KUALA LUMPUR: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) hari ini menafikan laporan sebuah portal berita yang mendakwa rantaian bekalan ayam tempatan berada dalam keadaan tidak terkawal.
MAFI dalam kenyataan hari ini memaklumkan laporan itu tidak disokong fakta tepat serta boleh menimbulkan persepsi negatif terhadap usaha kerajaan dalam mengatasi isu kekurangan bekalan ayam di pasaran tempatan dan mengawal kenaikan harga jualan runcit ayam pada masa kini.
MAFI menegaskan kerajaan kini giat melaksanakan pelbagai usaha dan inisiatif bagi memastikan industri ternakan ayam kekal berdaya saing dan menjamin sekuriti bekalan makanan negara demi kebajikan rakyat.
Menurut kenyataan itu, antara usaha kerajaan ialah Inisiatif Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia bagi daging ayam dan telur dan ia tidak menjadi punca kepada pihak ladang untuk mengurangkan pengeluaran ayam dan telur.
Menurut MAFI, berikutan peningkatan mendadak penggunaan daging ayam dan telur terutama dalam sektor komersial selepas penamatan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kerajaan juga telah memberi kebenaran untuk mengimport ayam bulat dengan memberi kelulusan kepada 36 syarikat termasuk pasar raya.
"Keputusan ini bagi memastikan keperluan negara mencukupi dan mencapai kestabilan dan ia hanya boleh dilaksanakan sehingga Mei 2022," menurut kenyataan itu di sini.
Menurut kementerian itu, permohonan untuk mendapatkan permit import (AP) boleh dibuat oleh mana-mana syarikat dan akan diberi kelulusan jika memenuhi syarat-syarat ditetapkan, tanpa sebarang bayaran.
Selain itu, MAFI berkata kerajaan turut menawarkan skim pembiayaan mudah dengan kadar faedah yang rendah kepada penggiat industri ternakan ayam dan pemberian subsidi kepada penternak ayam bagi mengurangkan impak kenaikan kos input pengeluaran seperti makanan ternakan.
"Kerajaan sentiasa cakna terhadap permasalahan yang dihadapi oleh pemain industri pertanian khususnya sektor ternakan bagi menjamin sekuriti makanan negara," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 10 2022
![MAFI nafi rantaian bekalan ayam tempatan tidak terkawal MAFI nafi rantaian bekalan ayam tempatan tidak terkawal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/41646657619_AyamHargaAyamMa.jpg)
MAFI menegaskan kerajaan kini giat melaksanakan pelbagai usaha dan inisiatif bagi memastikan industri ternakan ayam kekal berdaya saing dan menjamin sekuriti bekalan makanan negara demi kebajikan rakyat. - Gambar fail/BERNAMA
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
![Kerajaan salur RM170.81 juta geran menerusi program Agropreneur Muda sejak Januari 2016 Kerajaan salur RM170.81 juta geran menerusi program Agropreneur Muda sejak Januari 2016](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/71617528856_DatukSeriAhmadHam.jpg)
Kerajaan salur RM170.81 juta geran menerusi program Agropreneur Muda sejak Januari 2016
Kerajaan Persekutuan menyalurkan geran berjumlah RM170.81 juta kepada seramai 8,366 penerima di bawah program Agropreneur Muda di seluruh negara sejak Januari 2016 hingga November tahun ini.
![Banjir: Bilik Gerakan MAFI di seluruh negara diaktifkan Banjir: Bilik Gerakan MAFI di seluruh negara diaktifkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/61668335991_Percikanhujanlebat.jpg)
Banjir: Bilik Gerakan MAFI di seluruh negara diaktifkan
MAFI juga sentiasa siap siaga untuk menyalurkan bantuan sejurus maklumat berkaitan diperoleh di lapangan.
![MAFI sasar produktiviti, pengeluaran kelapa meningkat 50 peratus MAFI sasar produktiviti, pengeluaran kelapa meningkat 50 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/41668159521_kelapanyokcoconut.jpg)
MAFI sasar produktiviti, pengeluaran kelapa meningkat 50 peratus
Johor merupakan negeri yang mempunyai hasil pengeluaran tertinggi sebanyak 106,723.2 tan metrik.
![Cocotech 2022: Malaysia tuan rumah persidangan industri kelapa dunia Cocotech 2022: Malaysia tuan rumah persidangan industri kelapa dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/51667817759_MAFI.jpg)
Cocotech 2022: Malaysia tuan rumah persidangan industri kelapa dunia
Ia berlangsung selama lima hari sehingga 11 November ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
![Banjir: FAMA sediakan lebih 60,000 kit makanan untuk Nadma Banjir: FAMA sediakan lebih 60,000 kit makanan untuk Nadma](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/71667292694_PPSLangkawi.jpg)
Banjir: FAMA sediakan lebih 60,000 kit makanan untuk Nadma
MAFI menerusi FAMA akan membekalkan 62,500 kit makanan kepada Nadma untuk diedarkan kepada mangsa terlibat bencana khususnya banjir di seluruh negara.
![Jualan terus dari ladang catat RM16.17 juta Jualan terus dari ladang catat RM16.17 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/61666479906_MAFI.jpg)
Jualan terus dari ladang catat RM16.17 juta
Jumlah itu membabitkan kuantiti jualan sebanyak 3,105 tan metrik barangan keperluan seperti ikan, ayam, sayur-sayuran dan buah-buahan.
![MARDI lancar lima produk inovasi seiring memperkasa sekuriti makanan MARDI lancar lima produk inovasi seiring memperkasa sekuriti makanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/51666107490_Mardi.jpg)
MARDI lancar lima produk inovasi seiring memperkasa sekuriti makanan
MARDI melancarkan lima produk inovasi terbaru yang akan memberi manfaat kepada masyarakat ketika dunia diancam masalah sekuriti makanan.
![MAFI salur RM1.4 juta lengkapi rantaian industri walet MAFI salur RM1.4 juta lengkapi rantaian industri walet](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/61665925630_MAFI.jpg)
MAFI salur RM1.4 juta lengkapi rantaian industri walet
Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) melalui Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) telah melengkapkan rantaian nilai industri walet dengan memperuntukkan sebanyak RM1.4 juta.
![Subsidi ayam, telur diteruskan hingga Disember 2022 Subsidi ayam, telur diteruskan hingga Disember 2022](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/81665304649_TBayamraya.jpg)
Subsidi ayam, telur diteruskan hingga Disember 2022
Kerajaan bersetuju untuk meneruskan pemberian subsidi kepada penternak ayam dan pengeluar telur ayam dari bulan ini hingga Disember ini.
![Kerajaan pertimbang beri kebenaran eksport ayam semula Kerajaan pertimbang beri kebenaran eksport ayam semula](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/41664634310_TBAYAM.jpg)
Kerajaan pertimbang beri kebenaran eksport ayam semula
Kerajaan akan mempertimbangkan untuk memberi semula kebenaran mengeksport ayam ke luar negara, berikutan bekalan dalam pasaran negara kembali stabil selain pengeluarannya melebihi permintaan.