KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan antara Ahli Parlimen yang menyatakan sokongan terhadap Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2021 berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
Ketika sesi perbahasan rang undang-undang berkenaan, Anwar berkata, hal berkaitan MA63 merupakan antara perkara utama dalam Memorandum Persefahaman (MoU) antara Pakatan Harapan (PH) dan kerajaan.
"Syarat diteruskan MoU adalah kelulusan pindaan Perlembagaan Persekutuan MA63, saya ucap terima kasih kepada Perdana Menteri dan Menteri (Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang)) kerana usaha beliau mengadakan sesi libat urus mengambil kira beberapa pandangan," katanya.
Anwar (PH-Port Dickson) turut memberi pengiktirafan terhadap sumbangan pemimpin Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak terdahulu yang mengasaskan Malaysia termasuk Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Tun Abdul Razak Hussein, Tun V.T. Sambanthan, Tun Datu Mustapha Datu Harun dan Tun Temenggung Jugah.
"Elok kita bagi penghargaan kepada pengasas negara Malaysia kerana saya tidak mahu generasi kini lupa bahawa penubuhan Malaysia adalah dengan usaha gigih pemimpin Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.
"Kita tidak boleh melupakan bahawa kerana beberapa kelemahan semua pihak menyebabkan perjanjian ini yang telah termeterai 58 tahun lalu hanya dimaknai dan diterjemah dalam pelaksanaannya sekarang," katanya.
BACA: Pinda Perlembagaan Persekutuan: Bentuk asas kukuh Keluarga Malaysia
Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar membentangkan rang undang-undang itu bagi bacaan kali kedua bertujuan mengukuhkan kedudukan Sabah dan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia.
Datuk Seri Dr Geoffrey Katingan (Star-Keningau), Chong Chieng Jen (PH-Stampin) dan Datuk Seri Rohani Abdul Karim (GPS-Batang Lupar) turut menyuarakan sokongan terhadap rang undang-undang berkenaan.
Rohani berkata, semangat dalam memastikan hak dan keistimewaan Sarawak dan Sabah dalam konteks MA63 diharap dapat dihormati dan difahami seluruh rakyat Malaysia.
"Saya bersama pimpinan GPS akan terus memperjuangkan hak-hak Sarawak yang termaktub dalam MA63 kerana ia adalah asas utama dalam penubuhan Malaysia," katanya. - BERNAMA
Bernama
Tue Dec 14 2021
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan antara Ahli Parlimen yang menyatakan sokongan terhadap Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2021 berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
Siasatan dana awam babit pempengaruh suami isteri, SPRM beku 20 akaun lebih RM740,000
SPRM membekukan kira-kira 20 akaun bank dengan nilai lebih RM740,000 susulan siasatan penyelewengan dana derma awam melibatkan pasangan pempengaruh bersama dua lagi individu.
Biskut beracun: Pekebun dipanggil beri keterangan, bantu siasatan - Polis
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan berkata pihaknya akan memanggil warga emas yang berusia 70 tahun itu untuk siasatan lanjut.
Stoking kalimah Allah: Pengasas KK Supermart, isteri, tiga pengarah bebas
Mahkamah Sesyen melepaskan dan membebaskan Pengasas Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, daripada semua pertuduhan melukakan perasaan dalam isu penjualan stoking tertera kalimah Allah.
Tarif elektrik antara terendah di Asia Tenggara tarik pelabur asing ke Malaysia
Kadar tarif elektrik yang kompetitif dan antara terendah di Asia Tenggara antara tarikan buat pelabur asing masuk ke Malaysia.
Tiada perancangan kembalikan Program Tanam Semula Sawit secara geran
Berdasarkan kemampuan kewangan semasa, kerajaan tiada perancangan untuk menguatkuasakan semula Program Tanam Semula Sawit secara geran buat masa ini.
Kerajaan akan segerakan cadangan Akta Saraan Hakim Syarie - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi komitmen bahawa kerajaan akan menyegerakan cadangan pelaksanaan Akta Saraan Hakim Syarie bagi memartabatkan status hakim Mahkamah Syariah di n
AWANI Ringkas: Ahli Parlimen Pendang digantung tiga hari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bursa Malaysia dan PRIBUMI lancar indeks zakat pertama dunia
Bursa Malaysia Bhd dan Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia (PRIBUMI) telah melancarkan PRIBUMI Bursa Malaysia Zakat Index (PBMZI) hari ini.
Ibu tunggal terima 20 jahitan, rumah dihempap pokok kekabu
Seorang ibu tunggal menerima 20 jahitan pada bahagian kepala dan telinga selepas rumahnya dihempap pokok kekabu akibat ribut di Kampung Bedal Hilir di sini pada Ahad.
Kerana kelapa, dua lelaki dipenjara 2 minggu
Dua lelaki dipenjara 14 hari oleh Mahkamah Majistret Teluk Intan pada Isnin atas pertuduhan gagal memberi penjelasan berhubung pemilikan 40 biji kelapa, minggu lalu.
Kerajaan akan segerakan cadangan Akta Saraan Hakim Syarie - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi komitmen bahawa kerajaan akan menyegerakan cadangan pelaksanaan Akta Saraan Hakim Syarie bagi memartabatkan status hakim Mahkamah Syariah di n
Pindaan Akta 355: Harus lebih menyeluruh, perlu rujuk pandangan pakar antarabangsa - PM Anwar
Anwar berkata pindaan Akta 355 perlu lalui penelitian yang penuh7 dan harus juga merujuk pandangan pakar perundangan Islam antarabangsa.
PM Anwar kecam cubaan bunuh Trump, serangan berterusan Israel di Gaza
Beliau berharap keadaan terkawal dan menegaskan keganasan bukanlah jawapannya, walaupun ada yang menentang tokoh politik berkenaan.
SejaTi Madani: PM umum peruntukan RM31.7 juta untuk 317 tanah rancangan Felda
Perdana Menteri mahu semua pihak terlibat, termasuk jawatankuasa penduduk, jawatankuasa masjid, persatuan belia dan juga wanita.
Penyasaran subsidi diesel: Anwar umum peruntukan tambahan RM100 juta kepada FELDA
Langkah itu diambil bagi memastikan pendapatan peneroka Felda tidak terkesan dengan penyasaran tersebut.
NUTP sokong guru lemah, cuai dikecualikan kenaikan pangkat secara "time-based"
NUTP menyokong langkah kerajaan mengecualikan guru yang lemah, cuai dan melanggar disiplin daripada mendapat kenaikan pangkat secara "time-based".
SSPA diumum dalam masa terdekat, antara terbaik pernah dilaksana - PM
Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang bakal diumum dalam masa terdekat adalah antara yang terbaik pernah dilaksanakan oleh kerajaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Guru cuai, langgar disiplin harus dikecualikan kenaikan pangkat secara 'time based' - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata guru yang cuai, langgar disiplin dan prestasi lemah harus dikecualikan daripada kemudahan kenaikan pangkat secara "time-based".
Selain guru, tugas didik pelajar adalah tanggungjawab bersama - PM Anwar
Tugas mendidik seseorang pelajar merupakan tanggungjawab bersama dan tidak seharusnya disandarkan sepenuhnya kepada guru, kata Perdana Menteri.
Belanjawan 2025 dibentang 18 Okt ini - Fahmi
Belanjawan 2025, yang merupakan belanjawan ketiga di bawah Kerajaan Perpaduan, akan dibentang pada 18 Okt ini di Dewan Rakyat.