Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) telah bersiap sedia untuk melaksanakan pembenihan awan dan hanya menunggu keadaan awan yang sesuai untuk berbuat demikian bagi menangani masalah cuaca panas dan kering yang melanda Kedah sejak November lepas.
Pengerusi MADA Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata lembaga itu yang bertanggungjawab menguruskan pertanian di negeri ini sebenarnya telah bersedia sejak November lalu namun keadaan awan sehingga kini masih tidak mengizinkan untuk berbuat demikian.
"Kita menunggu sebenarnya, kita tengok hari ini pun langit biru, memang cantik mata memandang, tetapi langit biru ini tak boleh buat pembenihan. Maksudnya, kita kena tunggu awan mencukupi baru proses pembenihan itu akan dilakukan.
"Kita dalam keadaan bersedia sebenarnya, kalau nampak awan yang jenis boleh dibenih, kita akan terus buat...hari itu bulan 11 kita dah sedia pun tetapi sebab cuaca yang ada itu memang tak kondusif, tak sesuai untuk pembenihan," katanya pada sidang media selepas berjumpa wakil badan bukan kerajaan (NGO) Masyarakat Cina di Wisma Darul Aman di sini pada Rabu.
Dalam pada itu, Mukhriz yang juga Menteri Besar Kedah berkata paras air di semua empangan di negeri ini menunjukkan pengurangan susulan keadaan cuaca panas ketika ini.
"Dah ada (penduduk) kawasan sekitar Kedah ini yang mengadu bekalan air dah berkurangan. Jadi saya juga minta supaya kawasan yang ada air berjimatlah, jangan guna terlampau banyak air," katanya.
Sementara itu, Mukhriz berkata beliau telah mendapat perkenan Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah hari ini untuk mengarahkan semua masjid di negeri ini mengadakan Solat Sunat Istisqa pada Jumaat ini bagi memohon doa diturunkan hujan.
"Kita doakan agar kita akan menerima hujan yang akan bantu meningkatkan bekalan air," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 15 2020
MUKHRIZ: Kita dalam keadaan bersedia sebenarnya, kalau nampak awan yang jenis boleh dibenih, kita akan terus buat. - Gambar fail
LRT Laluan Mutiara merangkumi 21 stesen, libat jajaran 29.5 km - Loke
Projek Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara merangkumi 21 stesen di lokasi-lokasi yang strategik, termasuk satu stesen provisional di Pulau Reklamasi Selatan Pulau Pinang.
AWANI Ringkas: Bantu negara jadi hebat- PM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pendatang warga Bangladesh ditahan di sempadan Malaysia-Thailand
Lelaki itu ditahan setelah dilihat berada dalam keadaan mencurigakan di tebing Sungai Golok.
Kejayaan bersejarah rangkul Piala Dunia seperti mimpi - Natasha
Atlet berusia 28 tahun itu sangat gembira kerana kerja keras selama bertahun-tahun akhirnya berhasil.
Limpahan air Sungai Johor memburukkan situasi
Air Sungai Johor di tengah Kota Tinggi berpotensi melimpah, sekiranya hujan berterusan dan air pasang besar terjadi dalam waktu sama.
Penternak digesa kawal haiwan ternakan, elak bahayakan pengguna jalan raya
Penternak digesa mengawal haiwan ternakan daripada berkeliaran di kawasan jalan raya berikutan laporan kematian yang tinggi akibat kemalangan membabitkan binatang peliharaan atau ternakan.
Pegawai tertinggi syarikat penyiaran direman, disyaki terlibat pengubahan wang haram
Seorang pegawai pengurusan tertinggi sebuah syarikat penyiaran tempatan dan seorang wanita ditahan reman di Kuching kerana disyaki terbabit dalam kes pengubahan wang haram.
Terbuka Australia: Kehadiran Jannik Sinner, motivasi terbaik buat Carlos Alcaraz
Pemenang empat kali trofi Grand Slam tenis perseorangan lelaki, Carlos Alcaraz menyifatkan persaingan dengan Jannik Sinner yang kini berada di ranking pertama dunia sebagi satu motivasi buatnya.
Lagi nahas pesawat, 10 maut di Colombia
Sekurang-kurangnya 10 orang maut selepas sebuah pesawat kecil terhempas di barat laut Colombia, menurut pihak berkuasa pada Jumaat, lapor Xinhua.
DBKL arah henti serta merta, tiada lesen, ganggu lalu lintas
Penganjuran Karnival Havoc Food Festival di tempat letak kereta Sama Square di Setapak, Kuala Lumpur sejak Khamis lalu dan dijadual berakhir esok, diarah dihentikan bermula hari ini.
MADA siap sedia lakukan pembenihan awan
Pengerusi MADA Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata lembaga itu yang bertanggungjawab menguruskan pertanian di negeri ini sebenarnya telah bersedia sejak November lalu
UMNO akan lebih berhati-hati isu dibangkit negara luar
UMNO akan lebih berhati-hati dalam meneliti setiap isu yang dibangkitkan khususnya dari negara-negara luar yang mempunyai rekod suka campur tangan dalam hal ehwal negara lain.