Polis menahan 52 warga China yang dipercayai terlibat dalam sindiket penipuan 'Macau Scam' di enam buah kondominium mewah sekitar ibu negara, sejak Khamis.
Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Law Hong Soon berkata kesemua yang ditahan itu terdiri daripada 26 lelaki dan 26 perempuan berumur 18 hingga 52 tahun.
"Hasil risikan dan siasatan polis selama dua bulan, kita menerima sebanyak 15 aduan tentang sindiket penipuan itu daripada orang awam," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di sini malam tadi.
Beliau berkata dalam 'Ops Pelican' bermula 6 petang semalam hingga 5 pagi Jumaat, polis menyerbu enam buah kondominium mewah sekitar ibu kota.
"Mereka menggunakan premis kondominium mewah dengan kawalan keselamatan yang ketat bertujuan mengaburi kegiatan mereka daripada dihidu oleh pihak berkuasa," katanya.
Law berkata pekerja atau operator anggota sindiket itu dikurung sepanjang masa dan tidak dibenarkan keluar dari kediaman yang dijadikan tempat operasi mereka itu.
"Setiap ahli sindiket dibayar gaji RM2,000 untuk melakukan kegiatan itu dan mereka mempunyai tukang masak sendiri dari China yang menguruskan segala keperluan harian mereka bagi mengelak operator ini berhubung dengan pihak luar," katanya.
Beliau berkata modus operandi yang digunakan ialah mereka akan menghubungi mangsa dan memberitahu mangsa memenangi cabutan bertuah bernilai jutaan ringgit daripada syarikat luar negara.
"Ahli sindiket akan memberi nombor telefon untuk dihubungi bagi memudahkan mangsa menuntut hadiah yang ditawarkan...sebelum hadiah diberikan, ahli sindiket akan meminta mangsa membayar cukai dan insuran ke dalam akaun banknya," kata Law.
Beliau berkata selepas wang dimasukkan ke dalam akaun tersebut, suspek gagal dihubungi dan mangsa tidak memperoleh wang hadiah yang dikatakan dimenangi mereka.
Seterusnya, mangsa juga akan menerima panggilan telefon dari seseorang yang mengaku sebagai pegawai bank tempatan dan mendakwa akaun kad kredit mangsa mempunyai bayaran tertunggak, katanya.
"Mangsa kemudian diminta menghubungi seseorang yang kononnya pegawai dari Bank Negara Malaysia untuk mengelak nama mangsa disenarai hitamkan atau akaun dibekukan...akhirnya mangsa akan mengikuti arahan suspek dengan membuat pemindahan wang ke akaun bank tertentu melalui e-banking atau mesin deposit tunai," katanya.
Beliau berkata hasil siasatan polis mendapati, kesemua 52 yang ditahan itu memasuki negara ini menggunakan visa sebagai pelawat dan diperdaya oleh sindiket yang menawarkan pekerjaan baik di negara ini, dengan menjadikan mereka sebagai operator mengendalikan Macau Scam itu.
Polis turut merampas 101 peralatan komputer, komputer riba (66 buah), telefon bimbit (55), beg mengandungi risalah nombor telefon (10), wang tunai RM14,955 dan wang tunai Yuan 28,695.
"Ini merupakan ops Macau Scam terbesar dibuat polis untuk tahun ini melibatkan jumlah rampasan keseluruhan dianggarkan bernilai RM200,000. Selain itu, polis akan memburu dalang yang menjalankan kegiatan ini," katanya.
Bernama
Sat Apr 18 2015
LAW: dalam 'Ops Pelican' bermula 6 petang semalam hingga 5 pagi Jumaat, polis menyerbu enam buah kondominium mewah sekitar ibu kota. - Gambar Fail
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Macau Scam: 52 warga China ditahan
Polis menahan 52 warga China yang dipercayai terlibat dalam sindiket penipuan 'Macau Scam' di enam buah kondominium mewah sekitar ibu negara, sejak Khamis.