Persatuan Usahawan Little India, Klang menggesa kerajaan persekutuan menaik taraf kawasan perniagaan itu demi kemudahan peniaga dan pembeli-belah.
Pengerusinya, N.P. Raman berkata kawasan itu, yang mengandungi lebih 100 kedai yang dibina pada abad ke-18, perlu dilengkapi pelbagai infrastruktur tambahan agar ia terus menjadi tempat pilihan utama orang ramai yang tinggal di sekitar Lembah Klang, terutama pada musim perayaan Deepavali.
"Kami mahu kerajaan menjadikan Jalan Tengku Kelana sebagai 'Little India' seperti Brickfields dan menyediakan lebih banyak kemudahan untuk kemudahan serta keselesaan pelancong dan pembeli-belah.
"Little India Klang memerlukan wajah baharu dengan pembinaan pintu gerbang yang mengalu-alukan kedatangan orang ramai dengan tulisan 'Selamat Datang ke Little India'," katanya kepada Bernama.
Jalan Tengku Kelana, yang secara tidak rasmi dikenali sebagai 'Little India' kerana mempunyai banyak perniagaan kaum India, menjadi pusat tarikan masyarakat India setiap kali menjelang Deepavali.
Raman, yang juga pengarah urusan Thangaram Jewellers Sdn Bhd di Jalan Tengku Kelana, membidas kerajaan negeri Selangor kerana tidak mengambil sebarang inisiatif untuk menaik taraf kawasan Little India Klang sejak mengambil alih kuasa daripada kerajaan Barisan Nasional pada Mac 2008.
Mengulas tentang perniagaan di kawasan itu menjelang perayaan Deepavali Selasa ini, Raman berkata penganjuran Karnival Deepavali di Shah Alam menjejaskan kerancakan perniagaan yang sebelum ini dinikmati peniaga di Little India Klang dan kawasan sekitarnya.
"Kami tak mahu kawasan Little India di pelbagai tempat di Malaysia hilang daya tarikannya akibat kemunculan karnival perniagaan yang disertai orang asing di negara ini. Kami menentang karnival seperti ini," katanya.
Sementara itu, setiausaha Persatuan Peniaga Tekstil dan Barang Am India Malaysia (MITA) Maheswary Ramasamy, berkata karnival dan pesta perniagaan yang disertai syarikat tekstil, kraftangan dan barang kemas asing menjejaskan kerancakan perniagaan yang dinikmati peniaga tempatan pada musim perayaan.
Tidak adillah jika peniaga asing datang ke negara kita dan merampas perniagaan peniaga tempatan," katanya.
Pada mulanya, pesta perniagaan yang dianjurkan syarikat pengurusan acara tempatan adalah bertujuan menarik penyertaan pekilang dari India, Pakistan dan Bangladesh untuk memperkenalkan produk mereka seperti tekstil, kraftangan dan barang kemas kepada peniaga tempatan.
Bagaimanapun, kata Maheswary, lama kelamaan, objektif itu berubah apabila peniaga asing yang menyertai pesta itu turut menjual barangan mereka secara runcit kepada pengunjung.
Tinjauan Bernama mendapati suasana beli-belah di Little India Klang agak kurang meriah berbanding beberapa tahun sebelum ini kerana semua peniaga kecil dipindahkan ke Lorong Tingkat, Off Jalan Tengku Kelana di sini.
Ada juga peniaga yang bersungut bahawa pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sebanyak enam peratus oleh kerajaan mulai 1 April tahun ini menjejaskan kerancakan perniagaan mereka pada musim perayaan.
Seorang peniaga yang enggan dikenali berkata dia terpaksa menyerap GST untuk menarik minat pembeli.
Bernama
Sun Nov 08 2015
Jalan Tengku Kelana, yang secara tidak rasmi dikenali sebagai 'Little India' kerana mempunyai banyak perniagaan kaum India, menjadi pusat tarikan masyarakat India setiap kali menjelang Deepavali. - Foto Bernama
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Hadiah Deepavali buat pekebun bebas tuduhan bunuh ibu saudara
Seorang pekebun yang dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas pertuduhan membunuh ibu saudaranya menyifatkan keputusan itu sebagai hadiah Deepavali.
Pandu secara melulu dan berbahaya kesalahan tertinggi sepanjang Deepavali
Memandu secara melulu dan berbahaya merupakan kesalahan tertinggi yang telah menyumbang kepada kebanyakan kes kemalangan maut sepanjang perayaan Deepavali lepas.
Trafik bergerak perlahan di lebuh raya utama menghala ke ibu negara
Trafik perlahan di beberapa lokasi seperti Bidor ke Sungkai dan Lembah Beringin ke Bukit Tagar disebabkan kemalangan.
Aliran trafik di lebuh raya utama menuju Lembah Klang terkawal pagi ini
Aliran trafik di lebuh raya utama menghala ke Lembah Klang terkawal namun jumlah kenderaan dijangka meningkat menjelang tengah hari.
Mayat wanita mati lemas ditemukan di Lubuk Buluh
Mayat Kasthuri ditemui orang awam jam 5.50 petang ketika operasi mencari dan menyelamat dilakukan.
PM sampai sumbangan, kelengkapan Deepavali kepada Joselyn Dewi
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan dan kelengkapan Deepavali kepada Joselyn Dewi dan keluarganya.
Deepavali disambut meriah, penuh warna-warni seluruh negara
Perayaan Deepavali yang juga dikenali sebagai Diwali diraikan dengan penuh meriah dan warna-warni hari ini dengan penganut agama Hindu di Malaysia seawal pagi mula membanjiri kuil.
Atlet, bekas atlet terima sumbangan sempena Deepavali
MSN bersama YAKEB dan F&N sampaikan sumbangan kepada bekas atlet kebangsaan di sekitar Lembah Klang dan Pulau Pinang sempena sambutan Deepavali.
TPM, Jemaah Menteri ucap Selamat Menyambut Deepavali
Semoga Deepavali menjadi jambatan pengukuh ikatan kekeluargaan dan persahabatan serta menyemai keharmonian di negara ini.
PM Anwar ajak masyarakat hayati makna Deepavali
Pesta Cahaya tidak sekadar bawa kesejahteraan, tetapi turut meneruskan perjuangan ke arah kebaikan dan keadilan demi masa depan yang lebih baik, kata PM.