KUALA LUMPUR: Malaysia yang mempunyai kedudukan strategik, ekosistem ekonomi maju, dan integrasinya dalam rantaian nilai global dengan populasi berbilang budaya dan bahasa menjadikan negara ini destinasi pilihan syarikat dari Sepanyol.
Duta Sepanyol ke Malaysia Jose Miguel Corvinos Lafuente berkata itu antara faktor Malaysia menjadi pilihan pelaburan Sepanyol di rantau ASEAN, dengan Pelaburan Langsung Asing (FDI) berjumlah 925 juta euro (lebih RM4.3 bilion).
"Seperti sebelum ini, Malaysia adalah rakan kongsi yang baik untuk Sepanyol," katanya dalam ucapan perasmian Pejabat Ekonomi dan Komersial Kedutaan Sepanyol yang baharu di Malaysia, baru-baru ini.
Beliau berkata syarikat Sepanyol yang ada di Malaysia meliputi pelbagai sektor termasuk digital, kejuruteraan, pembuatan, biosains dan aeroangkasa, fesyen, gastronomi, dan seramik.
Katanya, syarikat Sepanyol yang beroperasi dalam sektor kereta api dan tenaga suria, telah menyumbang terutamanya kepada kecekapan dan kemampanan ekonomi Malaysia.
"Melalui Program Kerjasama Industri (ICP), mereka membawa pemindahan teknologi dan menyediakan latihan untuk pelajar dan profesional Malaysia dalam penggunaan teknologi canggih," katanya.
Statistik menunjukkan eksport Sepanyol ke Malaysia ialah 395.58 juta euro (RM1.86 bilion) pada 2021, manakala import dari Malaysia kira-kira 1.42 bilion euro (RM6.60 bilion)
"Sepanyol ialah ekonomi keempat utama dalam Kesatuan Eropah dan ke-14 terbesar di dunia. Dan Malaysia adalah negara yang menawarkan banyak peluang, jadi pasti ada ruang untuk terus meneroka dan mengenal pasti bidang kerjasama baharu dengan syarikat Malaysia dan sektor awam," katanya.
Pada 2020, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Sepanyol ialah 1.20 trilion euro (RM5.57 trilion) - sekitar empat kali ganda KDNK Malaysia dan yang ke-14 terbesar di dunia.
Menyentuh mengenai kedudukan Sepanyol dari perspektif teknologi, beliau berkata dalam industri aeroangkasa dan pertahanan, Sepanyol adalah satu daripada beberapa negara di dunia yang mampu menghasilkan keseluruhan proses pembuatan pesawat.
Selain itu, Sepanyol juga merupakan peneraju Eropah (ke-3 di seluruh dunia) untuk rangkaian kereta api berkelajuan tinggi, dengan lebih daripada 3,402 kilometer perkhidmatan. Pengalaman luas syarikat kereta api Sepanyol itu telah dieksport ke lebih 90 negara.
Menurut Corvinos, Sepanyol juga merupakan peneraju dalam pembangunan tenaga boleh baharu dari sudut teknologi dan perindustrian. Pada 2020, sebanyak 43 peratus daripada tenaga elektrik yang dijana di Sepanyol dihasilkan dengan tenaga boleh baharu.
Beliau juga menyatakan dua bandar Sepanyol - Bilbao dan Zaragoza - disenaraikan dalam 15 bandar pintar pertama di dunia oleh Institut Pembangunan Pengurusan Antarabangsa (IMD).
Sementara itu, Perez-Durantez mengumumkan beberapa rancangan yang diatur Pejabat Ekonomi dan Komersial untuk 2022, termasuk rundingan perniagaan di Selangor, misi penjagaan kesihatan maya, serta satu majlis bersama chef Michelin Star dari Sepanyol.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 06 2022
![Lokasi, ekosistem ekonomi antara faktor syarikat Sepanyol pilih Malaysia Lokasi, ekosistem ekonomi antara faktor syarikat Sepanyol pilih Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/61649205740_TBSPAIN.jpg)
Corvinos berkata, Sepanyol juga merupakan peneraju dalam pembangunan tenaga boleh baharu dari sudut teknologi dan perindustrian. - Foto Twitter @EmbCarlosFelix
![Sultan Selangor jalani pemeriksaan kesihatan untuk pembedahan katarak mata Sultan Selangor jalani pemeriksaan kesihatan untuk pembedahan katarak mata](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721125507_SultanSelangor.jpg)
Sultan Selangor jalani pemeriksaan kesihatan untuk pembedahan katarak mata
Sultan Selangor Sultan kini berada di hospital untuk rawatan pemeriksaan kesihatan bagi menjalani prosedur pembedahan katarak mata.
Enam MP kekal : Tak adil salahkan Speaker - Gobind
Mengenai keputusan mengekalkan enam kerusi Parlimen bekas ahli Bersatu, Gobind Singh Deo berkata tidak adil untuk salahkan Speaker buat keputusan yang diperuntukkan undang-undang.
![Tokan dadah ditahan bersama dua pucuk pistol di Alor Setar Tokan dadah ditahan bersama dua pucuk pistol di Alor Setar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721123744_tokandadah.jpg)
Tokan dadah ditahan bersama dua pucuk pistol di Alor Setar
Polis menahan dua lelaki dan merampas dua pucuk pistol serta pelbagai jenis dadah dalam dua tangkapan di Taman Lam Foong, di Alor Setar.
![Tiada tempat selamat di Gaza, kata ketua PBB Tiada tempat selamat di Gaza, kata ketua PBB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719354914_Destroyedbuildings.jpg)
Tiada tempat selamat di Gaza, kata ketua PBB
Beliau berkata tahap pertempuran dan kemusnahan yang melampau di Gaza tidak dapat difahami dan tidak boleh dimaafkan.
![Saya tidak fitnah Lim Guan Eng, cuma jelas tentang siasatan SPRM - Muhyiddin Saya tidak fitnah Lim Guan Eng, cuma jelas tentang siasatan SPRM - Muhyiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721121786_MuhyiddinYassin.jpg)
Saya tidak fitnah Lim Guan Eng, cuma jelas tentang siasatan SPRM - Muhyiddin
Muhyiddin memberitahu bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary.
![Saintis kesan gen bantu rawat kanser pankreas Saintis kesan gen bantu rawat kanser pankreas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81712376317_TujuanForensik.jpg)
Saintis kesan gen bantu rawat kanser pankreas
Gen HNF4A (Hepatocyte Nuclear Factor 4 Alpha) didapati akan berhenti berfungsi pada tubuh pesakit kanser pankreas.
Pantau Agenda Reformasi: Potensi dan cabaran percambahan e-Sukan di Malaysia
Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Negeri Selangor
merangkap Timbalan Presiden Majlis Belia Negeri Selangor
E-Sukan mampu mencetak nama Malaysia di pentas dunia. Memahami potensi, kekangan dan peranan yang perlu dimainkan semua pihak dalam melahirkan lebih ramai pemain E-Sukan yang berjaya, seterusnya menyokong pembangunan industri E-Sukan negara.
SRG cipta sejarah pasukan Malaysia pertama juarai MSC MLBB 2024
merangkap Timbalan Presiden Majlis Belia Negeri Selangor
E-Sukan mampu mencetak nama Malaysia di pentas dunia. Memahami potensi, kekangan dan peranan yang perlu dimainkan semua pihak dalam melahirkan lebih ramai pemain E-Sukan yang berjaya, seterusnya menyokong pembangunan industri E-Sukan negara.
SRG cipta sejarah pasukan Malaysia pertama juarai MSC MLBB 2024
Jualan kereta di Malaysia diunjur cecah 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) melakukan semakan semula berkaitan sasaran jumlah keseluruhan industri (TIV) kepada 765,000 unit berbanding unjuran awal 740,000 unit untuk 2024. Semakan dibuat disokong oleh persekitaran ekonomi yang positif dan jumlah tempatan tertunggak yang masih berada pada tahap yang baik
Kementerian Digital cari kaedah kurangkan kos pelaksanaan sistem e-invois
Kerajaan sedang mencari kaedah mengurangkan kos pelaksanaan sistem e-invois untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) selepas sistem itu diwajibkan untuk semua perniagaan pada 1 Julai 2025
Perbelanjaan pengguna dijangka meningkat tahun ini
Perbelanjaan Pengguna Malaysia dijangka meningkat sepanjang tahun ini
dengan unjuran sebanyak RM904.6 bilion, ketika proses pemulihan ekonomi menunjukkan kemajuan pada ketika ini.
dengan unjuran sebanyak RM904.6 bilion, ketika proses pemulihan ekonomi menunjukkan kemajuan pada ketika ini.
![Lokasi, ekosistem ekonomi antara faktor syarikat Sepanyol pilih Malaysia Lokasi, ekosistem ekonomi antara faktor syarikat Sepanyol pilih Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/61649205740_TBSPAIN.jpg)
Lokasi, ekosistem ekonomi antara faktor syarikat Sepanyol pilih Malaysia
Syarikat Sepanyol yang ada di Malaysia meliputi pelbagai sektor termasuk digital, kejuruteraan, pembuatan, biosains dan aeroangkasa, fesyen, gastronomi, dan seramik.