Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 38 pertuduhan meliwat enam pelajar dan melakukan gangguan seksual membabitkan empat pelajar sebuah maahad tahfiz di Bukit Bay Route di sini, sejak tahun lalu.
Tertuduh, Nasrul Arman Ahmad, 41 tahun, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali.
Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh yang juga sukarelawan di maahad tahfiz berkenaan didakwa melakukan perbuatan itu sejak Julai 2017 dan kejadian terakhir ialah pada Februari lalu.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu terhadap 10 pelajar pusat tahfiz berkenaan berusia antara 12 dan 17 tahun di dua alamat iaitu di pusat tahfiz berkenaan dan di kediamannya di Taman Selamat, Teluk Sisik di sini.
Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan dan jika bersalah boleh dihukum penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 20 tahun serta sebatan bagi setiap tuduhan.
Lelaki itu turut didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual terhadap Kanak-kanak 2017 dan berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.
BACA: Guru dakwa 21 pelajar tahfiz mangsa dera seksual
BACA: Dakwaan liwat: 'Saya kecewa, penderma dah seperti ahli keluarga'- Pemilik maahad tahfiz
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Farahah Mohd Nadzri sementara tertuduh diwakili Peguam Datuk Syed Azimal Amir Syed Abu Bakar.
Mahkamah kemudian menetapkan ikat jamin sebanyak RM380,000 untuk kesemua pertuduhan dengan syarat tambahan, tertuduh tidak boleh mendekati mangsa.
Hakim Siti Aminah juga menetapkan tarikh 23 April ini untuk sebutan semula kes.
Sebelum ini, media melaporkan, suspek yang juga sukarelawan di maahad tahfiz itu ditahan polis selepas pihak pengurusan maahad membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, pada 12 Mac.
Kejadian itu dipercayai berlaku sejak Ogos tahun lalu namun terbongkar selepas seorang tenaga pengajar di situ melihat suspek cuba masuk ke dalam selimut salah seorang mangsa yang sedang tidur di asrama berkenaan bulan lalu.
Noraniza Kamsani
Thu Mar 22 2018

Nasrul Arman dibawa keluar daripada Mahkamah Sesyen di Kuantan hari ini selepas mengaku tidak bersalah terhadap 38 pertuduhan meliwat enam pelajar dan melakukan gangguan seksual. Astro AWANI / NORANIZA KAMSANI
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

Liwat pelajar tahfiz: Sukarelawan didakwa
Tertuduh, Nasrul Arman Ahmad, 41, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali.