Malaysia Aviation Group Bhd (MAGB) kini bekerjasama dengan Khazanah Nasional Bhd untuk menggubal semula strategi serta menilai semua pilihan strategik untuk memulihkan prestasi syarikat penerbangan Malaysia Airlines Bhd (MAB).
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata MAGB sedang melaksanakan usaha bersepadu untuk mengurangkan kerugian melalui peningkatan pendapatan dan inisiatif rasionalisasi kos, manakala MAB kini giat meneroka pelbagai peluang strategik serta rangkaian kerjasama yang mampu membawa kebaikan kepada syarikat penerbangan tersebut.
BACA: Pemulihan MAB: Nama Malaysia kekal, kakitangan tidak terjejas - Tun M
"Kerajaan juga terbuka dan mengalu-alukan sebarang cadangan daripada mana-mana pihak bagi menyelamatkan Malaysia Airlines, termasuk pembelian oleh sektor swasta," katanya pada sesi pertanyaan lisan sidang Dewan Rakyat, di sini hari ini.
Perdana Menteri di minta oleh Datuk Seri Mustapa Mohamed (PH-Jeli) untuk menyatakan langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan bagi memulihkan prestasi MAB serta sejauh manakah keberkesanannya sehingga ke hari ini.
Mengenai kerjasama antara MAB dan Japan Airlines (JAL), Tun Mahathir berkata satu memorandum persefahaman (MoU) ditandatangani pada 27 Mei 2019 merangkumi kerjasama antara Malaysia dan Jepun dalam perkhidmatan penumpang MAB dan JAL, serta laluan domestik seterusnya yang akan menghubungkan perkhidmatan antarabangsa.
"Di samping itu, kedua-dua syarikat penerbangan ini juga akan bekerjasama dalam skop yang lebih luas, seperti berkongsi amalan terbaik, meneroka kerjasama dalam bidang lain seperti perkhidmatan kargo dan sama-sama membangunkan sektor pelancongan di pasaran Malaysia dan Jepun," katanya.
Kerjasama ini dijangka bermula pada 2020, namun tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa berkaitan di Malaysia dan Jepun.
Melalui kerjasama ini, Perdana Menteri berkata Malaysia bakal mendapat pelbagai manfaat ekonomi, termasuk memperkukuh hubungan perdagangan dengan Jepun, potensi untuk meningkatkan sektor perdagangan dan pelancongan serta mempromosi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sebagai hab perjalanan udara.
"Selain itu, penumpang juga akan mendapat lebih banyak pilihan, perhubungan yang lebih baik dan secara keseluruhannya perkhidmatan pelanggan yang lebih baik," katanya.
Sementara itu, menjawab soalan Mustapa mengenai langkah-langkah yang boleh diambil oleh kerajaan dalam menyelesaikan masalah dalam MAB, Tun Mahathir berkata sudah terdapat banyak usaha yang dilakukan oleh kerajaan untuk memulihkan prestasi MAB, namun menemui kegagalan.
"Pengurusan-pengurusannya (MAB) telah ditukar berkali-kali, masing-masing berjanji mereka dapat memulihkan semula syarikat penerbangan ini, tetapi malangnya semua tidak dapat mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh MAB.
"Disebabkan itu, hari ini kita berhadapan dengan kemungkinan (syarikat) penerbangan ini dihentikan sama sekali, supaya kita dapat menjimatkan wang yang banyak (yang telah dilaburkan) untuk pemulihannya," katanya.
Kerajaan juga katanya sanggup mendengar pendapat lain mengenai kaedah untuk memulihkan semula MAB, termasuk cadangan pengambilalihan MAB, sama ada menerusi pembelian mutlak atau kerjasama dengan syarikat-syarikat penerbangan lain.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 10 2019

MAGB kini bekerjasama dengan Khazanah Nasional untuk menggubal semula strategi serta menilai semua pilihan strategik untuk memulihkan prestasi syarikat penerbangan Malaysia Airlines Bhd (MAB).
Sumbangan PMX: lelaki perlu implan tempurung kepala terima sumbangan PM
Seorang lelaki yang tular menjual daging salai bagi mengumpul dana untuk membiayai kos pembedahan memasang implan tempurung kepala, mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyalurkan sumbangan RM15,000 kepadanya.

Perak FC hajat sekat JDT di SSI minggu depan
Bagaimanapun, Yusri berkata, ia bukan tugas mudah lebih-lebih lagi JDT baru sahaja mengecap kejayaan mara ke pusingan 16 ACLE.
Wajib dapatkan permit langkah tepat jamin keselamatan ruang udara negara
Tindakan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) yang mewajibkan semua pengendali dron di negara ini untuk mendapatkan permit sebelum menerbangkan dron mereka merupakan tindakan tepat dalam memastikan keselamatan ruang udara negara terjamin.
MAVCOM: Syarikat penerbangan perlu bayar balik pelanggan jika lewat lebih 5 jam
Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) sekali lagi menegaskan bahawa penumpang syarikat penerbangan mempunyai pilihan untuk mendapatkan kembali bayaran tiket mereka sekiranya penerbangan mereka terlewat lebih lima jam.
Pendigitalan kesihatan: KKM cadang perluas EMR ke 16 hospital, 300 klinik kesihatan tahun ini
Kementerian Kesihatan (KKM) sedang memperluaskan sistem Rekod Perubatan Elektronik (EMR) ke 16 hospital dan 300 klinik kesihatan tahun ini.

Jangan terburu-buru jual tanah di Tanjung Embang - Menteri Sarawak
Harga tanah berhampiran lokasi itu berpotensi melonjak daripada 20 hingga 30 peratus.
Dewan rakyat: isu TVET, projek tembatan banjir, kewangan KWSP tumpuan hari ini
Langkah kerajaan untuk menarik minat golongan muda terhadap Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), projek tebatan banjir dan isu berkaitan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), menjadi antara tumpuan perbincangan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
Singapura tangguh hukuman mati warga Malaysia, Pannir Selvam
Mahkamah Singapura pada Rabu membenarkan hukuman mati terhadap banduan warga Malaysia, Pannir Selvam Pranthaman ditangguhkan, hanya beberapa jam sebelum hukuman itu dijadualkan dilaksanakan. #AWANInews
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

PETRA komited teroka kaedah kurang pelepasan karbon dalam penghasilan elektrik
Kementerian Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air (PETRA) komited memastikan negara terus meneroka kaedah untuk mengurangkan pelepasan karbon dalam penghasilan elektrik.

Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan
Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) yang akan dilaksanakan oleh PLUS adalah atas usaha persendirian syarikat konsesi itu.

SOSMA: Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara, hak asasi individu - Saifuddin
Penambahbaikan terhadap SOSMA adalah bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi individu selain memastikan ia berkesan dalam menangani aktiviti jenayah serius.

Malaysia dijangka berdepan cabaran pembangunan pusat data AI dengan sekatan terkini AS - Liew
Malaysia dijangka berdepan cabaran dalam pembangunan pusat data kecerdasan buatan (AI) dengan sekatan yang dikenakan oleh Amerika Syarikat.

3,316 graduan dilantik pegawai perubatan siswazah di 49 HLS seluruh negara
Kejayaan itu dicapai hasil pelaksanaan pelantikan PPS enam kali setahun dengan sela dua bulan.

KKDW pertimbang guna kaedah IBS bina rumah PPRS
Tahun ini RM464.45 juta diperuntukkan untuk membina 2,703 PPRS baharu dan 10,281 bagi membaik pulih.

Isu PPRS, stadium E-sukan dan MLFF antara dibincang Dewan Rakyat hari ini
Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah ditanya sama ada bercadang untuk menambah baik syarat permohonan PPRS, supaya dapat memberi manfaat kepada golongan kurang berkemampuan.

Perpaduan kaum tumpuan akhir perbahasan Titah Agong
Isu perpaduan kaum menjadi antara topik tumpuan Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang pada hari terakhir sesi perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat, pada Selasa.

KPKT cadang khidmat masyarakat sehingga 12 jam kesalahan buang sampah - Nga
KPKT bercadang untuk melaksanakan perintah khidmat masyarakat sehingga 12 jam bagi kesalahan pembuangan sampah kecil melalui pindaan undang-undang.

Tiada peruntukan, Syed Saddiq akui terpaksa jadi model baju raya
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengakui terpaksa menjadi model baju raya sebuah jenama fesyen disebabkan keengganan kerajaan memberikan peruntukan.