Malaysia buat pertama kali akan menyambut Hari Lelaki Sedunia pada 19 Nov ini, demikian diumumkan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim.
Beliau berkata beberapa pihak telah mencadangkan supaya hari istimewa itu disambut di negara ini bagi menghargai jasa dan pengorbanan kaum lelaki sama seperti sambutan Hari Wanita yang diadakan selama ini.
Selain itu, kementerian turut bersetuju dengan cadangan untuk menubuhkan rumah perlindungan lelaki terutama bagi golongan suami yang berdepan dengan krisis rumah tangga, katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas pelancaran serentak Program Kembara@KPWKM dan Kembara Kebajikan 1Malaysia di Kompleks Sukan Lundu di sini, hari ini.
Mengenai Program Akhiri Zaman Miskin (1Azam), Rohani berkata program itu telah berjaya mengeluarkan sejumlah 170,000 orang daripada belenggu kemiskinan menerusi program sosio-ekonomi yang dilaksanakan.
“Tujuh puluh peratus daripada jumlah itu adalah wanita,” katanya, dan menambah mereka terbabit masih terus dibantu untuk mengembangkan perniagaan mereka.
Rohani turut menyatakan bahawa sejumlah 500,000 rakyat negara ini yang kurang berkemampuan menerima bantuan kebajikan masyarakat membabitkan perbelanjaan RM1.5 bilion setahun.
Katanya, jumlah RM1.5 bilion itu adalah sumbangan daripada kerajaan pusat sementara beberapa negeri turut memberi sumbangan berasingan.
Beliau berkata kadar bantuan sedia ada akan dikaji dari masa ke semasa, dan menambah sebanyak RM50 sebulan telah ditambah untuk elaun orang korang upaya (OKU) membabitkan perbelanjaan tambahan sebanyak RM66 juta setahun.
Mengenai Program Kembara Kebajikan 1Malaysia, Rohani berkata jelajah bermula dari Lundu dan singgah di beberapa destinasi di negeri ini, iaitu di Sri Aman, Sibu, Bintulu dan Miri sebelum ke Labuan, Sepanggar dan Beafort di Sabah.
Katanya, kembara akan bersambung dari Kuala Lumpur ke semua negeri di Semenanjung dan akan berakhir di Bagan Datoh, Perak pada 9 April.
"Sepanjang pengembaraan itu nanti pelbagai aktiviti akan diadakan di destinasi-destinasi perhentian termasuk melawat orang OKU, keluarga susah dan pesakit " katanya.
Bernama
Fri Mar 11 2016
Beberapa pihak telah mencadangkan supaya hari istimewa itu disambut di negara ini bagi menghargai jasa dan pengorbanan kaum lelaki sama seperti sambutan Hari Wanita yang diadakan selama ini. - Gambar fail
Bekalan elektrik terputus, 165,000 penduduk Toronto terjejas banjir
Banjir juga menyebabkan beberapa kenderaan di bandar itu terkandas di jalan yang ditenggelami air berhampiran Jambatan Dundas.
Dua warga AS antara yang ditemui maut di hotel Thailand
Menurut polis Thailand, kesemua mangsa adalah berketurunan Vietnam, dengan dua daripadanya membawa pasport AS.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [17 Julai 2024]
[LANGSUNG] Fokus #AWANIpagi 17 Julai 2024 7.30 pagi,
Antara fokus Awani Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Azib Zikry
1. Keluarga Nur Farah Kartini mohon henti keluar kenyataan guris hati
2. Kim Pan-gon akui akan rindui sokongan rakyat Malaysia
3. Astro penyiar rasmi Sukan Olimpik Paris 2024
Antara fokus Awani Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Azib Zikry
1. Keluarga Nur Farah Kartini mohon henti keluar kenyataan guris hati
2. Kim Pan-gon akui akan rindui sokongan rakyat Malaysia
3. Astro penyiar rasmi Sukan Olimpik Paris 2024
Langkah menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah antara tumpuan Dewan Rakyat
Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin meminta Menteri Ekonomi menyatakan langkah tersebut pada sesi jawab lisan.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta pastikan kemampanan sektor air
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air.
[INFOGRAFIK] Tarikh-tarikh penting Istiadat Pertabalan Yang Di-Pertuan Agong ke-17
Berikut adalah info berkenaan dengan tarikh-tarikh penting Istiadat Pertabalan Yang Di-Pertuan Agong ke-17
Menendez didapati bersalah ke atas 16 pertuduhan rasuah
Juri di Mahkamah Persekutuan Manhattan membacakan keputusannya pada Selasa selepas berbincang selama lebih 12 jam selama tiga hari.
Tindakan keras terhadap penjualan racun makhluk perosak haram - CAP
CAP menggesa Lembaga Racun Makhluk Perosak segera mengambil tindakan keras terhadap penjualan racun makhluk perosak haram di negara ini dan menguatkuasakan dengan tegas Akta Racun Perosak 1974.
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab dari segi kemahiran dan keupayaan sosial.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya, seperti mahkamah syariah, pegawai penguatkuasa agama dan peguam syarie.
M'sia buat pertama kali sambut Hari Lelaki Sedunia 19 Nov
Malaysia buat pertama kali akan menyambut Hari Lelaki Sedunia pada 19 Nov ini, demikian diumumkan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim.