Ketua Audit Negara, Tan Sri Madinah Mohamad mempertahankan dakwaannya bahawa terdapat pengubahan kepada laporan audit akhir 1MDB yang dibentangkan pada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), pada Mac 2016.
Beliau berkata segala bukti dan dokumen telah diserahkan kepada PAC sewaktu memberi keterangan hampir tiga jam kepada jawatankuasa itu di bangunan Parlimen, pada Rabu.
“I have given explanation to PAC, and it is up to the PAC Chairman to inform. Kita dah serahkan (dokumen dan bukti) kepada PAC dan ada baiknya Pengerusi PAC yang beri makluman kepada media,” katanya kepada pemberita.
Pada Rabu, sebuah akhbar berbahasa Inggeris tempatan memetik sumber sebagai berkata, bekas Ketua Pengarah Audit Tan Sri Ambrin Buang sewaktu prosiding PAC pada Selasa, memberitahu bahawa tiada pengubahan pada laporan akhir 1MDB itu.
Berdasarkan kenyataan sumber itu, Ambrin memberitahu PAC bahawa apa yang didedahkan Madinah sebelum ini hanya pengubahan pada laporan draf, bukan laporan akhir.
Mengulas mengenai keterangan Ambrin itu, Madinah berkata, beliau tidak boleh memberi apa-apa komen, tetapi yang penting segala dokumen dan bukti telah diserahkan kepada PAC untuk pertimbangan lanjut.
BACA: Saya bukan Ketua Pesuruhjaya SPRM sewaktu pindaan laporan 1MDB dibuat - Dzulkifli
Sementara itu, pengerusi PAC Datuk Seri Dr Ronald Kiandee memberitahu pemberita, jawatankuasa berpuas hati dengan keterangan saksi utama setakat ini.
“Perjalanan prosiding memuaskan PAC dan banyak keterangan telah kita perolehi. Tentu sekali isu ialah sama ada laporan audit 1MDB diubah atau tidak, tampered or not. Kita mendapat banyak keterangan dari Madinah dan pegawai-pegawai lain.
“I cannot share the evidences submitted, tapi tentu sekali Madinah memberi kenyataan tentang press conference yang dibuat, dan keterangan beliau yang selari dengan dakwaan itu,” katanya lagi.
BACA: Jabatan Audit Negara diarah gugur fakta Jho Low hadir mesyuarat 1MDB
BACA: PAC panggil Ambrin Buang, Madinah isu dakwaan 'ubah' laporan 1MDB
Saksi utama seterusnya, menurut Ahli Parlimen Beluran itu, ialah bekas Pengarah Sektor Audit Kerajaan, Saadatul Nafisah, tetapi akan ada nama-nama lain yang telah disenaraipendek untuk dipanggil.
Ronald berkata, Khamis merupakan hari terakhir prosiding untuk tahun ini, dan ia akan disambung pada Januari tahun hadapan.
Firdaus Azil
Wed Dec 05 2018

Madinah (gambar) berkata segala bukti dan dokumen telah diserahkan kepada PAC sewaktu memberi keterangan hampir tiga jam kepada jawatankuasa itu di bangunan Parlimen, hari ini. - Foto Astro AWANI
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 20 Februari 2025.

Saksi pembelaan gagal dikesan, perbicaraan kes 1MDB Najib ditangguh
Perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dakwaan penyelewengan RM2.3 bilion daripada 1MDB hari ini ditangguh kerana saksi gagal dikesan.

1MDB: Azam Baki arah teruskan siasatan sehingga dapat bukti kukuh - Saksi
Menurut saksi, Azam mengarahkannya untuk terus menyiasat kes RM2.6 bilion melibatkan Najib, walaupun selepas bertemu dengan individu yang didakwa sebagai "penderma" dari Arab Saudi di Istana Riyadh.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 10 Februari 2025.

1MDB: Saya tak dengar perbualan bantuan dana antara Najib dan Raja Arab Saudi - Saksi
Bekas Duta Malaysia ke Arab Saudi hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau tidak mendengar perbualan berkaitan bantuan dana yang dibincangkan Najib dan Raja Arab Saudi.

Himpunan lebih besar akan digerakkan - Bersih
Kerajaan MADANI digesa bertindak bagi melaksanakan janji reformasi terutamanya tiga tuntutan yang diminta.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 24 Januari 2025.

Kes 1MDB: Najib akui pengalamannya dalam korporat minimum, sebelum sertai politik
Najib memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa pengalamannya dalam tadbir urus korporat adalah minimum, sebelum beliau memulakan kerjaya politiknya.

Panggilan kepada Putera Mahkota UAE untuk dokumenkan pinjaman Riza Aziz - Najib
Najib berkata panggilan telefon itu bertujuan untuk mendokumenkan pinjaman yang diperoleh anak tirinya Riza Aziz daripada Aabar Investments PJS.

Mahkamah Rayuan tetapkan 2 Julai untuk dengar rayuan Najib saman Tommy Thomas
Mahkamah Rayuan menetapkan 2 Julai ini untuk mendengar rayuan Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mengembalikan semula saman RM1.9 juta terhadap bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas.