KOTA BHARU: Kelantan bakal memiliki lapangan terbang bertaraf antarabangsa apabila projek pembesaran Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) Kota Bharu siap menjelang 2024.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata apabila siap, LTSIP mampu menampung sehingga 4 juta penumpang pada satu-satu masa.
"Apabila sesebuah lapangan terbang menjadi lapangan terbang antarabangsa, ia perlu ada ruang untuk menempatkan pegawai imigresen dan lain-lain.
"Kota Bharu pernah kendali penerbangan antarabangsa dan ia memberi kesan sampingan positif kepada ekonomi di Kelantan," kata Mustapa.
Mustapa berkata demikian selepas meninjau projek pembesaran LTSIP, di sini, petang semalam.
Projek pembesaran LTSIP yang menelan belanja RM440 juta ini merupakan lapangan terbang domestik ketiga yang tersibuk dengan pengendalian lebih 30 penerbangan setiap hari sebelum wabak COVID-19.
Projek berkenaan sepatutnya dimulakan pada 2018, namun tertangguh.
Projek pembesaran LTSIP melibatkan pembesaran terminal bagi meningkatkan keupayaan penumpang, ruang parkir kenderaan sehingga 1,300 buah daripada 300 buah ketika ini dan pembinaan 11 jambatan udara.
Muhafandi Muhamad
Sun Sep 05 2021
Mustapa berkata apabila siap, LTSIP mampu menampung sehingga 4 juta penumpang pada satu-satu masa. -Astro AWANI
UNGA 79: Kenyataan negara di pentas dunia
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan akan menyampaikan Kenyataan Negara sekitar jam 2.15 petang waktu New York sempena Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) kali ke-79
Tiada kemungkinan perang besar, sokongan negara Arab hanya retorik
Malah, keupayaan perisikan Israel yang mampu menyusup masuk ke dalam organisasi sehebat Hizbollah dijangka memberi ketakutan kepada negara Arab lain untuk bertindak secara drastik.
Hezbollah sahkan Hassan Nasrallah terbunuh
Kumpulan Hezbollah Lubnan mengesahkan pada Sabtu bahawa pemimpinnya Hassan Nasrallah terbunuh, melalui pengumuman yang disiarkan di televisyen.
Lapangan Terbang Antarabangsa Miri dinaik taraf - PM
Lapangan Terbang Antarabangsa Miri akan dinaik taraf bagi selari peningkatkan jumlah pengunjung selain menerima pesawat lebih besar.
Kebimbangan konflik Asia Barat bakal berlarutan
Jika benar tentera Israel berjaya membunuh Ketua Hizbullah, Hassan Nasrallah, ia bukan saja satu kehilangan besar tetapi juga memberi ancaman dan kebimbangan bahawa konflik di Asia Barat akan terus berlarutan.
PRK DUN Mahkota: 53.84 peratus keluar mengundi - SPR
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan bahawa peratusan keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota hari ini adalah 53.84.
DAP prihatin peratusan pengundi bukan Melayu rendah
Anthony berkata, mereka mengambil perhatian yang serius terhadap peratusan mengundi yang rendah dari kalangan pengundi bukan Melayu.
Hasil kerjasama satu keluarga BN-PH
Calon Barisan Nasional yang memenangi kerusi DUN Mahkota, Syed Hussien Syed Abdullah menyifatkan kemenangan itu adalah hasil kerjasama satu keluarga gandingan BN dan PH.
Kemenangan bukti sinergi berkesan kerajaan negeri dan pusat - Anwar
Anwar berkata kerjasama baik dengan kerajaan negeri di bawah pimpinan Datuk Onn Hafiz Ghazi berjaya membawa impak dan berkesan.
Tumpuan Ahad – 29 September 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Warga Perancis bergelang merah jambu di LTAB Langkawi negatif COVID-19 - Polis
Saringan pertama ke atas seorang lelaki warga Perancis yang dikesan memakai gelang berwarna merah jambu di Lapangan Terbang Antarabangsa (LTAB) Langkawi, petang tadi, negatif COVID-19.
Majikan gagal pastikan kesihatan pekerja terjaga boleh didenda
Majikan disaran menjalankan penilaian risiko dan menambah baik prosedur kerja bagi mengelak jangkitan virus dalam kalangan pekerja.
PIA bakal miliki terminal tambang rendah - Guan Eng
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, ini juga susulan hasil perbincangan yang positif di antara Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) dan AirAsia.
Malaysia Airlines pindah operasi di Lapangan Terbang Soekarno Hatta mulai 9 April
Penumpang diminta memberikan perhatian terhadap maklumat yang dicetak pada tiket sewaktu hendak berlepas.
Taktik sorok dadah dalam bagasi penumpang gagal di Brazil
Taktik sorok dadah dalam bagasi penumpang menerusi penerbangan menuju ke Eropah berjaya digagalkan pihak berkuasa Brazil.
Pulau Pinang perlukan landasan kedua - Lim
Ketua Menteri Lim Guan Eng hari ini mengulangi bahawa Pulau Pinang memerlukan landasan kedua dan mempunyai cukup tanah untuk membina landasan tambahan.
BN P. Pinang bercanggah tentang pembinaan lapangan terbang di Kedah - Guan Eng
Dua parti komponen Barisan Nasional Pulau Pinang, UMNO dan Gerakan didakwa berterusan mempunyai pandangan yang berbeza.