual bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa di #AWANIPagi jam 7.30 pagi di saluran 501 Astro AWANI.
Pentagon, Jabatan Negara AS beri amaran jenayah perang Israel
Pegawai-pegawai tersebut telah memberi amaran peningkatan jumlah kematian di Gaza mungkin melanggar undang-undang antarabangsa.
200,000 pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula pada 23 Sept.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan memberikan keutamaan dengan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memantapkan lagi prasarana kesalinghubungan melibatkan isu Internet, dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt ini.
[KOLUMNIS] Kembalikan kegemilangan permainan rakyat di rumah
Permainan rakyat dilihat mampu melahirkan anak-anak yang positif dari segi perkembangan emosi, rohani, dan intelek.
NACSA sedia hadapi ancaman siber lebih kerap tahun depan
Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) bersedia menghadapi sebarang ancaman siber yang dijangka berlaku secara lebih kerap pada tahun depan.
Apple dilapor akan beralih sepenuhnya ke skrin OLED untuk semua iPhone bermula 2025
Penggunaan panel OLED dilihat akan menawarkan paparan warna yang lebih cantik, selain sesuai untuk paparan video berdefinisi tinggi.
Guna aplikasi penjejak pantau pergerakan ahli keluarga - KPN
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyarankan agar orang ramai menggunakan aplikasi penjejak dalam telefon bimbit masing-masing untuk memantau pergerakan ahli keluarga dan kanak-kanak.
LKIM sasar 32,000 pemilik bot daftar MyIsytihar tahun depan
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) menyasarkan kesemua pemilik bot nelayan seluruh negara mendaftar dalam aplikasi MyIsytihar LKIM menjelang akhir 2025.
X tampil ciri baharu, papar komen ikut susunan kepentingan
Tiga pilihan yang diberikan ialah komen paling relevan, komen paling baharu, dan komen yang paling banyak menerima Like.
Apple dan Samsung terus dominasi senarai telefon pintar paling laris pada Q2 2024
Apple dilihat mengekalkan bilangan tempat dalam senarai dengan empat model iPhone yang tersenarai.
Olimpik Paris 2024: Atlet Korea Utara belum terima telefon pintar
Syarikat elektronik Korea Selatan itu menyediakan sebanyak 10,500 unit telefon pintar kepada setiap peserta untuk dibawa pulang.
Apple dijangka perkenal dua peranti dengan skrin boleh lipat seawal 2026
Walaupun tidak dinyatakan, mungkin kita boleh melihat iPhone boleh katup selain iPhone boleh lipat yang dibuka menjadi iPad.
Telefon HMD bertemakan Barbie dilancar 28 Ogos
HMD kini mendedahkan tarikh pelancaran rasmi telefon bertemakan Barbie dijadualkan berlangsung pada 28 Ogos depan.