SEREMBAN: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) memaklumkan pihaknya telah mempermudahkan prosedur permohonan bagi mempercepatkan pembayaran subsidi kepada penternak ayam.
Menterinya Datuk Seri Ronald Kiandee berkata prosedur permohonan dan semakan yang dilaksanakan di tiga peringkat sebelum ini dikurangkan kepada satu peringkat sahaja iaitu di peringkat negeri dan kelulusan bayaran di peringkat ibu pejabat.
"Sebelum ini permohonan perlu tiga tahap iaitu daerah, negeri dan ibu pejabat. Bayaran subsidi yang diluluskan pula akan dikreditkan ke dalam akaun penternak yang berjaya dalam masa tiga hari sahaja.
MAFI komited untuk memastikan pemberian subsidi ini dilaksanakan dengan kadar segera dengan mematuhi syarat ditetapkan supaya dapat memberi manfaat kepada para penternak," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Beliau berkata penternak diminta untuk mengemukakan borang permohonan dan dokumen sokongan seperti invois jualan, pesanan penghantaran pembelian anak ayam dan salinan perjanjian kontrak antara "integrator" atau penternak kontrak bagi menuntut subsidi dalam tempoh yang ditetapkan.
Pada 28 Feb lepas, MAFI dilaporkan membuka permohonan subsidi untuk penternak ayam pedaging dan ayam penelur hingga 6 Jun depan, melibatkan pengeluaran ayam daging dan telur yang dihasilkan bermula 5 Feb hingga 5 Jun depan.
Ronald berkata kadar pemberian subsidi setakat ini adalah RM0.60/kg bagi ayam pedaging dan RM0.05/biji bagi telur semua kategori melibatkan penternak persendirian, penternak "integrator/semi-integrator" dan penternak kontrak melibatkan RM528.52 juta yang memanfaatkan 2,255 individu.
Kata Ronald kerajaan mengambil maklum walaupun pemberian subsidi telah mula dinikmati oleh penternak namun kos pengeluaran terus meningkat yang mana harga jagung bijian meningkat 13.41 peratus pada April lepas manakala harga makanan berasaskan kacang soya meningkat 10.57 peratus berbanding Mac lepas.
"Ini menyebabkan kos pengeluaran ayam di ladang meningkat sebanyak 10.77 peratus iaitu dari RM6.50/kg kepada RM7.20/kg," katanya.
Justeru beliau berkata tindakan proaktif akan terus dilaksanakan untuk memastikan kelangsungan industri penternakan ayam walaupun negara sedang berdepan dengan peningkatan kos input pengeluaran berterusan yang merupakan fenomena global.
Beliau berkata MAFI juga sedang mengkaji keperluan untuk melanjutkan tempoh kelulusan kuota import ayam dengan mengambil kira penilaian keperluan bekalan negara yang mana kerajaan sebelum ini membenarkan pengimportan ayam sehingga 10,000 tan metrik sebulan termasuk dari Thailand dan China.
Katanya, pada masa ini syarikat telah diberi kelulusan kuota untuk tempoh dari Disember 2021 hingga bulan ini dan akan dihentikan sebaik sahaja bekalan ayam bulat dalam negara mencukupi.
"MAFI akan terus menumpukan usaha meningkatkan jaminan bekalan makanan negara melalui pelbagai usaha sama strategik terutama dengan kolaborasi bersama kementerian dalam memastikan industri ini kekal mampan dan sekuriti makanan negara terus terjamin," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 10 2022
MAFI memaklumkan pihaknya telah mempermudahkan prosedur permohonan bagi mempercepatkan pembayaran subsidi kepada penternak ayam. - Gambar hiasan
Macron gesa penghantaran senjata ke Israel dihentikan
Presiden Perancis Emmanuel Macron menggesa agar penghantaran senjata ke Israel dihentikan berikutan operasi ketenteraannya di Gaza yang lebih setahun telah membunuh hampir 42,000 orang dan mencederakan kira-kira 97,000 yang lain.
Suspek bunuh bapa sempat beli pisau lipat sebelum ditemui rebah
Lelaki OKU mental yang didakwa membunuh bapanya di rumah mereka di Kampung Senaling Kuala Pilah sempat membeli pisau lipat di sebuah kedai sebelum tiba-tiba rebah.
Dua PPS baharu dibuka di Daerah Hulu Perak
Dua lagi Pusat Pemindahan Sementara (PPS) menempatkan mangsa banjir dibuka pada Ahad bagi menempatkan mangsa banjir Daerah Hulu Perak.
[TERKINI] PM tegur kelompok elit taksub Bahasa Inggeris
PM tegur segelintir kelompok elit yang taksub dengan Bahasa Inggeris sehingga meremehkan penggunaan Bahasa Melayu, bahasa kebangsaan negara.
Larian Antarabangsa: Polis tahan 3 lelaki disyaki berkelakuan tak senonoh, lucah
Polis menahan tiga lelaki disyaki berkelakuan tidak senonoh dan lucah ketika program Larian Antarabangsa Pan Asia 2024 di Kota Tinggi, pada Sabtu.
Elak penganjuran program cetus polemik, gugat Islam - Mohd Na'im
Sebarang acara atau program yang boleh mencetuskan polemik dan menggugat kedaulatan agama Islam perlu dielakkan sama sekali.
Sabah akan dapat tempat utama dalam Belanjawan 2025 - Rafizi
Sabah dijangka akan terus mendapat tempat paling utama menerusi peruntukan dalam Belanjawan 2025 yang dijadual akan dibentang pada 18 Oktober ini.
Belanjawan 2025: Pembangunan infrastruktur, pelepasan cukai bantu tingkat keselamatan siber
Pembangunan infrastruktur keselamatan siber serta insentif pelepasan cukai berkaitan antara aspek yang diharapkan menjadi tumpuan kerajaan pada Belanjawan 2025.
PM Anwar tegur kelompok elit taksub Bahasa Inggeris, fobia bahasa kebangsaan
Perdana Menteri menegur segelintir kelompok elit yang taksub dengan Bahasa Inggeris sehingga meremehkan penggunaan Bahasa Melayu, bahasa kebangsaan negara.
Elak penganjuran program cetus polemik, gugat Islam - Mohd Na'im
Sebarang acara atau program yang boleh mencetuskan polemik dan menggugat kedaulatan agama Islam perlu dielakkan sama sekali.
Kerajaan salur RM170.81 juta geran menerusi program Agropreneur Muda sejak Januari 2016
Kerajaan Persekutuan menyalurkan geran berjumlah RM170.81 juta kepada seramai 8,366 penerima di bawah program Agropreneur Muda di seluruh negara sejak Januari 2016 hingga November tahun ini.
Banjir: Bilik Gerakan MAFI di seluruh negara diaktifkan
MAFI juga sentiasa siap siaga untuk menyalurkan bantuan sejurus maklumat berkaitan diperoleh di lapangan.
MAFI sasar produktiviti, pengeluaran kelapa meningkat 50 peratus
Johor merupakan negeri yang mempunyai hasil pengeluaran tertinggi sebanyak 106,723.2 tan metrik.
Cocotech 2022: Malaysia tuan rumah persidangan industri kelapa dunia
Ia berlangsung selama lima hari sehingga 11 November ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
Banjir: FAMA sediakan lebih 60,000 kit makanan untuk Nadma
MAFI menerusi FAMA akan membekalkan 62,500 kit makanan kepada Nadma untuk diedarkan kepada mangsa terlibat bencana khususnya banjir di seluruh negara.
Jualan terus dari ladang catat RM16.17 juta
Jumlah itu membabitkan kuantiti jualan sebanyak 3,105 tan metrik barangan keperluan seperti ikan, ayam, sayur-sayuran dan buah-buahan.
MARDI lancar lima produk inovasi seiring memperkasa sekuriti makanan
MARDI melancarkan lima produk inovasi terbaru yang akan memberi manfaat kepada masyarakat ketika dunia diancam masalah sekuriti makanan.
MAFI salur RM1.4 juta lengkapi rantaian industri walet
Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) melalui Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) telah melengkapkan rantaian nilai industri walet dengan memperuntukkan sebanyak RM1.4 juta.
Subsidi ayam, telur diteruskan hingga Disember 2022
Kerajaan bersetuju untuk meneruskan pemberian subsidi kepada penternak ayam dan pengeluar telur ayam dari bulan ini hingga Disember ini.
Kerajaan pertimbang beri kebenaran eksport ayam semula
Kerajaan akan mempertimbangkan untuk memberi semula kebenaran mengeksport ayam ke luar negara, berikutan bekalan dalam pasaran negara kembali stabil selain pengeluarannya melebihi permintaan.