TUARAN: Kerajaan Sabah berharap segala kehendak dan tuntutan negeri itu yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), diambil kira dalam pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) bagi meminda beberapa peruntukan Perlembagaan Persekutuan selaras MA63 pada sidang Parlimen dijadual bermula esok.
Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor berkata kerajaan Sabah, telah memberi pandangan berhubung isu kedudukan dan tuntutan hak-hak Sabah selaras MA63 dalam Mesyuarat Khas diadakan pada 18 Okt lepas, justeru beliau berharap ia dapat direalisasikan.
"Kita mengadakan Mesyuarat Khas MA63 dipengerusikan Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) minggu lepas dan beberapa cadangan pindaan dalam Perlembagaan negara kita akan dibuat. Saya dimaklumkan ia akan dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
"Kita telah memberi pandangan (pada Mesyuarat Khas MA63) bagi pihak kerajaan Sabah dan begitu juga kerajaan Sarawak. Jadi, harapan kita seperti mana yang dikehendaki dan dituntut oleh Sabah dan Sarawak akan dipinda dalam sidang Parlimen yang akan bermula esok," katanya pemberita di sini, hari ini.
Hajiji berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Wan Junaidi yang memaklumkan bahawa, kerajaan akan meneruskan rancangannya untuk membentangkan RUU bagi meminda beberapa peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan, selaras dengan MA63 di Parlimen, Selasa depan.
Semalam, Wan Junaidi dalam kenyataan tersebut bagaimanapun berkata bacaan kali kedua RUU itu akan dijadualkan semula ke tarikh lain daripada rancangan awal pada 28 Okt, bagi membolehkan Peguam Negara (AG) menjelaskan lebih lanjut cadangan pindaan kepada anggota Kabinet, mengenai perkara itu.
Terdahulu, Hajiji merasmikan Karnival Kerjaya 'Urban Poor' peringkat negeri anjuran Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Sabah, yang menawarkan lebih 1,000 kekosongan jawatan dengan 15 majikan mengambil bahagian dalam program temuduga sempena karnival itu.
Mengenai program itu, Hajiji berkata inisitiaf itu dapat membantu golongan rentan bandar dan B40 menerusi penyediaan peluang pekerjaan dan penempatan kerja, termasuk kepada belia lepasan sekolah, graduan mahupun pekerja yang kehilangan pekerjaan.
Dalam pada itu, beliau berkata kerjasama antara kerajaan Sabah dan Perkeso Sabah juga berjaya membantu 4,864 orang memperoleh pekerjaan dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini, sekali gus berupaya membantu mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan rakyat.
"Ini satu langkah amat baik dalam proses negara memulihkan dan merancakkan kembali ekonomi negara," katanya, sambil menambah Perkeso Sabah telah menganjurkan 307 aktiviti temuduga dengan kerjasama pelbagai industri dan majikan dalam tempoh pandemik COVID-19.
Sejajar dengan pelan pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya, Perkeso Sabah juga menjalin kolaborasi strategik bersama kerajaan negeri bagi membantu menstabilkan dan menguruskan hal berkaitan pasaran buruh menerusi aktiviti perkhidmatan pekerjaan dilaksanakan secara berterusan, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 24 2021
Datuk Hajiji Noor berkata kerajaan Sabah, telah memberi pandangan berhubung isu kedudukan dan tuntutan hak-hak Sabah selaras MA63 dalam Mesyuarat Khas diadakan pada 18 Okt lepas, justeru beliau berharap ia dapat direalisasikan. - Gambar fail
VOP akan diselesaikan dalam tempoh sebulan - Ahmad
Pelaksanaan Syarat Perubahan Harga (VOP) susulan penyasaran subsidi diesel dijangka diselesaikan dalam tempoh sebulan lagi, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan.
Industri minyak sawit disaran guna semula sisa untuk bahan api penerbangan mampan - Liew
Industri minyak sawit perlu mengkaji penggunaan semula sisa sebagai stok suapan penting untuk bahan api penerbangan mampan (SAF), di luar penggunaan tradisional minyak sawit.
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Dakwaan dadah dijual seperti pisang goreng di Sabah keterlaluan - Polis
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun menyifatkan dakwaan dadah dijual seperti 'pisang goreng' di Sabah sebagai satu kenyataan yang keterlaluan.
15 SST projek Lebuhraya Pan Borneo Fasa 1B dikeluarkan suku ketiga 2024
Sebanyak 15 Surat Setuju Terima (SST) kepada kontraktor bagi projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah Fasa 1B dijangka dikeluarkan pada suku ketiga tahun ini, Dewan Undangan Negeri (DUN) diberitahu hari ini.
Kerajaan Sabah warta Hari Sabah pada 31 Ogos
Kerajaan Sabah mewartakan pengisytiharan Hari Sabah pada 31 Ogos.
Penari cilik Sabah bersinar di Tarian Piala Dunia, bawa pulang 3 pingat emas
Pelajar dari empat sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Mutiara, SK St. Agnes, SK Sri Gaya, dan SK Bundu berjaya membawa pulang dua perak dan dua pingat gangsa di Tarian Piala Dunia (DWC) di Prague
Projek bekalan air luar bandar Sabah, Sarawak tidak capai objektif - LKAN
Gangguan bekalan air di Sarawak dan Sabah yang tidak ditangani dengan baik menyebabkan penduduk luar bandar di dua negeri tersebut, masih tidak dapat menikmati bekalan air bersih dan terawat.
Bank Rakyat tawar moratorium sehingga 6 bulan kepada mangsa banjir di Sabah
Kemudahan ini ditawarkan bagi mengurangkan beban dan kesulitan yang dihadapi pelanggan sekali gus berharap dapat memberi kelegaan kepada mereka yang terjejas.
Miskin tegar: Kerajaan beri tumpuan kepada Sabah, Kelantan, Sarawak dan Kedah
Empat negeri didapati mempunyai peratusan kemiskinan tegar lebih tinggi daripada nasional iaitu Sabah, Kelantan, Sarawak dan Kedah.
Banjir: 10 sekolah di Sabah ditutup hari ini
Lebih 5,000 murid dan 307 guru terjejas, melibatkan enam sekolah di Penampang, dua di Tuaran, masing-masing satu di Papar dan Sipitang.
Program Sabah-Malaysia Rumah Keduaku terima permohonan mulai esok
Kabinet Negeri Sabah meluluskan program Sabah-Malaysia Rumah Keduaku (Sabah-MM2H) dan bersedia menerima permohonan daripada peserta mulai esok, 1 Julai.
SST 15 pakej kerja Lebuhraya Pan Borneo Sabah Fasa 1B dijangka dikeluarkan suku ketiga 2024 - Alexander
Sebanyak 15 daripada 19 pakej kerja bagi projek Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Sabah Fasa 1B kini dalam proses penilaian akhir tender terbuka, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.