Sebanyak 12 pengauditan prestasi bernilai RM742.476 bilion dilaksanakan sempena Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2018 Siri 3 melibatkan program, aktiviti dan projek di 10 kementerian dengan 63 syor dikemukakan terhadap aktiviti kementerian, jabatan dan badan berkanun Persekutuan bagi membolehkan tindakan pembetulan dan penambahbaikan diambil.
Jabatan Audit Negara (JAN) sempena LKAN 2018 Siri 3 itu juga telah menjalankan pengauditan prestasi terhadap 17 program, aktiviti dan projek yang melibatkan 22 jabatan dan agensi kerajaan negeri; serta 13 pengauditan pengurusan syarikat kerajaan negeri, yang melibatkan 12 negeri kecuali Perlis.
Ketua Audit Negara Datuk Nik Azman Nik Abdul Majid dalam kenyataan hari ini berhubung LKAN 2018 Siri 3 itu berkata sebanyak 122 syor telah dikemukakan untuk dipertimbangkan jabatan dan agensi negeri berkenaan untuk membolehkan tindakan pembetulan dan penambahbaikan diambil.
LKAN 2018 Siri 3 dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini setelah diperkenankan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Nik Azman berkata pengauditan prestasi dijalankan selaras dengan Seksyen 6 (d), Akta Audit 1957 serta berpandukan kepada piawaian pengauditan antarabangsa yang dikeluarkan oleh The International Organisation of Supreme Audit Institutions (INTOSAI).
Pengauditan prestasi yang dijalankan bertujuan untuk menilai sama ada aktiviti dan projek kerajaan dilaksanakan dengan berhemat, cekap dan berkesan serta sejauh mana objektif aktiviti dan projek tersebut telah tercapai, katanya.
"Ia juga bertujuan untuk menilai sejauh mana wang awam telah dibelanjakan dengan berhemat, cekap dan berkesan tanpa berlaku pemborosan dan pembaziran serta mendapat nilai terbaik untuk wang," katanya.
Mengenai 12 pengauditan prestasi di kementerian, Nik Azman berkata sebanyak 10 pengauditan melibatkan kategori program dan aktiviti, manakala masing-masing satu melibatkan kategori pembinaan; dan sistem atau teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).
Bilangan aktiviti yang diaudit dan dilaporkan pada LKAN kali ini mengikut kementerian adalah Jabatan Perdana Menteri (dua aktiviti), Kementerian Kewangan (dua aktiviti), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (dua aktiviti) serta Kementerian Pendidikan (dua aktiviti).
Di samping itu, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan serta Kementerian Kerja Raya masing-masing satu aktiviti dan dua aktiviti melibatkan Majlis Keselamatan Negara (bersama kementerian lain).
Mengulas lanjut, Nik Azman berkata secara keseluruhannya pelaksanaan program, aktiviti dan projek kerajaan Persekutuan telah dilaksana mengikut objektif yang ditetapkan.
Namun, katanya masih terdapat isu ketidakcekapan dan ketidakaturan serta kelemahan dalam pengurusan program, aktiviti dan projek yang menjejaskan kecekapan dan keberkesanannya bagi menghasilkan output, outcome dan impak seperti yang diharapkan.
"Dengan kata lain, program, aktiviti atau projek tidak memberikan outcome atau impak yang optimum seperti diharapkan," katanya.
Nik Azman berkata semua pegawai pengawal dan ketua jabatan yang berkenaan telah dimaklumkan terlebih dahulu mengenai perkara yang dilaporkan dalam LKAN untuk tujuan pengesahan.
"Exit Conference (mesyuarat penutupan) juga telah didakan bagi tujuan membincangkan penemuan audit dan mendapatkan penjelasan serta maklum balas terhadap isu-isu berbangkit," katanya.
LKAN Mengenai Aktiviti Kementerian dan Jabatan Kerajaan Persekutuan dan Badan-badan Berkanun Persekutuan bagi 2018 Siri 3 akan dimuat naik di laman web Jabatan Audit Negara selepas pembentangannya di Dewan Rakyat.
Orang awam boleh melayarinya di alamat http://www.audit.gov.my mulai hari ini (14 Julai) selepas pukul 10 pagi.
Bagi LKAN peringkat negeri pula yang melibatkan 12 negeri hanya akan dimuat naik di laman web Jabatan Audit Negara selepas pembentangannya di Dewan Undangan Negeri masing-masing.
Isu-isu dalam LKAN 2018 Siri 3 juga akan dimuat naik di portal Auditor General's Dashboard (AGD) pada hari ini (14 Julai) mulai pukul 3 petang.
LKAN 2018 Siri 1 telah dibentangkan di Dewan Rakyat pada 15 Julai 2019 manakala Siri 2 pada 2 Disember 2019.
Nik Azman berkata LKAN kebiasaannya dibentang sebanyak dua siri sahaja setiap tahun, namun untuk LKAN 2018 Jabatan Audit Negara menerbitkan tiga siri LKAN berikutan penambahan bilangan pengauditan yang dilaksanakan pada tahun 2018/2019.
Menurutnya, LKAN 2018 Siri 3 pada asalnya dijadualkan untuk dibentang dalam sidang Dewan Rakyat pada Mac 2020 namun penangguhan sidang Dewan Rakyat dan Perintah Kawalan Pergerakan akibat COVID-19 menyebabkan kerja-kerja pemuktamadan LKAN 2018 Siri 3 turut terjejas.
"Walaupun terdapat kelewatan dalam pembentangannya di Dewan Rakyat, namun nilai penemuan audit dan lesson learnt yang dilaporkan dalam LKAN 2018 Siri 3 ini masih relevan dalam menambah baik pengurusan program dan aktiviti kerajaan serta pengurusan syarikat kerajaan negeri," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 14 2020

Nik Azman berkata, pengauditan prestasi bertujuan menilai sama ada aktiviti dan projek kerajaan dilaksanakan dengan berhemat, cekap dan berkesan. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Ramai kakitangan Pentagon dijangka diberhentikan - Laporan
Pentagon dijangka memberhentikan kakitangan mereka bermula minggu ini, sebagai sebahagian daripada inisiatif penjimatan kos, memetik satu laporan semalam.
7 maut dibunuh akibat diserang di Balochistan
Menurut pihakberkuasa Pakistan, kejadian itu berlaku ketika bas berkenaan dalam perjalanan ke Wilayah Punjab timur dari bandar Quetta
Pengawasan udara Filipina di Laut China Selatan sah
Pengawal Pantai Filipina pada Rabu mempertahankan tindakan mereka melakukan pengawasan udara di Laut China Selatan.
Prabowo Ganti Menteri Pendidikan Tinggi dalam Rombakan Kabinet Pertama
Prabowo menggantikan Satro Soemantri Brodjonegoro dalam rombakan kabinet pertamanya sejak memegang jawatan.
Minat pada burung buka ruang jana pendapatan
Taleb menubuhkan sebuah pusat perlindungan dengan hanya beberapa ekor burung pada tahun 2019, sebelum memutuskan untuk mengembangkan menjadi sebuah perniagaan di Basra, Iraq.
Rombakan Kabinet reaksi Prabowo terhadap kegusaran rakyat
Rombakan Kabinet oleh Presiden Indonesia, Prabowo Subianto dilihat sebagai tindak balas kepada situasi sosio-ekonomi masyarakat, khususnya dalam kalangan pelajar yang menentang cadangan untuk menaikkan yuran pengajian.
Peranan wanita mampu ubah industri, beri inspirasi
Ahmad Zahid berkata, sumbangan berterusan wanita dalam sektor korporat bukan sahaja membentuk semula industri tetapi juga memberi inspirasi kepada generasi baharu untuk mengejar cita-cita mereka.
Johor rangka pelan induk dijangka dimuktamadkan Jun ini
Kerajaan Johor sedang merangka pelan induk Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dan dijangka dimuktamadkan Jun ini.
PM Anwar gesa sarjana Islam, intelektual bersatu demi Palestin dan Syria
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa para sarjana dan intelektual dunia Islam untuk bersatu menentang perpecahan mazhab, serta mengambil tindakan konkrit dalam menyokong Palestin dan Syria.

LKAN 2018 Siri 3: 12 pengauditan, 63 syor
Sebanyak 122 syor telah dikemukakan untuk dipertimbangkan jabatan dan agensi negeri berkenaan untuk membolehkan tindakan pembetulan dan penambahbaikan diambil.