LIMBANG: Bahagian Limbang yang kini memiliki capaian liputan telekomunikasi sebanyak 48.5 peratus, dijangka mampu mencapai sasaran liputan internet yang lebih efisien sehingga 98.4 peratus menjelang penghujung 2022, kata Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan.
Katanya sasaran itu mampu dicapai dengan adanya pelbagai inisiatif oleh kerajaan Sarawak dan kerajaan Persekutuan bagi merapatkan jurang digital antara penduduk bandar dengan masyarakat pedalaman.
"Pada masa sama, di Limbang, sebanyak enam lokasi telah diberikan kemudahan Wi-fi saluran iaitu di Kampung Ipai, Kampung Maruyu, Kampung Merajang, Long Rayeh, Rumah Rumpang dan Krangan Ma.
"Wi-fi saluran ini akan memberi kemudahan secara percuma kepada penduduk setempat yang tidak mempunyai liputan internet dengan menggunakan teknologi 'Very Small Aperture Terminal (VSAT)'," katanya dalam ucapannya di majlis pelancaran 'Sarawak Linking Urban, Rural and Nation' di sini, hari ini.
Awang Tengah berkata dunia kini telah berubah dan penggunaan teknologi telah menjadi begitu penting dan ini boleh dilihat semasa pandemik COVID-19 menyerang dunia.
"Untuk maju, kita perlu melaksanakan ekonomi digital kerana itu kerajaan berusaha meningkatkan kecekapan dan kelajuan akses internet kita. Misi utama kita adalah untuk mengurangkan jurang digital antara bandar dan luar bandar dengan kita berusaha meningkatkan kadar penembusan jalur lebar di Sarawak," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 29 2021

Sasaran itu mampu dicapai dengan adanya pelbagai inisiatif oleh kerajaan Sarawak dan kerajaan Persekutuan bagi merapatkan jurang digital antara penduduk bandar dengan masyarakat pedalaman. - Gambar fail

KKM sasar turunkan prevalens bantut kepada 14.2 peratus menjelang 2030
Kementerian Kesihatan (KKM) meletakkan sasaran untuk menurunkan prevalens pertumbuhan terbantut bagi kanak-kanak berusia bawah lima tahun kepada 14.2 peratus menjelang 2030.
Ismail Sabri masih perlukan pemantauan rapi doktor
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih memerlukan pemantauan rapi pihak hospital.
SPRM tahan dua bergelar Datuk, antara 4 pegawai Ismail Sabri
Sumber rapat SPRM memaklumkan perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Irza Zulaikha untuk lima hari bermula 21 Februari terhadap tiga individu.

Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Loke berkata pihaknya tidak berasa terganggu dengan dakwaan tersebut dan menjalankan tugas yang diamanahkan seperti biasa.
AWANI Borneo [23/2/2025] – Petros-Petronas | Pembangunan | Ramalan MetMalaysia
#AWANIBorneo bersama Assim Hassan
- Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas
- Geran RM3.174 juta buat usahawan mikro di Sabah
- Hujan lebat berterusan di Pantai Barat Sabah
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
#AWANInews
- Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas
- Geran RM3.174 juta buat usahawan mikro di Sabah
- Hujan lebat berterusan di Pantai Barat Sabah
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
#AWANInews
Fokus Minggu Depan: Permukiman peluang tingkatkan prestasi jemaah menteri
Ikuti ulasan Penganalisis Politik USM, Profesor Datuk Dr. Sivamurugan Pandian mengenai sesi permukiman jemaah menteri persekutuan yang berlangsung pada 21 dan 22 Februari lalu.

Akademi ASAS Penerangan Komuniti MADANI diperkasa seluruh negara - Fahmi
Program Akademi ASAS Penerangan bagi memperkasa Komuniti MADANI akan diperluas ke seluruh negara ter
Pembahagian kerusi DAP terletak kepada kepimpinan parti
DAP yakin akan bertanding di semua kawasan tradisi mereka di Sabah, namun keputusan muktamad akan dibuat Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe.

Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Dr Dzulkefly berkata berdasarkan profiling yang dibuat, KKM mengenal pasti 86 pautan iklan di dua platform berkenaan mengiklankan produk itu.
Tiada siapa boleh lenyapkan UMNO di Sabah - Bung
Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh melenyapkan UMNO dari bumi Sabah sampai bila-bila.

Liputan internet di Limbang disasar capai 98.4 peratus menjelang hujung 2022 - Awang Tengah
Bahagian Limbang yang kini memiliki capaian liputan telekomunikasi sebanyak 48.5 peratus, dijangka mampu mencapai sasaran liputan internet yang lebih efisien sehingga 98.4% menjelang penghujung 2022.