Malaysia sedang memantau perkembangan kes membabitkan dua rakyat negara ini yang ditahan di Lubnan bulan lepas kerana disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas Al-Qaeda.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata kerajaan mengikuti proses perbicaraan yang berjalan di Lubnan itu bagi mengenal pasti pembabitan dua lelaki berkenaan dalam sel pengganas sama ada di rantau ini atau di Timur Tengah.
"Kita dah pantau pergerakan mereka ini sejak setahun lalu, bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di negara jiran.
"Namun dari segi militansinya dan kaitan mereka dengan sel-sel pengganas di Timur Tengah, biarlah kita lihat perkembangannya melalui proses perbicaraan," katanya pada sidang media selepas Program Berkhatan beramai-ramai Umno Bahagian Batu di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas perkembangan kes dua lelaki tersebut yang ditahan di Beirut Hamra, Lubnan pada 26 Okt lepas kerana disyaki merancang melakukan serangan ganas di negara berkenaan.
Kedua-dua lelaki itu dilapor diserah kepada Tribunal Ketenteraan untuk siasatan dan tindakan lanjut.
Mengulas lanjut, Hishammuddin berkata kerajaan perlu memastikan pembabitan dua lelaki tersebut dengan sel pengganas bagi mengelak negara ini turut terkena tempias keganasan oleh kumpulan yang marah dengan perkembangan terkini di Palestin.
Ditanya mengapa tidak ada tindakan lebih awal diambil terhadap kedua-dua lelaki tersebut, Hishammuddin berkata: "Kerana mereka tidak melakukan apa-apa yang mendatangkan risiko kepada negara kita. Siasatan kita tidak menunjukkan mereka merancang untuk melakukan sesuatu di Malaysia.
"Jika kita ambil tindakan tanpa bukti yang sahih, orang awam akan kata kami salah guna kuasa."
Astro Awani
Mon Nov 19 2012
Malaysia mampu jadi peneraju pengeluar telur tanpa sangkar
Malaysia berpotensi besar menjadi peneraju kepada industri pertanian berasaskan pengeluaran telur daripada ternakan ayam tanpa sangkar atau cage free egg di Asia Tenggara.
Usia bukan penghalang, Dr Jane Goodall komited jalankan tanggungjawab
Walaupun sudah mencecah 90 tahun, beliau yang masih mempunyai kudrat membuat kajian khususnya berkaitan haiwan chimpanzi menyifatkan ia adalah sebuah anugerah yang luar biasa.
Astro AWANI terima anugerah Masterclass in News Broadcasting and Journalism
Astro AWANI Network Sdn Bhd menerima pengiktirafan berprestij pada Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Malaysia (MEBA) 2024 edisi kelapan, pada Sabtu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 23 November 2024.
Tumpuan Ahad – 24 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Air pancut purba Kestros di Turkiye berfungsi kembali selepas 1,800 tahun
Pemulihan air pancut Kestros bermula dua tahun lepas sebagai sebahagian daripada usaha untuk menghidupkan kembali keindahannya.
Trump pilih Scott Bessent sebagai setiausaha perbendaharaan
Trump menyifatkan Bessent sebagai seorang individu yang telah lama menjadi penyokong kuat America First Agenda
Indonesia tegaskan sokongan berikutan waran tangkap ICC
Kementerian Luar Indonesia menyatakan pengeluaran waran tangkap ICC terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Yoav Gallant merupakan langkah penting menuju keadilan.
BJP menang negeri terkaya, pembangkang kekal di kawasan kaya mineral
Parti Bharatiya Janata (BJP) pimpinan Perdana Menteri India Narendra Modi dan sekutunya mencatat kemenangan besar di Maharashtra, negeri terkaya di negara ini, manakala blok pembangkang menunjukkan prestasi cemerlang di Jharkhand, wilayah yang kaya mineral.
11 terbunuh, puluhan cedera di Beirut akibat serangan udara Israel
Sekurang-kurangnya 11 individu terbunuh manakalan puluhan lagi cedera dalam serangan udara Israel yang menyasarkan kawasan kejiran Basta di tengah Beirur, pada awal Sabtu.
Hari ke 10 Ops Daulat
Hari ke 10 Ops Daulat sepi silu tanpa pertempuran. Namun demikian, operasi menjejak saki-baki penceroboh Sulu di Sabah masih diteruskan. Berukit adalah turutan peristiwa di Lahad Datu hari ini.
Kementerian Dalam Negeri dan Pertahanan berkerjasama dalam isu Lahad Datu
Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Pertahanan sedang bekerjasama rapat dalam usaha menyelesaikan pertelingkahan di Lahad Datu.
M'sia pantau dua rakyat yang didakwa terlibat dengan pengganas di Timur Tengah
Malaysia sedang memantau perkembangan kes membabitkan dua rakyat negara ini yang ditahan di Lubnan bulan lepas kerana disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas Al-Qaeda.