KUALA LUMPUR: Kedua-dua tren yang terlibat dalam kemalangan pada 24 Mei lalu berjaya dibawa keluar pagi ini, lebih awal daripada tempoh tiga hari yang dijangkakan.
Menurut Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong, ia selepas pasukan 'Team Recovery Rapid Rail' menjalankan kerja tanpa henti sebanyak tiga shif selepas kejadian.
Tren TR40 selamat sampai ke Depoh Subang pada jam 3.45 pagi manakala TR81 pula sampai di trek landasan Gombak jam 4.51 pagi, katanya dalam kenyataan menerusi Facebook.
"Pihak Prasarana akan menumpukan kepada kerja-kerja pembaikan trek dari Stesen Kg Baru ke Stesen KLCC.
"Akan tetapi, Team Recovery terpaksa 'Power Down' (menutup pembekalan kuasa), untuk seluruh 'stretch' yang terlibat iaitu dari Stesen Dang Wangi ke Stesen Damai, melibatkan lima stesen LRT," kata Wee.
Lima buat stesen LRT yang terlibat sepanjang jajaran tersebut adalah Stesen Damai, KLCC, Ampang Park, Kg Baru dan Dang Wangi.
Jelasnya, sebaik sahaja kerja pembaikan berkenaan selesai, pemeriksaan akan dijalankan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) untuk mengesahkan tahap keselamatan penggunaan landasan.
BACA: LRT bertembung: Lima gerabak terlibat nahas berjaya dinaikkan- Prasarana
BACA: Operasi LRT laluan Kelana Jaya dijangka kembali normal lebih awal - Wee
Bagi pengoperasian LRT hari ini, kata Wee, situasi 'bottleneck' dijangkakan kerana ia hanya beroperasi dengan satu landasan iaitu dari Stesen Damai ke Stesen Pasar Seni (melibatkan tujuh stesen).
Keadaan itu akibat 'power down' tersebut dan memandangkan masih terdapat satu landasan yang ditutup selepas kejadian.
Masa yang diambil untuk sesebuah tren melalui 'stretch' berkenaan adalah 16 minit.
Bagi mengurangkan kesan 'bottleneck', katanya, kaedah 'platoon' akan digunakan bagi dua tren memasuki landasan ke arah yang sama.
Wee turut memaklumkan, 58 tren LRT untuk laluan Kelana Jaya akan beroperasi sepenuhnya tanpa pengurangan frekuensi sepertimana diumumkan sebelum ini.
"Saya memberi jaminan bahawa Prasarana akan bertungkus-lumus membaiki landasan pada hari ini agar perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya akan dipulihkan sepenuhnya dalam tempoh terdekat.
"Apabila landasan siap diperbaiki, tiada lagi kesan 'bottleneck' dan perkhidmatan LRT akan beroperasi pada tahap 50 peratus kapasiti.
"Ia seperti yang disyaratkan sepanjang perintah kawalan pergerakan (PKP) 3.0 dengan prosedur operasi standard (SOP) diperketat sehingga 7 Jun 2021, tanpa mengurangkan frekuensinya," tegasnya.
Hafizi Rosli
Thu May 27 2021
Tren TR40 selamat sampai ke Depoh Subang pada jam 3.45 pagi manakala TR81 pula sampai di trek landasan Gombak jam 4.51 pagi. - Facebook Wee Ka Siong
Waktu bekerja: jika lebih lama beri risiko fizikal, mental jururawat
Pelaksanaan waktu bekerja yang lebih panjang boleh memberi risiko ke atas fizikal serta mental jururawat, dan secara tidak langsung akan memberi kesan terhadap perkhidmatan kepada pesakit, kata Majlis Eksekutif Tertinggi Persatuan Jururawat Malaysia (MNA).
Sidang Parlimen: Tiada hasrat benarkan kenderaan asing nikmati subsidi RON95
Kerajaan tidak berhasrat membenarkan kenderaan milik bukan warganegara untuk menikmati kemudahan subsidi bahan api RON95, kata Kementerian Ekonomi.
Sidang Parlimen: Isu pengurusan perumahan, kuarters kerajaan antara tumpuan hari ini
Isu pengurusan rumah pangsa kos rendah dan kuarters penjawat awam antara yang dibincangkan di Dewan Rakyat hari ini.
Serangan Israel di Beirut Tengah ragut 29 nyawa
Sumber keselamatan Lubnan melaporkan bahawa serangan pada 23 November itu menggunakan bom pemusnah 'bunker'.
Mangsa banjir meningkat di lima negeri
Jumlah mangsa banjir di seluruh negara mencatatkan peningkatan kepada 191 orang setakat 6 pagi Selasa, berbanding 183 mangsa semalam.
G7 usaha sepakati isu waran tangkap Netanyahu
Tajani menyatakan bahawa G7 perlu bersatu dalam isu ini untuk menunjukkan pendirian yang kukuh.
Airbus rancang beli balik sehingga 2.12 juta saham
Syarikat aeronautik dan angkasa lepas Eropah, Airbus, mengumumkan "tranche" kedua program pembelian balik sahamnya.
Kes remaja hamil luar nikah, khalwat tunjuk trend penurunan - Timbalan MB Kelantan
Kes hamil luar nikah dalam kalangan remaja berusia 15 hingga 19 tahun di Kelantan telah menunjukkan trend penurunan dari 2021 hingga 2023, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Mohamed Fadzli Hassan.
MOTAC perluas Aspirasi Generasi Pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi
Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.
Salah faham konsep taat antara punca isteri tidak lapor keganasan rumah tangga
Salah faham terhadap konsep taat dikenal pasti antara punca mengapa sebahagian wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Perkhidmatan LRT laluan Kelana Jaya pulih sepenuhnya
Perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya di antara Stesen Wangsa Maju dan Stesen Gombak, kembali beroperasi sepenuhnya pada pukul 3.30 petang hari ini.
Final Piala FA: Operasi stesen LRT dilanjutkan - Rapid Rail
Lanjutan waktu operasi itu susulan Perlawanan Akhir Piala FA yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.
LRT Ampang-Sri Petaling tergendala akibat kebakaran di landasan
Kejadian pada jam 9.58 pagi itu telah menyebabkan perkhidmatan LRT mengalami kelewatan.
Himpunan pembebasan Palestin: Orang ramai digalakkan guna LRT
Rapid KL turut menyarankan penggunaan kad Touch 'n Go untuk perjalanan yang lebih lancar.
Konsert penyanyi legenda India, operasi LRT dilanjut ke 1 pagi
Operasi Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bukit Jalil akan dilanjutkan sehingga pukul 1 pagi berikutan konsert mega, penyanyi dan komposer legenda dari India, AR Rahman akan berlangsung esok.
Kerajaan Pulau Pinang pilih jajaran LRT terbaik
Chow Kon Yeow berkata, kerajaan negeri telah menghantar surat kepada Kementerian Pengangkutan dua minggu lalu untuk mengesahkan persetujuan terhadap jajaran yang dicadangkan.
Tiada keperluan mendesak bina LRT di Langkawi - Mahfuz
Tiada keperluan mendesak untuk membina Transit Aliran Ringan (LRT) di Langkawi dan kerajaan Kedah sepatutnya memberi keutamaan kepada isu rakyat yang lain.
Rapid Rail sasar 200,000 penumpang laluan Ampang/Sri Petaling menjelang akhir 2024
Rapid Rail menyasarkan 200,000 purata pengguna harian Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Ampang/Sri Petaling menjelang penghujung 2024.
Gangguan operasi LRT, Prasarana akan tuntut pampasan RM38 juta
Amaun tuntutan itu, melibatkan kos baik pulih kerosakan struktur di beberapa jejambat LRT dan kos operasi pelan kontingensi melibatkan penyediaan bas perantara.
Pengangkutan awam percuma kepada OKU
Semua pemegang kad Orang Kurang Upaya (OKU) bakal menikmati tambang percuma bagi semua perkhidmatan kenderaan awam kendalian Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) mulai 1 Feb 2024.