TANGKAK: Lelaki berketurunan Rohingya yang dikenali sebagai ‘Long Tiger’ dihadapkan ke Mahkamah Majistret Tangkak hari ini atas pertuduhan mengugut dan mengurung bekas pekerjanya, pertengahan bulan lalu.
Tertuduh, Abdul Hamim Ab Hamid, 32 tahun, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus dua pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Wan Nur Fariha Najwa Wan Azaham.
Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan ugutan jenayah iaitu menakutkan Luqman Hakim Othman, 21 tahun, dengan tujuan hendak mendatangkan cedera parah dengan niat menyebabkan kegentaran kepada mangsa.
Bagi kesalahan itu, tertuduh yang memakai baju-T bewarna kelabu itu didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.
Manakala mengikut pertuduhan kedua di bawah Seksyen 342 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum rm2,000 atau kedua-duanya, tertuduh turut didakwa dengan salah telah mengurung mangsa sama.
Kesemua kesalahan itu dilakukan di No 169, Tingkat 1, Jalan Gambir 7 Bandar Baru Bukit Gambir, Tangkak sekitar jam 6 petang hingga 7.05 malam pada 12 Julai lalu.
Terdahulu, pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Syamilah Jalaluddin dan Muhammad Azfar Mahmod tidak mencadangkan sebarang jaminan dengan mengambil kira pembebasan tertuduh dibimbangi boleh menganggu saksi utama pendakwaan selain mengambil kira kepentingan awam.
Tertuduh yang diwakili barisan peguam Datuk Shaharudin Ali, Muhammad Hariz Md Yusof dan Muhammad Noor Azfar Noor Azmi bagaimanapun memohon mahkamah mempertimbangkan jaminan dengan mengambil kira tertuduh merupakan penanggung utama keluarga.
Isteri tertuduh yang kini hamil anak kedua mereka juga sedang menjalani rawatan psikiatri dan sekiranya ditahan ia akan memberi impak besar kepada keluarganya.
Selepas mendengar hujahan kedua pihak, mahkamah kemudian memutuskan untuk tidak membenarkan jaminan dan menetapkan 8 September depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan serahan dokumen.
Sebelum ini, ‘Long Tiger’ pernah mencetuskan beberapa kontroversi sehingga membangkitkan kemarahan netizen termasuk memfitnah pegawai polis melalui sesi siaran langsung di Facebook.
Difahamkan, tertuduh turut akan didakwa di Mahkamah Sesyen Muar pada petang ini atas pertuduhan merogol mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
Shuhada Abdul Kadir
Sun Aug 08 2021

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya. - Astro AWANI
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.

Polis cari Nur Haziqah Hamidi saksi penting kes 'Long Tiger'
Polis mencari seorang wanita Nur Haziqah Hamidi yang menjadi saksi penting bagi perbicaraan kes berkaitan 'Long Tiger' atau nama sebenarnya Abdul Hamim Ab Hamid.

Mahkamah Tinggi batal keputusan lepas tanpa bebas Long Tiger
Hakim Datuk Abu Bakar Katar menetapkan perkara itu selepas mendapati berlaku kekhilafan terhadap keputusan terdahulu yang dibuat.

Keputusan lepas tanpa bebas Long Tiger dicabar
1 Jun depan ditetapkan bagi keputusan semakan kehakiman melibatkan keputusan melepas tanpa membebaskan Long Tiger daripada pertuduhan peras ugut, dua tahun lalu.

Long Tiger dilepas tanpa dibebas bagi kes peras ugut
Mahkamah Majistret Tangkak pada Selasa memberikan perintah pelepasan bukan pembebasan terhadap Abdul Hamim Ab Hamid atau lebih dikenali sebagai Long Tiger.

Lari dari tahanan, 'Long Tiger' dipenjara 12 bulan
Long Tiger atau Abdul Hamim Ab Hamid dijatuhi hukuman itu selepas membuat pengakuan bersalah sdi hadapan Majistret Zaridah Y Abdul Jaapar.

'Long Tiger' akan dituduh 19 Jan ini
Lelaki berketurunan Rohingya dikenali sebagai 'Long Tiger' yang ditahan semula selepas melarikan diri ketika menunggu proses perbicaraan di Mahkamah Majistret Tangkak, akan dituduh pada 19 Jan ini.

Pondan dipenjara lima bulan, sorok 'Long Tiger'
Rusli Mat didakwa mengikut Seksyen 216 Kanun Keseksaan kerana melindungi 'Long Tiger' selama 11 hari.

Reman Long Tiger, tiga lelaki disambung hingga Isnin
Tiga lagi lelaki dipercayai rakan Long Tiger, turut disambung reman bagi tempoh sama.

Kertas siasatan 'Long Tiger' lari dari lokap mahkamah hampir siap - Ayob Khan
Jumlah tangkapan melibatkan kes Long Tiger atau nama sebenarnya Abdul Hamim Ab Hamid, 32, melarikan diri dari lokap mahkamah itu kekal empat orang.

'Long Tiger' lolos, Ketua Polis Daerah Tangkak, dua pegawai dikenakan tindakan tatatertib
Kertas siasatan yang dibuka PDRM itu turut membabitkan dua pegawai iaitu Ketua Balai Polis dan seorang Inspektor.