Penumpang Malaysia Airlines Berhad (MAB) dikehendaki menyimpan rokok elektronik atau vape dalam bagasi bawaan mereka.
"Ini berdasarkan cadangan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) bagi semua syarikat penerbangan memastikan rokok elektronik (juga dikenali sebagai vaporizer peribadi atau nikotin elektronik) dibawa penumpang secara eksklusif dalam kabin pesawat dan bukannya dalam bagasi daftar masuk.
"Bagaimanapun, penggunaan rokok elektronik tidak dibenarkan sama sekali dalam kabin," kata MAB dalam kenyataannya di sini.
Menurut kenyataan itu, membawa rokok elektronik dalam kabin penumpang dapat memastikan sesuatu kemalangan itu, jika berlaku, dapat dikesan dan ditangani dengan segera.
MAB berkata ia akan terus mengkaji dan menanda aras dasar keselamatannya dengan amalan terbaik antarabangsa.
BACA: Cecair rokok elektronik berbahaya - Pakar
BACA: Bateri rokok elektronik terbakar: Malindo Air kaji prosedur keselamatan
Ahad lepas, bateri rokok elektronik di dalam beg yang diriba seorang penumpang, dilaporkan terbakar secara tiba-tiba selepas pesawat (Malindo Air) berlepas dari Lapangan Terbang Kota Kinabalu dan menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2) kira-kira 6.45 petang.
Penumpang itu dilaporkan mengalami kecederaan di paha dan tangan kirinya.
Semalam, Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan dalaman mengenai insiden itu yang berlaku dalam penerbangan OD1003 Malindo Air itu.
Polis turut memaklumkan hasil siasatan tiada unsur jenayah dalam insiden itu.
Shuhami Zabri
Wed Oct 28 2015
Ahad lepas, bateri rokok elektronik di dalam beg yang diriba seorang penumpang, dilaporkan terbakar secara tiba-tiba. - Gambar Hiasan
AZAL umum penangguhan penerbangan ke tujuh bandar di Rusia
Azerbaijan Airlines (AZAL) mengumumkan akan menangguhkan penerbangan ke tujuh bandar di Rusia.
3 maut, 4 parah dalam kemalangan bas di utara Norway
Tiga maut manakala empat lagi cedera parah selepas sebuah bas terbabas dari lebuh raya lalu terjunam ke tasik di utara Norway pada Khamis.
[TERKINI] Hospital terakhir di utara Gaza diserbu, dibakar
Hospital Kamal Adwan merupakan satu-satunya fasiliti kesihatan terakhir tinggal di utara Gaza.
AB Rauf sahkan ada rombakan kabinet negeri
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengesahkan kerajaan negeri akan melaksanakan rombakan portfolio exco dalam tempoh terdekat.
Penyedia diminta segera mohon lesen operasi di Malaysia
Penyedia platform media sosial diminta segera mendaftar lesen perkhidmatan masing-masing menjelang penguatkuasaan Lesen Kelas Pemberi Perkhidmatan Aplikasi pada 1 Jan 2025.
Beri insentif kepada operator kenderaan berat adaptasi teknologi keselamatan – Penyelidik MIROS
Pegawai Penyelidik, Unit Kenderaan Dagangan (CVU), Pusat Keselamatan Kenderaan dan Biomekanik (VSB), Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Ts. Ahmad Saife Salleh berkata operator kenderaan berat dalam negara wajar diberikan insentif untuk menggalakkan adaptasi teknologi keselamatan bagi mengurangkan risiko kemalangan.
JPJ tingkat penguatkuasaan secara digital, kaji penggunaan AI
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan meningkatkan usaha penguatkuasaan secara digital dan mengkaji penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi mengesan pesalah trafik dengan lebih efektif.
Kes demam denggi meningkat, dua kematian direkodkan
Jumlah kes demam denggi meningkat kepada 1,407 kes pada Minggu Epidemiologi ke-51 (ME51), iaitu bagi tempoh 15 hingga 21 Dis lepas berbanding 1,384 kes yang dilaporkan pada minggu sebelumnya.
Tumpuan Sabtu – 28 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Petra belum dirujuk, tiada keputusan mengenai kenaikan tarif elektrik
Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, ini kerana PETRA belum dirujuk serta dimaklumkan oleh TNB berkaitan perkara tersebut.
FAA larang penerbangan ke Haiti selepas 2 pesawat AS terkena tembakan
Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) telah melarang penerbangan ke dan dari Haiti selama sekurang-kurangnya 30 hari selepas pesawat JetBlue Airways dan Spirit Airlines terkena tembakan.
SpaceX akan jalankan ujian kelima roket Starship
Jendela pelancaran selama 30 minit akan dibuka pada 7 pagi (1200 GMT), selepas Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat (FAA) memberikan kelulusan pada Sabtu.
2,600 pesawat Boeing 737 hadapi pemeriksaan FAA berhubung isu topeng oksigen
FAA mengarahkan pemeriksaan topeng oksigen penumpang pada kira-kira 2,600 pesawat Boeing kerana masalah dengan bahan pelekat yang boleh menyebabkan topeng itu beralih daripada kedudukan asal.
Perkhidmatan Boeing 737 MAX 9 digantung hingga notis lanjut - FAA
Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) menggantung perkhidmatan Boeing 737-9 MAX sehingga pemeriksaan dan penyelenggaraan menyeluruh dijalankan dan data hasil pemeriksaan disemak.
Kereta terbang pertama di dunia diluluskan, pre-order dibuka dengan harga RM1.4 juta
Kenderaan tersebut menerima Pensijilan Kelayakan Udara Khas daripada Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) untuk Model A.
Penarafan keselamatan udara Malaysia dikembalikan kepada kategori 1
Penarafan keselamatan udara Kategori 1 bermakna pihak berkuasa penerbangan awam Malaysia mematuhi piawaian keselamatan ICAO.
4 maut, pesawat bertembung di utara Las Vegas
FAA dan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) sedang menyiasat nahas itu.
Syarikat penerbangan AS beri amaran ancaman gangguan daripada rangkaian 5G
Ia boleh meningkatkan gangguan perjalanan udara dan menyebabkan penumpang udara menanggung kos kelewatan sebanyak AS$1.6 bilion setiap tahun.
Boeing masih ada banyak perkara yang perlu dilakukan berkaitan 737 Max - FAA
FAA telah menetapkan beberapa tanggungjawab kepada Boeing untuk pensijilan dan memberitahu jawatankuasa itu mereka menuntut lebih ketelusan.
Boeing 737 Max dibenar terbang semula selepas dua tahun digantung operasi
Pesawat berkenaan melalui proses penilaian selama 20 bulan dan juruterbang akan diberikan latihan semula.