SHAH ALAM: Lorong E20 Plaza Tol Kemuning Arah Timur akan ditutup sementara kepada pengguna Lebuh Raya Shah Alam (LSA) bermula Jumaat hingga Isnin ini.

Kesas Sdn Bhd dalam kenyataan hari ini memaklumkan penutupan akan bermula pada 10 malam Jumaat hingga 6 pagi, Isnin.

Menurut kenyataan itu, penutupan dilakukan bagi pelaksanaan kerja membaik pulih permukaan jalan konkrit di lorong itu demi keselamatan dan keselesaan pengguna.

Kesas Sdn Bhd sehubungan itu menasihatkan pengguna berhati-hati ketika memandu dan mematuhi arahan papan tanda yang disediakan di kawasan tersebut.

-- BERNAMA